
Wacca!. Selamat tahun baru buat korang semua. Mesti 2010 meninggalkan banyak kenangan terindah bagi mereka-mereka yang berjaya mencapai azam mereka. Golongan yang tak tercapai azamnya macam aku ni nampaknya kena membuat azam baru sempena tahun baru.
Azam 2011 aku cukup simple, mahu melipat-lipat-lipat kali gandakan kapasiti income pendapatan bersih disamping menjalankan kempen berjimat-cermat. kalau azam ini berjaya aku laksanakan, nescaya segala apa yang aku plan untuk tahun 2011 pasti sukses. Lubang-lubang untuk menghasilkan duit telah dikenal pasti. Sekarang tibalah masanya untuk mengerah tulang empat kerat berserta idea-idea super yang lahir dari otak.
Harap banyak kenangan yang manis-manis dalam tahun 2011 ini. Opss! sempena tahun baru, Ucu aku pun bela kucing baru bagi menggantikan arwah Mican. Bulat namanya, sangat cumel. bertelinga besar, bermuka Pink Panther.