
Kepada yang ada sakit Sengal-sengal badan di bulan Ramadhan, malam sukar mahu tidur kerna terkenang famili di kampung halaman, kencing tidak lawas akibat over dose masa berbuka puasa tadi, Sakit-sakit kepala sebab memikirkan bajet untuk raya tahun ini, tidak boleh senyum sejak dari lahir lagi, bukan mahu cakap besar tapi inilah kenyataannya. InsyaALLAH buku komik ini dapat menyembuhkan penyakit-penyakit yang saya sebutkan tadi.
Komik ini banyak komik ya saudara dan saudari. Ada komik Kecemprengman, Lili Lulu Lala, TwinX, Liga Pendekar, Orang Kuat, Shootz!, Kartini, Langkamaya, Hibrid & Budak Takraw. Bukan saja di tanggung halal. Malah di tanggung puas hati. Boleh di jadikan hadiah kepada sanak-saudara tercinta di pagi Aidilfitri nanti.

Untuk memberi hiburan duniawi kepada tuan dan puan sekelian, saya takkan hidangkan air sirap bandung kerana saya tahu sekarang ni bulan puasa. Jadi saya hidangkan videoClip terbaru dari band HUJAN dengan lagu mencari Konklusi. Salam Ramadhan untuk anda semua. Enjoy your life!
3 comments:
NAPE KECEMPRENGMAN TU TENSEN JE MUKA DIA? KENA PAKSE KACAU DODOLKAH?
Umah aku tak pnah pasang lampu kelip-kelip di malam raya tp meriah je :p
Faizul,
Dia temsen pasal dia kena kacau dodol padahal dia lagi suka menganyam ketupat (^_^)
eMi,
Rumah kamu xpayah pasang lampu kelip2 pun takpe pasal kamu mempunyai sepasang mata yang cantik bila berkelip-kelip
(^_^)
Post a Comment