Friday, March 27, 2009

Hidup Adalah Perjuangan

Ini merupakan entri yang terakhir untuk bulan March dan berkemungkinan Blog ini tidak akan di up-date dalam satu jangka masa yang agak panjang. mungkin 2 minggu, mungkin 3 minggu, mungkin 1 tahun.. Aku pun tak pasti.

Anggap sajalah ketiadaan aku nanti seumpama aku di culik sekumpulan makhluk asing dan mereka sedang menjalankan beberapa eksperimen ke atas tubuh badan aku yang kiut ni. Thank so lot pada korang yang setia singgah dalam blog aku selama ini.. InsyaAllah! ada umur panjang, kita akan berjumpa lagi. Muah!

My First Time...

Seriusly aku memang tak pernah main Bowling. Tetapi disebabkan tidak mahu menghampakan hati seorang sahabat, aku gagahkan juga menemani beliau bermain bowling walaupun aku tahu sesuatu yang buruk akan berlaku.. Aku tak sangka se cap ayam-cap ayam aku ni pun, balingan pertama yang aku buat berjaya menjatuhkan ke sepuluh-sepuluh pin. Strike Beb! Baru aku sedar, rupa-rupanya senang je main bowling ni.. Bisik hati kecilku dengan nada sedikit ego dan bongkak. Kalau aku tahu la senang macam ni, sejak darjah 4 lagi aku dah start main bowling. Wahahaha..!

Tapi betul la kata orang dulu-dulu, Melayu ni kalau dah maju sikit, dah pandai sikit, mula lah bongkak. Balingan aku yang seterusnya banyak membantu cleaner-cleaner kat pusat Bowling tu tak payah susah-susah sapu longkang sebab bola bowling yang aku baling tu dah berjaya bersihkan longkang-longkang tersebut. Hehehe.. Tak cukup dengan itu, balingan aku yang ke-7 entah macam mana aku boleh terbuat bola bowling tu melompat-lompat dan terus melompat ke lane sebelah sudah cukup buat tokey pusat bowling tu akan ingat nama aku sampai dia mati.. (^_^)

Tuesday, March 24, 2009

Semalam Baru Cukur, Hari Ni Dah Tumbuh Balik!

Rakan sepejabat aku yang bernama Natratul Faezah atau panggilan Glamour nya OJA, sering merungut pada aku tentang betapa beruntungnya aku menjadi seorang lelaki. Jadi perempuan leceh katanya.

Tambahnya lagi, kalau jadi perempuan mesti kena pandai pakai mekap, pakai lipstik, pakai maskara, kalau pakai stokin lak kena pakai stokin nipis yang panjang sampai ke pangkal peha, pastu ada pulak time period tiap-tiap bulan, kalau pakai baju lak, lelaki pakai 1 baju je. Tapi perempuan kena pakai 2 baju dan macam-macam lagi perbandingan yang dia buat bagi menggambarkan betapa lecehnya menjadi seorang perempuan.

Aku rasa si Oja ni tak sedar bahawa menjadi seorang lelaki pun ada jugak perkara leceh. Contoh perkara leceh yang aku hadapi sepanjang aku menjadi seorang lelaki ialah mencukur jambang dan misai. Baru je pagi semalam aku cukur, petang ni dah tumbuh balik. Tension aku!.. Rasa rimas bila muka ditumbuhi bulu-bulu halus. Kadang-kadang tu aku rasa macam muka aku dipenuhi duri-duri pokok kaktus.. Tak suka-tak suka!..

Friday, March 20, 2009

Antara Gembira Dan Tak Gembira

Hari rabu yang lepas, aku ke Opis PTS untuk melawat Encik Wan Zu, Editor Komik-M yang merupakan bekas pelajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Rupanya ada satu perkabaran gembira untuk aku. Hahahaha..! Tapi terdapat juga satu perkabaran tak gembira untuk aku. Oh! Damn..

Perkabaran gembiranya ialah Komik-M baru saja mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN). So semua komik-komik termasuk komik Kecempreng Man Part 2 yang tertangguh penerbitannya sudah boleh masuk kilang untuk dicetak. Perkabaran tak gembiranya pula ialah cover untuk komik Kecempreng Man Part 2 telah direject. So aku kena lukis cover lain. Selagi tak siap cover tu, komik aku tak boleh dicetak. Padan dengan muka aku.

So aku berharap hujung minggu ni, tiada sebarang gangguan termasuk gangguan seksual mahupun gangguan makhluk halus dan juga kasar sebab aku kena settlekan cover ni secepat yang mungkin. Time to working hard bebeh!

Thursday, March 19, 2009

Smart Tag


Tagged by eMi mLi

Bold the statements that are true to you. Italicize the statements that you wish were true. Leave the fibs alone. Then, tag 6 people to do the same test.

I’m 170cm tall.
I don’t know what I want at the moment.
I’m not happy. Kadang-kadang je rasa tak happy but life must go on
I hate my friends.
I hate my life.
I hate my grades.
I can drive.
I’m bored of driving.
I have a white handbag.
I love dancing.
I go clubbing every week.
I have a tattoo of a star.
I got my navel pierced.
I have friends that take drugs.
90% of my friends smoke.
Okay, maybe less than 90.
I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty.
I’m studying Fashion.
I have a business running.
I hate cartoons.
I hate someone.
I have 10 Lollipops handbags.
I buy CLEO every month.
My parents don’t know about my blog.
I have an iPod.
I don’t have faith in the current “one”.
My school mates know about my blog.
I wanted to be a fashion designer.
I love rock emo bands. My Faberet band, MCR
I’m a rebel.
I don’t believe in love.
High school's filled with drama.
My parents have faith in me.
I’ve bought shoes this month.
A blogger bitched about me before
I hate sports.
I heart Italian food.
I hate meeting new people.
I hate nail polish.
The mother bear gives me hugs.
People should start appreciating me.
High school was the worst time of my life.
I have red hair.
One Utama is my second home.
I’m a guy. Serius aku memang lelaki. Nak tunjuk bukti ke?
I’m scared of my Biology exam which I’m going to face tomorrow.
I hate vacations.
I believe in long distance relationships.
I’m going to get high and smoke weed one day soon.
I’ve robbed an old lady.
I’m starting to like applying make-up.
I was a tomboy.
I love bitching about people behind their backs.
I still have a best friend.
I have a cat. Ada 2 ekor yang bernama Abu dan Mican
I hate surprise parties.
I hate planning parties.
I’m hot.
I’m a sinner.
I’ve got a DS light.
I have a Wii. Aku ada PS2 je..
I can live without music. Aku salah seorang BALADEWA
Video games are a waste of time.
I miss the father bear.
I love being in love.
I know how to cook.
I have 100% freedom.
Boys are assholes.
I hate Math.
I’m happy with what I have. Tapi still banyak lagi benda yang aku cari dalam hidup ini
I love horror films. Antara filem seram yang buat aku rasa seram ialah JU-ON
I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
My old friends keep in touch with me.
I don’t read newspapers.
The news is such a waste of time.
Blogging is a waste of time.
I hate animals.
I can’t live without make-up.
I curse like a pirate.
I’m happy with my 11 year old car.
I hate people that are smart.
I love Orange juice. Jus betik takde ke? (^_^)
I can’t drink for nuts.
I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
I’ve got a new phone. Takde duit nak beli hand phone baru
I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month.
I love swimming.
I haven’t worked out since March.
I think I'm fat. Macam Afdlin Shauki
I love my friends and family. Aku rindu sangat kat Arwah Mak ngan Arwah Abah (TT_TT)

Lepas ni aku nak Tag siapa?
Aku tak nak Tag sapa-sapa, takut lepas tu diorang Tag aku balik. Biar la ni merupakan Tag pertama dan terakhir bagi aku.

Monday, March 16, 2009

Aku Benci Nyamuk


Aku benci nyamuk..! Walaupun ia berbadan kecil dan beratnya hanya 2 hingga 2.5mg, tetapi gigitan manjanya sering buat aku hilang sabar lalu ingin bertukar menjadi Gaban. Kandungan darah dalam badan aku yang kiut ni sering berkurangan akibat aktiviti nyamuk yang tidak bermoral itu.

Walaupun pihak Jabatan Kesihatan dengan kerjasama Majlis Perbandaran sering melakukan aktiviti penyemburan asap di area kawasan kediaman aku, namun bilangan nyamuk semakin hari semakin banyak. Mungkin nyamuk-nyamuk di kawasan aku sudah pandai memakai topeng dan mengamalkan program merancang keluarga dengan jayanya. Sebab itu bilangan mereka bertambah banyak. Aku pun tak tahu macam mana nak bunuh nyamuk-nyamuk ni.

"Ala.. Senang je nak bunuh nyamuk ni", kata adik sedara aku.

"Macammana caranya?", tanya aku dengan penuh minat.

"Mula-mula kita tangkap nyamuk tu, Lepas tu kita bukak mulut dia. kita tuang ubat nyamuk ke, racun ke dalam mulut dia. Tak sampai 1 minit, mesti nyamuk tu akan mengelupur dan mati dalam keadaan penuh kesengsaraan," Jawab adik sedara aku dengan penuh konfiden.

"Mungkin adik sedara aku pun nak mengalami kesengsaraan macam nyamuk tu kot'" kata ku dalam hati sambil melakukan Smack Down ala-ala Batista ke atas adik sedara aku.

Saturday, March 14, 2009

Dragon Ball Yang Berevolusi

2 jam sebelum aku berangkat untuk menonton movie adaptasi dari komik lukisan penuh magic daripada Akira Toriyama, sempat jugak aku melukis sesuatu untuk diselitkan di entri ni. Hehehe.. First thing before aku tengok movie ni, aku dah setkan minda aku bahawa ni bukan filem Dragon Ball. Di ulangi, INI BUKAN FILEM DRAGON BALL. Hasilnya bila aku melangkah keluar dari pintu pawagam, aku tersenyum. Ayat yang terbit dari kepala otak aku, "movie yang baru aku tonton tadi ada iras-iras komik Dragon Ball la".

Bertepatan dengan perkataan Evolution di belakang title Dragon Ball, Stephen Chow selaku Produser ternyata berjaya membuat Dragon Ball berevolusi berkali ganda daripada Dragon Ball yang pernah kita kenal dahulu.

Terpulang kepada korang selaku diehard fan Dragon Ball dapat menerima evolution atau tidak dan bagi aku pula, aku still boleh layan Movie ni tapi aku still berharap masa hadapan akan ada mana-mana produksi dari negara Jepun sendiri yang akan bikin kembali Movie ni kerana pada pendapat aku, hanya orang Jepun sahaja yang boleh hasilkan movie Dragon Ball sama dengan naskah dari komiknya. Antara buktinya, cuba korang tengok movie Death Note dan 20th Century Boys. Feel masa tengok movie dia sama macam tengah baca komik dia. Hehehe..

Tuesday, March 10, 2009

Mis Bruce Lily

Aku sempat mencipta satu watak antagonis untuk komik Kecempreng Man Part 3. Kecempreng Man bakal bertemu dengan lawannya yang sangat lincah berkung fu. Walaupun Mis Bruce Lily mempunyai bentuk badan ala-ala chuby, tapi ketangkasan berkung fu beliau setanding dengan mendiang Bruce Lee.

Kelihatan Mis Bruce Lily memakai tali pinggang yang agak canggih. Sebenarnya tu bukan tali pinggang, tu mesin senaman mengempiskan perut. Idea mesin senaman mengempiskan perut tu aku dapat bila tengok ucu aku tengah pakai mesin tu. Hahaha... Semestinya babak pertarungan Kecempreng Man dengan Mis Bruce Lily akan memberikan aksi yang suspen dan cukup mendebarkan. Waccaa!!..

Sunday, March 8, 2009

Di Kala Malam Bulan Mengambang

Ucu aku selalu bising pasal aku ni waktu malam time bulan tengah mengambang asyik menghilangkan diri dari bilik tidur. Ada gak sekali dia sangkakan aku ni seorang superhero ala-ala Batman yang memang jadual rutin tengah malamnya keluar membenteras jenayah.

Sebenarnya aku ni ada penyakit suka keluar rumah dalam sekitar pukul 2 atau 3 pagi. Benda ni dah jadi cam tabiat aku dah. Selalunya destinasi yang aku kunjungi time pagi-pagi buta tu ialah Maplai A.K.A. restoran mamak untuk pekena milo o tarik segelas bersama sekeping roti canai. Terdapat satu jenis hiburan yang aku rasa hanya aku dapat lihat di Maplai iaitu aksi penebar roti canai. Kadang-kala cara mereka menebar roti canai membuatkan aku terkasima seolah-olah aku sedang menyaksikan persembahan Royal London Sarkis. Hebat! Memang terlalu hebat aksi mereka... (^_^)

Tuesday, March 3, 2009

Hepi Birthday To Me!

Buat 3 tahun kebelakangan ni tafsiran tentang present hari jadi yang paling aku nanti-nantikan bukanlah hadiah yang mahal-mahal, kek yang sedap, pakaian berjenama ataupun aksesori lelaki yang berharga ribu-ribuan. Present Birthday yang paling aku idamkan hanyalah ucapan hepi brithday melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) . Bunyinya agak pelik bukan?

Aku amat menghargai kepada sesiapa yang telah mengirimkan sms ucapan harijadi starting dari awal pagi tadi sampai la sekarang. Thank Q so much semua...!! Dalam banyak-banyak SMS yang aku terima, terdapat satu SMS yang boleh buat aku mental drops kalau tak dapat sms ni. Yes! memang betul. Tentunya SMS ucapan Birthday dari insan yang aku minati. (^_^) Thank Q so much HoneyNoty..

Monday, March 2, 2009

3 March

Aku baru tahu satu fakta yang agak menarik berkaitan dengan diri aku. Rupa-rupanya aku berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Alexander Graham Bell iaitu manusia pertama yang merekacipta telefon. Alat yang mencetus revolusi dalam bidang perhubungan. Marilah kita sama-sama mengucapkan terima kasih kepada Pak Cik Graham Bell kerana tanpa ciptaan beliau, anda semua mungkin tak dapat bergayut dalam telefon dengan girlfrend/ boyfriend anda tiap-tiap malam.

Menghapuskan Kolestrol

Petang semalam aku sempat turun bermain futsal bersama Geng Seluar Dalam Bercorak Bunga Matahari (gelaran kumpulan aktivis haram yang ditubuhkan oleh member-member di opis lama aku) dengan harapan kandungan minyak kolestrol yang berkumpul di keliling perut aku dapat dihapuskan. Tapi malangnya baru 15 minit aku bermain, aku dah merasa tercungap-cungap kepenatan sambil terbaring di kawasan kotak penalti pihak lawan.. Ini la akibat kalau setahun sekali je turun bermain futsal. Hehehehe...
Gambar aku sedang melakukan tendangan maut yang telah merosakkan tiang gol sekaligus membuatkan tokey tempat futsal tu mengamuk sambil mengejar kami hingga ke rumah.

Sunday, March 1, 2009

The Making Of Herol Izwan : Round 8

Dalam sedar tak sedar sekarang kita dah berada di dalam bulan Mac. Laju sungguh masa berlalu meninggalkan kita. Kadang-kala aku rasa frust sangat sebab banyak benda yang aku tak dapat settlekan mengikut perancangan awal aku. Damn sungguh..

Di atas merupakan cuplikan dari Komik Herol Izwan iaitu babak Herol berlari ala-ala pelari pecut Jemaica, Usain Bolt sebab dah terlambat nak ke sekolah. Sengaja aku masukkan unsur-unsur melampau sehingga lariannya mampu memintas kenderaan. Biasalah!! aku kan suka berimaginasi.

Kalau korang perasan, di petak akhir tu kelihatan seorang lelaki berambut pacak. Tu la Izwan A.K.A. Cikgu Izwan yang mengajar di kelas si Herol tu. Siapla bila Herol sampai kat sekolah nanti. Mesti kena denda ala-ala tentera jepun la nanti. Hehehehe...

Tazkirah : Tutuplah Aurat Dengan Sempurna

MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat?

JAWAPAN DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian. Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita.

Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.

Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan "Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup." Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.

Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

idak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.

Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.

Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.

Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai 'AhlulBait'dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33) Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: "Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya." (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).

Manakala Abu Ubaidah berpendapat: "Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah."(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8) Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.

Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.

Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai 'ahl al-bait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.

Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.

Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.

Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.
Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.

Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuan nya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.

Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua.. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?

Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini. Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.

Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.

Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.