Masa untuk bernostalgia. Aku pernah menyumbang kartun untuk sebuah majalah humor sekitar tahun 2001. Di bawah ni ada disertakan cover isu pertama majalah tersebut. Ketika itu rasa terharu sangat sebab dapat melukis bersama pelukis kartun yang heibat seperti Aie, Tembakau, Umbut The Legend, Kerel (Ana Muslim) dan ramai lagi. Kalau tak silap, ini merupakan majalah terakhir yang menyiarkan lukisan kartun aku. Sehingga entri ini ditulis, tiada lagi kartun-kartun aku di siar di mana-mana majalah termasuk Majalah 3. Memang ada permintaan minta aku melukis di majalah semula tapi rasanya buat masa ini biar aku tumpukan pada apa yang telah aku mulakan. InsyaALLAH panjang umur murah rezeki, aku akan kembali semula.

Teringat waktu melukis kartun untuk majalah ini edisi hari raya. Aku terpaksa melukis di hospital, lukis di atas katil sebab arwah mak masuk hospital. Terasa sangat tertekan menyiapkan kartun mengikut tempoh yang ditetapkan. Dengan bantuan doktor dan akak-akak nurse di sana, akhirnya aku berjaya juga menyiapkannya.

Special buat korang semua. aku paparkan salah satu page Kecemprengman#3 yang telah siap dilukis. Kali ini lokasi pengambaran Kecemprengman#3 di Alaska. Habis penuh bersalji satu buku kali ini.
Akibat selalu berjaga malam melukis dan melakukan aktiviti sampingan yang tak berfaedah, keadaan aku amatlah menakutkan bila matahari terbit waktu pagi (ilutrasi di atas juga salah satu projek yang aku usahakan untuk agenda 2011).