Saturday, September 20, 2008

Perihal Kad Raya

Hari raya nanti tak berseri tanpa kehadiran kad raya. Tahun ni aku kurang buat kad raya (harapkan orang lain je hantar kad raya untuk aku). Ucapan hari raya tu tetap dihantar tapi SMS je la. Hmmm... Zaman dah berubah, dunia dah maju. Tapi aku promise tahun depan aku akan banyak buat dan hantar kad raya.

Laskar Pelangi : Dari Novel Ke Filem


First time masa ada seorang Hamba Allah ni beriya-iya sangat mempromosikan novel tulisan orang dari seberang (Andrea Hirata) pada aku membuat aku tertanya-tanya apa yang best sangat tentang Laskar Pelangi ni. Buat sekian lamanya setelah aku pencen (berhenti) membaca novel sejak darjah 6, Laskar Cinta buat aku rasa terpegun dan kagum dengan hasil tulisan anak muda ini. Bahasa dia bagus banget siut! So aku rasa beruntung sangat dapat baca Novel sebagus ini.



Now, Novel Laskar Pelangi telah di adaptasi ke filem pulak. Arahan oleh Riri Riza dengan barisan pelakon Lukman Sardi, Cut Mini, Slamet Rahardjo Djarot, Mathias Muchus, Ario Bayu, Alex Komang, Jajang C Noer,Tora Sudiro, Robbie Tumewu, Ikranegara dan Rieke Dyah Pitaloka.
Plot ceritanya tentang kehidupan dan perjuangan 10 pelajar miskin yang tinggal di Pulau Belitong sebuah pulau di bahagian Pantai Timur Sumatra, Indonesia di Laut Jawa. Mereka bersekolah di Sekolah Muhammadiyah dan diajar oleh seorang guru bernama Bu Muslimah. Biarpun belajar dalam serba kekurangan namun anak kecil ini tidak menjadikan keperitan hidup membataskan keinginan mereka untuk belajar sehingga menghasilkan kejayaan yang luarbiasa. 10 orang sahabat baik ini belajar bersama dalam satu kelas dari 1SD - 3 SMP mereka mengelarkan diri mereka sebagai Laskar Pelangi.
Aku tak nak cerita panjang. korang cari novel dulu, lepas tu tonton filem ni. Bagi aku Andrea Hirata ni mamang pakar bahasa bunga-bunga. Aku feel something yang best bila baca hasil tulisan dia.

Tuesday, September 16, 2008

The Making Of KecemprengMan 2 : Part 10

Ni salah satu page yang memaparkan serangan Tentera Robot Pasola menyerang penduduk Bandar Metro Cyber. Memang ganas Tentera Robot Pasola ni. Selamba je dia lempang penduduk Metro Cyber yang tak berdosa tu. Aku enjoy betul bila lukis part ni coz part ni merupakan kemuncak cerita komik Kecempreng siri 2 ni.

Saturday, September 13, 2008

Geniusnya P. Ramlee

P.Ramlee had told us long before... even Lingam gate ? Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang paling menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukan main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena paksa membeli.

Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah doremi itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang beli dan bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu.

Banyak terjadi sekarang.... Laporan audit negara tahun 2007, begitulah keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda mahalnya. Barang yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati penyamun yang bertali leher dan berkot itu.

Siapa penyamun dan siapa yang kena samun.

Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan tender itu.

Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit budak-budak sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah ke, bantuan buku ke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamunKemudian, dalam 'scene' yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu?

Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikann ya. Beliau mungkin telah lihat perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu ditengok, dan penyamun penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada yang dapat perlindungan pula itu.

Cuba pula kita lihat 3 Abdul...tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan . Tuan penasihat memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada '25%' itu untuk orang tengah.

"Kalau marah nanti kena jual". Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena dengan orang marah.

Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan terserlah. Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang, bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonoh dan senang lah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.

Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turun nya.

P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi. Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan perlakuan.

Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka.

"kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan"Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.

P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi, kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40 tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.

P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang...atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali. P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.

Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si Sultan. Pertaruhan.. perjudian. . dah tentu ada taukehnya..Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang patut jadi "ketua kepada segala ketua perbicaraan". Sang penasihat, Si Kitul jadi dalangnya. "correct... correct"

Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa apa yang dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama seperti sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting sebab dia yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam broker.

Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia dan komplot.

Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden, hakim tergadai maruah.

Hairan, filem yang dah 40,50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman P..Ramlee hidup dulu.

Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee. Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macam lagi kerana wanita.

Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing.

Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap, masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri dan Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri.

Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada waktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti dihadapan Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata.

Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi pula dengan 'happy ending' sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dan kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TV jika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.

P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose, Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak lagi yang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee.

Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu,sekarang dan masa akan datang juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali. P.Ramlee sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri sendiri. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakan diri sendiri .... hahaha.....Untuk renungan bersama

Bubur Lambuk


Hari ni aku berpeluang mengintai tempat pengagihan bubur lambuk percuma di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Difahamkan sebanyak 1000 bekas bubur lambuk dihasilkan setiap hari bagi diberi secara percuma untuk penduduk sekitar Shah Alam. Aku dah rasa bubur ni. Ade Kick siut! Memang puas hati bila makan bubur ni.

Lukis Lukis Lukis

Bulan Ramadhan ni sempat juga aku melukis untuk Majalah Buletin keluaran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Ni kira edisi khas untuk Bulan Ramadhan dan Sambutan Hari Raya la ni. Pukul 3 pagi aku aku terbangun coz nak bersahur. Sementara tunggu air yang aku tenggekkan kat atas dapur tu masak, sempat jugak aku siapkan kartun 3 kotak ni.

Pasar Ramadhan

Setiap petang dalam pukul 5, aku akan cuba meluangkan masa singgah ke pasar Ramadhan mencari juadah berbuka puasa. Macam-macam menu makanan kita boleh jumpa kat sini. Cakap je nak berbuka lauk ape..

Contoh macam semalam, aku berbuka dengan nasi tomato sama air cendol. Peh!.. memang layan siot... Hari ni pulak rasa-rasa nak berbuka dengan murtabak ayam sama popia basah. Seronok tengok orang-orang kita ni berniaga.

Tapi nasihat aku pada korang semua kalau turun Pasar Ramadhan jangan la rambang mata sangat bila tengok bermacam jenis juadah yang dijual. Beli sekadar untuk berbuka sahaja. Jangan membazir.

Saturday, September 6, 2008

Hari Yang Hujan

Sejak start bulan puasa ni kerap sangat hujan turun kat area Shah Alam ni. Nasib baik la Shah Alam ni area tanah tinggi. Kalau tak mesti dah tenggelam time-time musim hujan camni. Aktiviti aku time-time hujan ni mestilah menidurkan diri. Nak pulak tengah puasa menahan lapar ni. Mata aku macam diletak gam je. Rasa nak tertutup je kelopak mata ni. Huhuhu...

Monday, September 1, 2008

Untuk BALADEWA Semua!


Aku dapat berita terkini latest album Dewa 19 akan diluncurkan pada akhir tahun 2008 ini. Title album akan diberi tajuk kesultanan Cinta.
Album yang direncanakan mengandungi 10 lagu terdiri daripada 5 buah lagu ciptaan terbaru dan 5 lagi lagu saduran. Lagu saduran nye ialah:
Bohemian Rhapsody (Queen)
We Are The Champion (Queen)
Zombie (Cranberries)
Ordinary World (Duran-Duran)
Imagine (Beatless)
Manakala untuk lagu terbaru pula ialah:
Makrifat Cinta (First Single)
Kala Cinta Berbuah Neraka (Ni Mesti Inspirasi Dari Konflik Rumah Tangga Dhani)
Janji Surga (featuring Ari Lasso)
Man Jadda Wajada (Lagu Bernafaskan Kasidah Dan Terselit Suara Mulan Jameela)
Inilah Lagu Yang Terbuang ( Nanyian Solo Dhani)
Aku sendiri tak sabar-sabar nak dapatkan latest album Dewa 19 ni. Mesti sama level dengan album Republik Cinta. Tapi bagi aku, Album Bintang 5 adalah yang terbaik dari Dewa 19. So BalaBala Dewa semua, Ayuh dong! sama-sama kita nantikan...

Salam Ramadhan


Bersahur Cara Rasulullah

Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w:

"Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h: "Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur." – Rujuk Fathul Baari, Jil. 11, ms. 120.
Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab). Sabda Rasulullah s.a.w:
"Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasaahli kitab ialah makan sahur." - Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 643

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur.Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda s.a.w :

"Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." - Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:
"Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)." - Surah al-Baqarah: 187

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata:
"Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w ." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1920.
Qadi Iyadh r.h berkata: "Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar." - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11, ms. 114.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
"Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat." - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:

1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.