Tuesday, June 30, 2009

Ini Bukan Cerita Samseng Kampung Dusun

Last weekend aku dan adik-adik sedara aku dikerah tenaga pergi ke dusun durian ucu aku kat area Langat. Serius cakaplah, selama 2 hari aku kat dusun tu aku lebih banyak makan durian berbanding makan nasik. Nasib baik la takde pape jadi pada aku. Tak macam Ucu aku, baru makan 2 ulas durian dah kena demam panas.

Selain durian, terdapat juga pokok buah-buahan lain seperti langsat, manggis , cempedak dan juga rambutan ditanam kat dusun tu. Walaupun kami semua diselubungi dengan berita sedih tentang kematian Michael Jackson, kami tetap bergembira sambil menikmati kelazatan buah-buahan segar yang kami petik dari dusun.

Gambar yang kat atas ni bukan gambar orang asli tau. Ni gambar adik sedara aku panjat pokok manggis. Ucu tak bagi aku panjat pokok sebab takut semua pokok manggis dia nanti terbenam dalam tanah. Cesss...!! Mentang-mentang la badan aku kiut macam Afdlin Shauki.

Thursday, June 25, 2009

Jom Kita karaoke..

Hari ni aku nak belanja korang karaoke. Tapi aku belanja karaoke kat sini je la. Jom nyanyi sama-sama dengan aku. Wahahahalalala... (^_^)

Pesawat - Mirage

Cahaya terang menembusi
Bagai sebuah kisah misteri
Kau mungkin asing
Kau mungkin
Pernah ku kenal sebelum ini

Resah gelisah dibuatnya
Bagai sebuah cereka cinta
Haru biru
Kelam jiwaku
Semakin kacau

Siang malam termimpi mimpi
Pagi petang tercari cari
Tiap saat ternanti nanti
Kau masih tiada disisi

Apakah ini satu mimpi
Terasa bagai sebuah delusi
Ilusi mata
Maian jiwaku
Semakin kacau

Haru biru
Kelam jiwaku
Semakin kacau

video

Saturday, June 20, 2009

Komik Special Projek Edisi Hari Raya

Dah lama aku tak bercerita pasal kerjaya part time aku pada korang. Komik Kecempreng Man edisi hari raya special. Baru siap dalam sepuluh page gitu. So ada lagi 15 or 20page lagi nak disiapkan. Berkisarkan tentang Makhluk asing yang bercita-cita memusnahkan planet bumi. Aku cuba reka spaceship makhluk asing tu ala-ala bentuk kueh bahulu cermai.

Adakah Kecempreng Man dapat mematahkan niat tak elok Makhluk asing tersebut. Semuanya akan terjawab bila komik ini berada di pasaran sebelum menjelang takbir hari raya Aidilfitri nanti. (^_^)

Friday, June 19, 2009

Malas Up-Date Blog

Kenapa blog ini sejak dua menjak ni nampak macam terabai. Sebenarnya aku dijangkiti virus pepijat malas meng up-date blog sendiri. Kalau nak diikutkan, macam-macam cerita aku nak kongsikan dalam blog ni dengan korang semua tapi bila menggadap je blog ni, aku jadi kemalas-malasan. Tapi untuk kali ini, aku cuba kurangkan kadar malas dalam diri aku ini.

2 minggu yang lepas, aku berada di pulau lagenda iaitu Pulau Langkawi, takkan la pulak Kepulauan Sulawesi. Di sana aku berkesempatan buat kali pertama dalam hidup aku yang suram ini memegang sejenis haiwan reptilia bernama ular. Walaupun aku kelihatan gagah seperti ahli gusti WWE bernama Batista, perasaan cuak tetap menyelubungi hatiku bila kali pertama menyentuh manja ular yang bersisik-sisik itu. Memang geli siot!

Ingatan pada korang semua. Jikalau rumah korang dimasuki ular, sila telefon Bomba. Jangan korang telefon aku pulak. Anggap je la gambar di atas tu cuma gambar hiasan je. Huhuhu..

Thursday, June 11, 2009

Bulan Lepas Aku kena Tagg

Aku di tagged oleh budak Cumil dalam gambar di atas.

Share 7 facts about yourself
1) Seorang yang cukup simple, lebih simple dari band Simple Plan.
2) Waktu kecik-kecik dulu selalu bercita-cita nak jadi Wolverine.
3) Ada penyakit sengaja tak mahu tidur bila waktu malam menjelma.
4) Pernah dilantik menjadi pengawas sekolah masa Form 1 tetapi 2hari selepas tu letak jawatan kerana rasa bosan sebab jadi pengawas tak boleh buat benda jahat kat sekolah. Wahahaha..
5) Suka tengok movie tak kira tengok kat panggung wayang or DVD.
6) Seorang yang cukup pemalu. kadang-kadang je buat-buat rasa tak malu.
7) Masih bujang tapi dah falling in love dengan seseorang. (^_^)

Tell 7 unspectacular quirks of yours
1) Tak banyak bercakap kot. Lagi suka mendengar daripada bercakap.
2) Melukis kartun/ komik ikut mood.
3) Masa kat sekolah dulu, tak suka matapelajaran matematik.
4) Suka sorok perasaan.
5) Suka kacau Mican (kucing peliharaan Ucu) sedang tidur.
6) Sejak akhir-akhir ni terkena penyakit malas up-date Blog. Huhuhu..
7) Malas gantung bendera Jalur Gemilang bila time Hari Merdeka. Tak patriotik langsung..

Nyatakan 5 fakta menarik tentang insan yang meng tagged anda ini : eMi mLi
1) Salah seorang peminat berani mati (Diehard Fan) Shiela On Seben
2) Suka kumpul SMS dalam inbox hand phone. SMS siapa? tanya la kat dia sendiri. (^_^)
3) Bila dia rasa segan atau malu, kedua-dua matanya akan berkelip-kelip.
4) Tak boleh makan makanan berteraskan spesis laut yang bernama kerang.
5) Suka merajuk tapi bukan merajuk betul-betul pun.

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta ataupun hobi diri sendiri
1) Merancang untuk menamatkan zaman teruna 2 tahun dari sekarang. Kita cuma merancang, hanya Allah yang menentukan.
2) Ada planing nak menulis novel tapi tak tahu bila nak start menulis.
3) Aku ni BALADEWA tapi bila Dewa 19 turun buat konsert kat Malaysia, aku malas nak pergi tengok. Tak tau kenapa. Huhuhu..
4) Ada cita-cita nak animasikan Kecempreng Man ala-ala watak Action Kamen dalam siri kartun Shin Chan.
5) InsyaALLAH kalau ada rezeki lebih, nak bawa bakal isteri melancong ke Jogjakarta lepas kahwin nanti.
6) Menjadikan Eiichiro Oda (Pelukis komik One Piece) sebagai idola dalam industri Komik.
7) Kuat berimaginasi sampai kadang-kadang tu imaginasi dia melampau-lampau sangat.
8) Selalunya akan oder air Milo Tarik bila minum kat kedai mamak @ maplai.
9) Dapat idea guna nama Poyo sebagai nama pena setelah terdengar sekumpulan budak hiphop sebut perkataan tu dalam Putra LRT kira-kira 9tahun yang lepas.
10) Last sekali suka taip (^_^) kat dalam SMS. Tak caya, tanya la kat eMi. Hehehehe..

Thursday, June 4, 2009

Kenangan Waktu Kanak-kanak

Aku sekarang menetap di Kuaters JKR Seksyen 17, Shah Alam. Jika korang nak tahu kat mana kuaters tu, sila layari google earth. Mesti korang jumpa kat mana kawasan kuaters aku tu. Tapi kalau korang masih tak dapat ditech jugak, sila minta bantuan pihak perisik tentera Amerika kerana mereka mempunyai peralatan yang canggih bagi mengesan sesuatu kedudukan melalui pengunaan setelit.

So semalam masa aku balik dari tempat kerja, terdapat sekumpulan budak-budak kecil bermain konda-kondi kat depan rumah aku. Bagi korang yang tak tahu apa itu permainan konda kondi, sila ambil buku telefon dan hempuk buku tu kat kepala korang sendiri. Aku malas nak terangkan secara teperinci pasal permainan konda-kondi ni pada korang tapi yang aku pasti sapa yang pernah main permainan ni, mesti dia kata best! (^_^)

Bila terlihat budak-budak tu main konda-kondi, teringat aku masa kecil-kecil dulu (hello! aku dulu pernah kecil tau, takdenya badan aku terus besar macam ni). Memang sesuatu kenangan yang terindah bila mengingati semula zaman kanak-kanak yang telah berlalu. Aku rindu sangat suasana bermain dengan rakan sebaya pada waktu itu. Antara permainan yang kami selalu main ialah konda-kondi. Harap dapat ulangi saat-saat istimewa itu. Tetapi secara tiba-tiba aku telah di sound....

Siot betul budak-budak ni. lepas ni aku takkan kasi diorang main konda-kondi kat depan kawasan rumah aku. Biar padan dengan muka korang. Huhuhu..