Tuesday, July 29, 2008

The Making Of Kecempreng Man 2 : Part 4

Pening juga kepala aku nak mencipta watak penting yang menjadi seteru kepada watak Kecempreng Man. Setelah 2 jam memikirkan watak ni barulah datang idea sut pakaian robot. Conteng punya conteng, akhirnya jadi lah bentuk apa yang korang tengok kat atas tu.

Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku suka sangat lukis watak yang di perbuat dari robot dalam komik aku. Sebenarnya masa aku kecil dulu, aku teringin sangat nak mengumpul koleksi permainan berbentuk robot. Tapi family aku dulu tergolong dalam golongan orang yang berpendapatan rendah. So terpaksa la aku pendam keinginan aku yang satu ni. Sekarang bila aku dah besar dan ada kerjaya yang terjamin. Keinginan mengumpul permainan robot tu dah hilang tapi digantikan pula kegilaan melukis robot. kebanyakan robot yang aku lukis adalah robot berbentuk retro. Robot jenis 70an dan 80an.

Monday, July 28, 2008

TwinX Yang Cambest

Aku baru je beli komik hasil karya terbaru Pac yang sebelum ini banyak karya popularnya disiar di majalah Blues Selamanya. Tabik Spring aku kat budak ni. Berani bawak kelainan dalam penghasilan komik Malaysia.

Komik TwinX ni mengisahkan suasana kehidupan manusia di angkasa apabila manusia sudah mula berhijrah meninggalkan bumi dan menetap di bulan serta planet marikh. Nampak je komik ni cam buku aliran sains tingkatan 3 kerana terdapat banyak ciptaan robot berteknologi tinggi, namun unsur-unsur kemelayuan dan kenegeraan begitu menonjol sehingga menjadi teras utama kepada penceritaan komik ini.

So aku dengan muka yang selambe meminta korang semua dapatkan Komik TwinX ni. Tak rugi keluarkan duit RM 7.90 untuk beli komik ni beb!

Friday, July 25, 2008

Khutbah Jumaat 25 Julai 2008


Sidang jumaat yang dirahmati allah sekalian,

Marilah kita mempertingkatkan ketakwaan kita kepada allah s.w.t dengan menunaikan segala perintahnya dan menjauhkan diri daripada segala larangannya,mudah-mudahan kita tergolong didalam golongan orang yang paling bertakwa.

Sidang jumaat yang dihormati allah,

Mengimbau kembali sirah nabawi, terdapat tiga perjalanan yang sangat penting:-

Pertama- Perjalanan hijrah rasulullah s.a.w dari mekah ke- madinah , perjalanan yang sangat membuka lembaran baru islam,merialisasikan islam sebagai agama sarwa jagat, kerana pentingnya sejarah itu, itu telah diabadikan sebagai tarikh permulaan takwim islam.

Kedua- Perjalanan haji wadak (haji perpisahan), yang memberi tanda penguasaan kaum muslim sepenuhnya keatas kota suci Mekah.

ketiga- Perjalanan israk dan mikraj, perjalanan kemuncak seorang hamba, kearah kesempurnaan rohaninya yang direncanakan oleh khaliqnya. Perjalanan yang penuh hikmah dan berkat menuju kesempurnaan yang abadi. Penganugerahan solat sebagai punca nur (cahaya) rabbani kepada hambanya.

Peristiwa israk dan mikraj, dilatari dan didahului oleh peristiwa-peristiwa lain yang sangat menyulitkan kehidupan rasulullah s.a.w dan pengikutnya. Peristiwa pemulauan ( ) menyeluruh tajaan quraish dan kuncu-kuncunya terhadap bani hasim dan bani abdul mutalib selama tiga tahun, hampir-hampir memusnahkan kehidupan kaum muslimin.

Setelah duka nestafa itu berlalu,terjadi pula peristiwa kedua iaitu kematian abu talib, bapa saudaranya. Dan saidatina khadijah isteri rasulullah s.a.w tersayang.Ketiadaan kedua-dua mereka itu, mendedahkan diri rasulullah dan pengikutnya yang sedikit itu kepada perbuatan melampau quraish dan kafir yang lain.

Peristiwa israk mikraj yang datang selepas itu,adalah sebagai salah satu dari cara allah s.w.t meringankan tekanan bebanan keatas diri rasulullah s.a.w. Kiranya dibumi baginda dihina sedemikian rupa oleh kaumnya sendiri, tetapi baginda dibawa kealam langit, alam roh dan alam malaikat, yang diberi sepenuh sambutan kehormatan dan kemuliaan.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Peristiwa mulia ini ,berlaku dalam dua fasa perjalanan.Fasa bumi: dari masjid al-haran di Mekah merentasi perlembahan ........................, tempat berlakunya dialog antara Musa a.s dan Allah s.w.t serta tempat kelahiran Nabi Isa a.s di Baitul Laham.

Fasa langit: Dari masjid al-aksho di palestin, naik kelangit pertama, kedua, ketiga dan seterusnya ke sidratul muntaha, disitulah allah s.w.t menyampaikan kepada baginda segala apa yang telah disampaikan, antaranya kewajipan solat lima waktu sehari semalam.

Tatkala rasulullah s.a.w tiba di baitul makdis, baginda disebut oleh semua para nabi dan rasulu dengan didahului oleh nabi ibrahim,nabi musa dan nabi isa a.s. Baginda mengimami solat berjamaah disitu. Para ulamak menghuraikan peristiwa itu sebagai simbolik penyerahan kuasa dunia kepada kepimpinan muhammad rasulullah s.a.w, perpindahan risalah dari nabi israil kepada nabi ismail, perpindahan ibu kota pemerintahan dari baitul makdis kepada makratul mukarramah.

Dalam peristiwa mikraj pula, baginda dibawa merentasi langit demi langit untuk mengadap allah s.w.t ke sidratul muntaha.

Rasulullah s.a.w menghampirkan diri kehadrat allah s.w.t dengan penuh hormat takzim baginda mengucapkan:

(Segala penghormatan,kemuliaan dan keagungan hanyalah milik allah).

Dengan jawapan yang kudus,allah s.w.t berfirman: Dengan kalimah-kalimah yang penuh khusyuk dan syahdu rasulullah s.a.w mengucapkan:

Para malaikat serentak mendoakan:

Ungkapan bersejarah ini kemudian diabaikan sebagai bacaan tasyahud dalam solat.

Kembara mikraj seterusnya,baginda dibawa pula ke alam barzak. Di alam ini baginda melihat berbagai perkara seperti yang selalu dipaparkan dalam peristiwa israk dan mikraj.

Begitulah allah s.w.t memaparkan kepada nabi kita gambaran masa lepas, masa sekarang dan masa akan datang.Dan allah s.w.t memaparkan perkara-perkara nyata dan ngaib, segala-galanya dilihat baginda secara ainul yakin untuk dibawa perkhabarannya kepada umat. Firman allah s.w.t :

"Demi sesungguhnya! , kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (Ingatlah), demi sesungguhnya kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu demi sesungguhnya kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan kedalamnya),selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu,tentang segala nikmat (yang kamu telah nikmati".

(At-Thakasur ayat 5-8)

Sidang jumaat yang dirahmati allah,

Begitulah inti pati perjalanan israk dan mikraj.Mukjizat yang allah s.w.t kurniakan hanya kepada kekasihnya muhammad s.a.w. Perjalanan yang penuh hikmah dan berkat menuju kesempurnaan, menerima anugerah dan tanggungjawab "Solat" untuk cenderhati kepada umatnya yang bercinta, hasil dari perjalanan yang kudus itu.

Kesimpulannya, ada beberapa urutan dalam perjalanan rasulullah s.a.w ini:

Pertama: Adanya penderitaan dalam perjuangan yang tergarap dalam bentuk kesabaran.

Kedua: Kesabaran rasulullah s.a.w telah dianugerahi dengan perjalanan israk dan mikraj.

Ketiga : Solat menjadi kekuatan buat rasulullah s.a.w dan umatnya untuk bangkit menuju kejayaan dan kemenangan abadi.

Ketiga-tiga hal ini terangkul dengan saat indah dalam al-quran.

"Dan mintalah pertolongan (kepada allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat,dan sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadanya".

Ya-allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa , kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah,tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Thursday, July 24, 2008

SuperHero Yang Kelakar

Macam pernah nampak je cover komik ni. Tapi di mana ya??? Ar.. ar.. ar..
Hampir 4 bulan aku menyiapkan komik Kecempreng Man ni. Sampai kejang-kejang perut aku melukis. Kisah tentang SuperHero yang membenteras jenayah di bandar yang bernama Metro Cyber. Kalau ikut dialog asal yang aku tulis memang bahasa dia bahasa pasar. Tak kira la pasar malam atau pasar tani. Tapi bila dah sampai ke tangan Tuan Editor PTS, semua dialog aku telah di tukar ke bahasa yang lebih baik budi perketi nye..

Terima kasih banyak-banyak la aku ucapkan pada pihak-pihak yang terlibat di sepanjang aku menghasilkan komik ni terutama pada Incik Wan Zu PTS, Umbut, PEkOMIK dan lain-lain yang aku terlupa nak sebut. Harap Komik Kecempreng Man 2 nanti akan dapat sokongan padu macam sekarang. Lagi satu, tentang promosi secara langsung dan tidak langsung korang terhadap komik ni. Aku amat-amat hargai dan akan aku kenang hingga nyawa aku bercerai dari badan.

Kepada korang semua yang dah membeli komik ni, thank you!! thank you!! I Love You All...
Sabarlah menanti kemunculan Kecempreng Man siri ke 2. Promosi-promosikan lah komik ni pada kawan-kawan, saudara-mara, adik beradik, adik angkat, abang angkat, kakak angkat dan sape-sape yang korang rasa boleh sampaikan. Tapi jangan sampai memudaratkan kesihatan korang pulak kerana aku CAYANG kat korang semua..

Wednesday, July 23, 2008

The Making Of Kecempreng Man 2 : Part 3

Salah satu benda yang aku suka bila melukis komik Kecempreng Man ni ialah time part lawan-lawan. Aku dulu masa kecik-kecik memang kaki gaduh. Gengster woo.. kat sekolah rendah dulu. Guru besar pun gigil kepala lutut bila dengar nama aku beb! Selalu jugak la di jemput ke pentas perhimpunan pagi untuk menerima 2 atau 3 sebatan daripada guru disiplin.
Tapi Alhamdulillah bila dah besar tak jadi kaki pukul.

Sunday, July 20, 2008

Liga Pendekar : Gabungan Hero-Hero Melayu


Sebuah karya hebat Azhar Abdullah yang pernah memenangi peraduan komik anjuran MDEC pada tahun 2006. Jalan ceritanya berkisar tentang sebuah pasukan pendekar terdiri daripada Hang Tuah, Malim Deman, Badang, Sang Kelembai, Awang Kenit, Sang Kebayan, Si Tanggang dan Orang Minyak dengan gelaran Liga Pendekar.


Bercerita sikit tentang Saudara Azhar Abdullah, Liga Pendekar merupakan novel grafik pertama beliau, Saudara Azhar seorang penggiat komik tempatan yang disegani, juga Presiden PeKOMIK. Walaupun beliau seorang peminat komik US/Jepun, namun masih mengutamakan nilai-nilai tempatan.


Kesibukan tugasan harian beliau sebagai seorang lecturer di sebuah institusi tidak membantutkan usaha memperjuangkan seni komik Malaysia dan animasi tempatan. Melalui PeKOMIK, Saudara Azhar dan AJKnya yang lain tidak jemu-jemu merancangkan aktiviti sepanjang PeKOMIK ditubuhkan, juga telah mendapati kerjasama dari institusi bertaraf antarabangsa MdEC, MPH-Popular Books dan rumah-rumah produksi komik tempatan seperti CESB, Karangkraf dan Gempakstarz.

So kesimpulan yang kita boleh dapat di sini ialah... marilah kita bersama-sama membeli produk asli buatan Malaysia ni. Yang melukis pun bukannya orang luar. Orang kite-kite gak.




Happy Birthday Honey!

Aku nak ambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir pada salah seorang insan dalam dunia ni yang banyak mempengaruhi life dan cara aku berfikir. Her name is Maslinda ( nick name dia Honey Noty ). lahir pada 23 Julai 19**.

Aku hadiahkan dia Mug. Kat mug tu de cetak wajah dia. Hope dia suka dengan hadiah ni. Pastu aku tempah sebijik kek Mango Delight.

Wish dia panjang umur, murah rezeki, dapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Dia de pesan kat aku, dalam dunia ni ada banyak lagi wanita yang hampir serupa dengan dia. So aku pegang kata-kata tu. One day later, Insyaallah aku akan jumpa one person like him.

Tapi kalau tak jumpa gak, siap la dia...
Ar.. Ar.. Ar..

Saturday, July 19, 2008

Bizyyy Day

Ni la rupa meja aku kat opis. Berselerah dan tak tersusun langsung. Bukan saje aku tak nak kemaskan. Kalau aku kemaskan pun, tak sampai 10 minit dah berterabur balik ape yang aku susun tadi. Tapi dalam sibuk-sibuk tu, dapat jugak aku curi masa tulis blog ni. Heheheh...

The Making Of KecemprengMan 2 Part 2

Satu lagi special page from my komik Kecempreng Man 2. Adengan time Hero bertukar menjadi Kecempreng Man. Kali ni aku cantikkan lagi adengan kemunculan Super Hero kita. Taruk special effect ngan asap-asap bagi nampak gempak sikit. Konon-kononnye nak bagi nampak gerun la sesape yang melihatnye. Page ni mengambil masa lebih sejam setengah bermula dari proses lakaran pencil hingga masuk ink.

Friday, July 18, 2008

Ini salah satu movie yang aku mesti tengok dalam tahun 2008. The Dark Knight arahan Christopher Nolan. Memang Dark siot siri Batman kali ni. Heath Ledger yang lakon peranannya sebagai The Joker buat aku kagum.. Habis satu Gotham City kucar-kacir dibuatnye. Ni merupakan filem terakhir Heath Ledger sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Jalan cerita kali ini yang lebih mencabar, mendebarkan dan padat dengan aksi berbanding Batman Begins yang lebih sederhana atau seakan melodrama.
Berkisar dari susulan Batman Begins, menerusi The Dark Knight watak Batman menjadi buruan The Joker yang mengakibatkan kucar-kacir membelenggu Gotham City.
Dengan bantuan pegawai polis, Jim Gordon dan keberanian peguam muda, Harvey Dent, hero hebat itu terperangkap dalam satu muslihat jenayah dan korupsi yang diselenggarakan oleh The Joker.
The Joker berjaya mempengaruhi ramai penjenayah hebat di bandar berkenaan termasuklah mafia paling digeruni semata-mata untuk mencapaikan hasratnya memusnahkan Batman. So aku puas hati sangat bila keluar dari pintu pawagan lepas habis tonton movie ni.

Kuliah Jumaat


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar,dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihatkepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya.Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itu pun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum dan berkata,"Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca "Bismillah.. ." dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t.berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allahs.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t.berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kalilipat." (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapatdalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara NabiYusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t.berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah AshabulKahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan inidisetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, WaAsyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Thursday, July 17, 2008

The Making Of KecemprengMan 2 : Serangan Tentera Robot Pasola

Ini salah satu page dari komik KecemprengMan 2. Adengan rompakan dalam bank. Nampak cerita macam ganas. Tapi kalau korang baca bila dah terbit nanti, mau ada yang muntah-muntah darah. Cerita tak serius langsung tapi Insyaallah! aku jamin kali ni lebih terhibur jalan ceritanya. Lawak dia pun baleh tahan la...

Wednesday, July 16, 2008

INI TEMPAT UNTUK LETAK TAJUK



Member selalu tanya aku, macam mana aku cari idea lukis kartun. Sebenarnya bukan susah pun cari idea ni. Bagi aku yang paling susah bila nak tranform idea tu ke atas kertas. Pasal dari situlah aku tahu idea yang aku nak sampaikan tu berjaya atau tidak. Aku ni pun banyak lagi kena belajar dalam bab-bab melukis. Komik dan lukisan kartunis yang lain selalu jadi bahan rujukan untuk aku belajar. Jadi dalam bilik aku tu penuh dengan komik dan majalah. Dah macam perpustakaan dah bilik tidur aku.

Tuesday, July 15, 2008

t Hari yang sibuk. 8 to 5 waktu opis kerja melambak. malam kat rumah, bersengkang mata guna batang mancis menyiapkan komik Kecempreng Man 2.