Berjumpa kenalan-kenalan yang sebelum ini aku cuma lihat nama mereka sahaja di Blog mahupun Forum Pergh. Sesungguhnya mereka semua baik-baik orangnya. Alhamdulillah! Tiada seorang pun di kalangan mereka berketurunan alien, rata-rata mereka semua manusia biasa.
Tahun ini aku terlibat di dalam sesi booksigning Komik M di booth PTS. Sebelum ini aku memang terkenal dengan sifat pemalu yang amat apabila ada sesi-sesi macam ni. Lagi sekali Alhamdulillah, aku berjaya buang perasaan malu itu jauh-jauh. Mungkin Wanzu (editor Komik M) terkesima bila melihat aku melayan pengunjung-pengunjung dengan mesra yang melampau-lampau pada hari itu.
Lagi satu kenangan manis yang melucukan bila aku fikir-fikirkan balik. Ketika sesi booksigning berlangsung, aku telah di ngurat oleh seorang budak kecil. Dengan beraninya budak kecil itu mengajak aku keluar dating dengannya. Hahaha! Budak-budak zaman sekarang memang berani. Lastly aku kata padanya tunggu hingga dia berusia 17tahun baru datang semula berjumpa dengan aku. Tapi yang aku conform budak kecil ni bila besar nanti muka dia sure ala-ala Liyana Jasmey.
