
Aku benci nyamuk..! Walaupun ia berbadan kecil dan beratnya hanya 2 hingga 2.5mg, tetapi gigitan manjanya sering buat aku hilang sabar lalu ingin bertukar menjadi Gaban. Kandungan darah dalam badan aku yang kiut ni sering berkurangan akibat aktiviti nyamuk yang tidak bermoral itu.
Walaupun pihak Jabatan Kesihatan dengan kerjasama Majlis Perbandaran sering melakukan aktiviti penyemburan asap di area kawasan kediaman aku, namun bilangan nyamuk semakin hari semakin banyak. Mungkin nyamuk-nyamuk di kawasan aku sudah pandai memakai topeng dan mengamalkan program merancang keluarga dengan jayanya. Sebab itu bilangan mereka bertambah banyak. Aku pun tak tahu macam mana nak bunuh nyamuk-nyamuk ni.
"Ala.. Senang je nak bunuh nyamuk ni", kata adik sedara aku.
"Macammana caranya?", tanya aku dengan penuh minat.
"Mula-mula kita tangkap nyamuk tu, Lepas tu kita bukak mulut dia. kita tuang ubat nyamuk ke, racun ke dalam mulut dia. Tak sampai 1 minit, mesti nyamuk tu akan mengelupur dan mati dalam keadaan penuh kesengsaraan," Jawab adik sedara aku dengan penuh konfiden.
"Mungkin adik sedara aku pun nak mengalami kesengsaraan macam nyamuk tu kot'" kata ku dalam hati sambil melakukan Smack Down ala-ala Batista ke atas adik sedara aku.