Wednesday, January 28, 2009

TwinX 2 On The Way!

Korang tengok je la Cover yang belum dicolour Komik TwinX 2 karya penuh magis dari Pac.
Akan menerjah ke pasaran negara tidak lama lagi.

Petikan kata-kata dari Presiden Pekomik, En. Azhar.
"Aku kata komik Pac BEST SELLER! bukan setakat aku kenal dia atau pun sebab aku suka TwinX ataupon bukan sahaja kerna penceritaan komik dan lukisan detail Pac..

antara faktor utamanya..
SALES komik twinx nih...

terbukti laku..dan hangat di pasaran..

aku dah cek di kedai mynews.com di area subang,shah alam, klcc..tesco..shah alam..carefour..giant gombak,shahalam....rata2 tinggal satu naskah TwinX saja yg tak terjual..atapon dah abis..

terbukti komik Pac "TwinX" ini best seller..

tak percaya segera cek di kedai mynews.com berdekatan anda!"

Hahaha!! Aku sampai mengigil satu badan tunggu TwinX 2 nak keluar kat pasaran.

Monday, January 26, 2009

Liverpool Juara EPL 2008/2009?


Aku sempat membaca Akhbar Harian Metro pagi ini dan sebuah artikal di bahagian sukannya telah menarik perhatian aku.

LONDON: Liverpool mempunyai “segala yang mereka perlukan” untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini, menurut bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang kini mengendalikan Inter Milan.

Pasukan Reds, bimbingan Rafael Benitez berada di tempat kedua liga, berkongsi mata dengan pendahulu Manchester United tetapi ketinggalan menerusi perbezaan gol dan baki satu perlawanan.Biarpun dengan kedudukan teguh dalam memburu gelaran itu, Liverpool sering mensia-siakan mata di tempat sendiri ketika berdepan pasukan bukan pilihan musim ini, tetapi Mourinho yang kini pengurus Inter Milan percaya mereka masih terus mampu untuk menjadi pencabar gelaran itu.

“Menyaksikan Liverpool musim ini adalah sesuatu yang menyeronokkan,” menurut Mourinho dalam catatannya di Sunday Telegraph. “Saya fikir mereka mempunyai segala yang diperlukan untuk memenangi gelaran itu”.

Well Mr. Mourinho, kadang-kadang aku rasa ada betulnya apa yang kau katakan itu.

Hari Yang Agak Kalut

Pagi ini merupakan permulaan hari yang cukup kalut untuk aku. Bila aku terjaga dari tidur dan melihat jam lonceng yang tepat menunjukkan 8. 05 pagi buat aku berlari macam Batman yang tengah emegency pakai sut pakaiannya setelah nampak lambang Batman kat langit.

Adik sedara aku yang kehairanan melihat reaksi aku berlari ke bilik air segera bertanya apa musibah yang menimpa aku pagi ini. Ini semua gara-cara aku layan cerita CSI kat chanel AXN Astro malam tadi membuatkan aku terbangun lewat untuk pergi kerja pagi ni.

Dengan selamba Adik sedara aku berkata " Hari ni kan cuti Tahun Baru Cina"

Dengan muka yang merah padam aku masuk balik ke bilik aku dan sambung tido balik. Ciss!!
Hari ni memang hari kalut aku. Kung Hi Fat Choi!!



Saturday, January 24, 2009

Outlander

Aku berkesempatan menonton sebuah filem arahan Howard McCain (pengarah bagi filem Underworld : Rise of the Lycans yang sedang ditayangkan kat pawagam sekarang). Filem ni dikatakan sebagai gabungan filem Braveheart dan Highlander. Aku rasa filem ni boleh di ketogeri sebagai filem Epik fantasi.

Dibarisi Pelakon James Caviezel ("The Passion of the Christ", "Highwaymen", "The Thin Red Line", "GI Jane", "The Rock", "My Private Idaho"), Sophia Myles ("Underworld", "Tristan + Isolde", "Moonlight") dan Ron Perlman yang tentunya korang kenal kerana mamat ni adalah pelakon Filem "Hellboy".

Kisahnya bermula apabila sebuah kapal angkasa terhempas di kawasan Norway sewaktu zaman Viking sedang memerintah. Bersama-sama kapal angkasa tersebut adalah seorang tentera bernama Kainan dan tahanannya, seekor makhluk ganas bernama Moorwen. Moorwen telah terlepas dari tahanan dan membunuh puak Viking yang ditemuinya.

Kainan telah membuat pakatan bersama-sama pahlawan Viking. Dengan teknologi dari angkasa lepas bersama pedang dan kapak, Kainan berpadu tenaga dengan pahlawan-pahlawan Viking memburu Moorwen untuk menghapuskannya, sebelum ia menghapuskan mereka.

Layan gak jalan cite ni. Kalau korang ni memang jenis makhluk Tuhan yang suka cerita-cerita pasal pahlawan Viking dan juga suka tengok alien mahupun Monster yang cool dan ganas. Aku suggest ni Filem yang patut korang tengok. Gempak beb!




Thursday, January 22, 2009

Member Opis Lama Aku Dapat Baby

Saja nak kongsi cerita gembira dari kawan opis lama aku kat JAIS yang baru menimang cahaya matanya yang pertama (nama di Zila). Dia dapat baby girl yang diberi nama Nuha Nur Khalisha yang membawa maksud :

NUHA - Yang bijak macam emaknya (Dia sendiri la yang kata)

NUR - Cahaya (Bukan cahaya lampu stadium tau)

KHALISHA - Suci/Murni (Minyak masak Cap Sri Murni)

Disebabkan aku ni pun sibuk memanjang je, sampai tak sempat aku nak menziarah dia dengan baby dia kat hospital itu hari. Comelkan Baby dia.. sebijik macam muka aku masa aku kecik-kecik dulu. Kalau masuk pertandingan bayi comel, sure dapat tempat pertama punya la.

Tuesday, January 20, 2009

The Making Of Herol Izwan : Round 5

Tuan-tuan dan puan-puan, dengan bangganya kami mempersembahkan secara eklusif The making Of Herol Izwan. Pak! Pak!Pak! (bunyi orang bertepuk tangan)

Kali ini aku nak kongsi feeling ketika aku menyiapkan page pertarungan Kecempreng Man dengan seorang penjahat berperwatakan tukang masak. Aku melukis page ini kira-kira pukul 2 pagi dengan bertemankan lagu MP3 yang terdapat didalam handset aku. Pagi itu memang sejuk. Ditambahkan lagi hujan gerimis yang mencurah turun. Bunyi lolongan anjing sayup-sayup kedengaran bagai ingin memberitahu anjing tu pun merasa kesejukan macam aku gak. Kesian anjing tu...

Aku teruskan usaha menyiapkan page ini sebelum mata aku tertutup rapat gara-gara rasa mengantuk yang amat sangat. Tiba-tiba irama laguku untukmu nyanyian band Meet Uncle Hussain berkumandang di cuping telingaku. Aku mula terasa bersemangat semula. Rasa mengantuk yang amat tadi telah menghilang entah ke mana. Akhirnya aku berjaya menyiapkan page ini diiringi magic muzik dari Meet Uncle Hussain.

Tahniah Meet Uncle Hussain sebab korang memang layak menang AJL ahad lepas sebab live korang malam tu memang Superb!

Monday, January 19, 2009

Aku, Dia & RINDU

Tengah aku rajin mengemas almari buku di dalam bilik aku,terjumpa pulak beberapa keping lukisan kartun yang dulunya aku pernah kirimkan ke Harian Metro. Peh! aku cukup rindu dengan suasana ketika itu. kartun aku disiarkan di akhbar tersebut sebanyak 2 atau 3 kali dalam tempoh seminggu.

Cerita pasal rindu ni mengingatkan aku pada miss call yang aku terima lewat malam tadi. Miss call dari manusia yang memang aku rindu sangat. Seriusly aku rindu sangat kat dia. kalau la aku dapat jumpa dengan dia, mesti aku peluk tubuh dia erat-erat dan selepas itu ibunya yang berada di Pahang akan datang ke Shah Alam dan mem back hand tengkuk aku kerana suka-suka hati je aku peluk anak dara dia. Heheheh..

Aku pun tak tahu kenapa dia miss call aku, mungkin dia pun rindu kat aku macam aku rindu kat dia kot. Kalau difikirkan, hubungan aku dengan dia ni mistikus sikit. Macam hubungan watak Mashiro denngan Azuki dalam komik Bakuman pasal aku pun de buat satu perjanjian dengan dia. Yang pentingnya aku memang rindukan dia sangat-sangat sampai aku tengok muka orang lain pun leh terbayangkan muka dia. Huhuhu!.. Rosak betul la aku ni..

Sunday, January 18, 2009

Ahmad Dhani - Madu 3 (Cover P. Ramlee)

Ahmad Dhani akan merilis lagu tentang poligami yang berjudul “Madu Tiga” milik seniman lagenda Tan Sri Dr. P. Ramlee. Menanggapi soal poligami yang mulai marak dibicarakan di masyarakat Indonesia. Ahmad Dhani beranggapan soal poligami yang dibencinya karena dipandang memiliki syahwat besar atau dengan kata lain berpoligami karena suka dengan kegiatan seksualnya.
P/S - Petikan artikal dari kc-ismail.blogspot.com

Saturday, January 17, 2009

ALAN Yang ALONE

Tengah aku search intenet, aku terjumpa image ni kat PTS One Blogspot. Mungkin ni cover komik kanak-kanak ter latest dari En. Alif (Orang Kuat) kot.

Komik ni menceritakan kisah budak kecil bernama ALAN yang ditinggalkan seorang diri di tengah bandar. Ops!... dia bukan seorang la, sebenarnya dia juga ditemani sebuah robot comel. Macam-macam perkara mereka jumpa sepanjang dugaan itu. Rasailah pengalaman menarik mereka dalam bentuk komik dan tulisan dalam ALAN ALONE.

KIJIYA By Zint

Aku baru beli Komik terbaru karya Zint, sorang pelukis komik berbangsa cina warganegara Malaysia yang aku minati. Kenapa aku minat Zint? kerana dia banyak melahirkan idea-idea yang kreatif dan selalunya di luar jangkaan. Aku anggap dia sebagai sorang dari pelukis komik yang patut aku contohi.
Komik Kijiya berlatar belakangkan bumi selepas bencana alam yang telah mengundang kemunculan pelesit untuk mengganggu-gugat ketenteraman umat manusia. Manusia yang mempunyai kuasa sihir dan keupayaan istemewa bergabung serta membentuk satu kuasa untuk menghapuskan musuh yang bangkit dari dunia gelap. Kijiya dan rakan-rakannya adalah pelajar ahli sihir dari Sekolah 0109 dan mereka merupakan tunjang harapan masa depan untuk melawan segala anasir jahat pelesit.




Monday, January 12, 2009

The Making Of Herol Izwan : Round 4

Penampilan istimewa Kecempreng Man dalam komik Herol Izwan memang sengaja aku rancang awal-awal. mesti korang akan berteriak " tak boring ke asyik lukis Kecempreng Man?"
Hmmrrp!! mestilah boring sampai tahap nak memuntahkan pundi kencing bila aku melukisnya. Tapi untuk komik Herol Izwan ni, Kecempreng Man mesti diselitkan jugak sebab ia banyak membantu dan menguatkan jalan cerita komik ni.

Tadi aku sempat singgah ke Opis PTS di Wangsa Malawati. Sambil bawa Page Komik Herol Izwan yang dah siap untuk dinilai oleh Encik Editor Wan Zu. Sambil tu aku risik-risik gak perkembangan Komik Kecempreng man 2. Alhamdulillah, tengah proses layout sekarang ni. Bedebar-debar gak tunggu Kecempreng Man 2 nak masuk pasaran. Wanzu kata Insya Allah Komik kecempreng Man 2 akan masuk pasaran sama dengan Komik TwinX 2.

Battle Royale

Dalam belenggu kebosanan hujung minggu aku terperap kat rumah. Nak melukis pun takde mood. So layan DVD menjadi aktiviti paling popular yang akan aku lakukan. Setelah puas aku geledah rak DVD, sebuah filem Jepun terbitan tahun 2000 jadi pilihan aku.

Pernah tak korang bayangkan ketika korang berada di sekolah dan dalam rombongan bersama rakan sekelas korang, pastu korang dan rakan-rakan korang secara tanpa sedar dipaksa menyertai satu 'survival program yang berkonsepkan 'Last Man Standing'? Ya... Korang terpaksa membunuh kesemua rakan sekelas korang hanya untuk pulang kembali ke rumah. Filem yang penuh kontroversi ini ditayangkan pada tahun 2000. Ia menggambarkan pada masa tersebut orang dewasa mula berasa takut dengan gejala sosial remaja yang semakin ganas dan sukar dikawal.

Sebab tu kerajaan Jepun telah mencipta satu akta bertujuan untuk 'mengurangkan' remaja bermasalah ini dengan menghantar mereka ke suatu program yang dinamakan Battle Royale. Setiap tahun satu kelas dari seluruh Jepun akan dipilih (tanpa pengetahuan pelajar) untuk menyertai program tersebut. Peserta dipakaikan (juga tanpa sedar) rantai yang mempunyai bom jangka dan diberi masa 72 jam untuk memenangi program tersebut. Jika tiada pemenang selepas masa yang diberikan rantai yang disematkan ke leher mereka akan meletup (Peh! Part ni yang aku tak tahan nak tengok). Program didahulukan dengan penerangan secara rakaman video oleh penyampai yang cantik, comel dengan cara yang menghiburkan.
Mereka ditempatkan di sebuah pulau sebesar 10km yang dikosongkan dan jauh dari orang ramai untuk mengelakkan mereka melarikan diri. Peserta juga dibekalkan 'survival kit' bersama-sama senjata yang diberi secara rawak, kerana ada pelajar yang hanya mendapat tutup periuk, teropong juga senapang automatik bergantung kepada nasib mereka sebagai senjata. Dalam masa 6 jam pertama selepas program dimulakan 14 orang peserta maut dalam usaha mereka untuk pulang ke rumah. Ending ceritanya kalau korang nak tahu, cari la DVD filem ni dan tonton la sendiri. HeHeHe..

Dah banyak kali aku tengok filem ni tapi still aku dapat rasa feel macam kali pertama aku tengok filem ni gak. Rasa saiko beb!

Sunday, January 11, 2009

Kanoute

After scoring a winner in the Spanish league on Wednesday, January 7, international striker Frederic Kanoute lifted his jersey to reveal a t-shirt with the word "Palestine," in a move to show of solidarity with the people of Gaza against a deadly Israeli onslaught. The 31-year-old superstar was booked for his action and could face sanctions from football authorities. France-born Kanoute is a practicing Muslim who has supported various humanitarian causes in the past.

Kanoute, pemain bola sepak kelahiran Mali yang pernah membeli Masjid yang hendak dilelong. Sekarang dia bermain di liga Sepanyol, bersama kelab Sevilla. Dia ni salah seorang player football beragama Islam yang aku kagum. Aku bukan setakat kagum dengan skill permainan bolanya tapi akhlak dan sifat tanggungjawabnya kepada Agama ALLAH.

Saturday, January 3, 2009

Happy Birthday Juju

6hb januari 2009 seorang lagi makhluk Tuhan yang banyak bagi effek dalam kehidupan aku akan menyambut harijadinya yang ke**. Walaupun dah agak lama aku tak berjumpa dengan dia, tapi ingatan aku masih kuat tentang dia.

Lebih lapan tahun lamanya aku mengenali Juliana Binti Mohd Salim atau nama timbangan yang aku panggil untuk dia 'Juju' membuatkan aku lebih bagus dari dulu. Last aku jumpa dia pun masa bulan Jun tahun lepas. Masa tu aku rasa dia bertambah-tambah kiut berbanding lapan tahun yang terdahulu.

Aku tak boleh sangat nak cerita lebih-lebih pasal dia ni kat korang. Biar la semua jadi sejarah. Kalau tak boleh jadi sejarah, biarla jadi Geografi ke, Fizik ke, Matematik tambahan ke atau matapelajaran yang lain. Hehehehe..

Juju, aku wish Good Luck untuk kau. Hope boleh jumpa kau pada masa akan datang. Chaiyok!!