Waktu tu kepala aku tengah berserabut. So aku layan tengok wayang sorang-sorang. Aku layan movie terbaru keluaran Dreamworks. Selalunya movie-movie kartun keluaran Dreamworks seperti Shrek, Kung Fu Panda, Over The Hedge dan lain-lain memang tak pernah mengecewakan aku.
How To Train Your Dragon.. Kisah berlatar belakangkan zaman viking mengenai persahabatan seorang remaja bernama Hiccup (bertubuh kecil, kurus dan tidak sasa seperti remaja viking yang lain) bersama seekor naga bernama Toothless. Hiccup berdepan dengan cabaran daripada bapanya, Stoick The Vast (suara Gerard Butler, salah satu actor yang aku minat). Sebagai ketua kampung, sudah semestinya dia mengimpikan anaknya si Hiccup ni menjadi seorang viking yang hebat membunuh naga-naga yang menyerang kampung mereka.
Pertemuan Hiccup dengan Toothless (si naga yang patah sayap kiri di bahagian ekornya akibat terkena alat penangkap naga ciptaan Hiccup) itu seumpama hikmah buat Hiccup sendiri untuk mengenali dengan lebih dekat dan terperinci berkaitan tentang naga bak pepatah lama, tak kenal maka tak cinta. Sebagai tanda persahabatan, Hiccup yang berhati mulia seperti aku telah mencipta sayap belakang untuk Toothless yang patah (aku memang suka sayap ciptaan Hiccup yang dah berfungsi ala-ala gear kaki kat motorsikal. Hebat siut idea ni..).
Di sinilah bermula ikatan persahabatan. Hiccup yang suka meneroka ini mempelajari segala-galanya tentang naga. Meskipun ditentang oleh warga viking yang dari zaman datuk nenek mereka memusuhi naga selama ini. Eh! apa kes aku nak cerita sinopsis movie ni sampai habis kat korang semua. Nak tahu kesudahan movie ini, sila tonton sendiri di panggung wayang.

Saja aku letak poster movie ni versi Jepun. Baru nampak bergaya sikit dan lain dari yang lain. (^_^)