Maaf sebab lama sangat aku tak update blog ini. Aku sibuk dengan urusan duniawi. Sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan tahniah kat adik sedara aku (Iqmal dan pasangannya Lylie) sebab baru menimang cahaya mata pada 15 Januari yang lepas. Dapat baby girl yang diberi nama Alya Sofea. Comel kan, lebih kurang muka aku masa kecik-kecik (Hahaha.. asal comel je, semua sama macam muka aku)

Awal tahun ini Komik M melancarkan sebuah lagi komik 100% hasil anak tempatan. Aviasi Fantasi merupakan komik gabungan 2 tenaga adik beradik (Ceh! macam KRU pulak). Pelukisnya bernama Afiq manakala Nazry bertindak sebagai penulis. Berkisahkan tentang Hadi dan Aidil yang memasang impian mahu mengembara ke langit tinggi. Bagi mereka, mengembara ke langit adalah pengalaman yang indah. Namun ia tidak seperti yang dijangkakan. Ketika mereka sedang terbang di awan biru, mereka terserempak dengan sebuah kapal laut yang besar. Bermula dari kejadian aneh itu, pengembaraan yang indah bakal bertukar kepada pengembaraan yang penuh misteri. Hohoho.. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.
