Tuesday, March 10, 2009

Mis Bruce Lily

Aku sempat mencipta satu watak antagonis untuk komik Kecempreng Man Part 3. Kecempreng Man bakal bertemu dengan lawannya yang sangat lincah berkung fu. Walaupun Mis Bruce Lily mempunyai bentuk badan ala-ala chuby, tapi ketangkasan berkung fu beliau setanding dengan mendiang Bruce Lee.

Kelihatan Mis Bruce Lily memakai tali pinggang yang agak canggih. Sebenarnya tu bukan tali pinggang, tu mesin senaman mengempiskan perut. Idea mesin senaman mengempiskan perut tu aku dapat bila tengok ucu aku tengah pakai mesin tu. Hahaha... Semestinya babak pertarungan Kecempreng Man dengan Mis Bruce Lily akan memberikan aksi yang suspen dan cukup mendebarkan. Waccaa!!..

Sunday, March 8, 2009

Di Kala Malam Bulan Mengambang

Ucu aku selalu bising pasal aku ni waktu malam time bulan tengah mengambang asyik menghilangkan diri dari bilik tidur. Ada gak sekali dia sangkakan aku ni seorang superhero ala-ala Batman yang memang jadual rutin tengah malamnya keluar membenteras jenayah.

Sebenarnya aku ni ada penyakit suka keluar rumah dalam sekitar pukul 2 atau 3 pagi. Benda ni dah jadi cam tabiat aku dah. Selalunya destinasi yang aku kunjungi time pagi-pagi buta tu ialah Maplai A.K.A. restoran mamak untuk pekena milo o tarik segelas bersama sekeping roti canai. Terdapat satu jenis hiburan yang aku rasa hanya aku dapat lihat di Maplai iaitu aksi penebar roti canai. Kadang-kala cara mereka menebar roti canai membuatkan aku terkasima seolah-olah aku sedang menyaksikan persembahan Royal London Sarkis. Hebat! Memang terlalu hebat aksi mereka... (^_^)

Tuesday, March 3, 2009

Hepi Birthday To Me!

Buat 3 tahun kebelakangan ni tafsiran tentang present hari jadi yang paling aku nanti-nantikan bukanlah hadiah yang mahal-mahal, kek yang sedap, pakaian berjenama ataupun aksesori lelaki yang berharga ribu-ribuan. Present Birthday yang paling aku idamkan hanyalah ucapan hepi brithday melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) . Bunyinya agak pelik bukan?

Aku amat menghargai kepada sesiapa yang telah mengirimkan sms ucapan harijadi starting dari awal pagi tadi sampai la sekarang. Thank Q so much semua...!! Dalam banyak-banyak SMS yang aku terima, terdapat satu SMS yang boleh buat aku mental drops kalau tak dapat sms ni. Yes! memang betul. Tentunya SMS ucapan Birthday dari insan yang aku minati. (^_^) Thank Q so much HoneyNoty..

Monday, March 2, 2009

3 March

Aku baru tahu satu fakta yang agak menarik berkaitan dengan diri aku. Rupa-rupanya aku berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Alexander Graham Bell iaitu manusia pertama yang merekacipta telefon. Alat yang mencetus revolusi dalam bidang perhubungan. Marilah kita sama-sama mengucapkan terima kasih kepada Pak Cik Graham Bell kerana tanpa ciptaan beliau, anda semua mungkin tak dapat bergayut dalam telefon dengan girlfrend/ boyfriend anda tiap-tiap malam.

Menghapuskan Kolestrol

Petang semalam aku sempat turun bermain futsal bersama Geng Seluar Dalam Bercorak Bunga Matahari (gelaran kumpulan aktivis haram yang ditubuhkan oleh member-member di opis lama aku) dengan harapan kandungan minyak kolestrol yang berkumpul di keliling perut aku dapat dihapuskan. Tapi malangnya baru 15 minit aku bermain, aku dah merasa tercungap-cungap kepenatan sambil terbaring di kawasan kotak penalti pihak lawan.. Ini la akibat kalau setahun sekali je turun bermain futsal. Hehehehe...
Gambar aku sedang melakukan tendangan maut yang telah merosakkan tiang gol sekaligus membuatkan tokey tempat futsal tu mengamuk sambil mengejar kami hingga ke rumah.

Sunday, March 1, 2009

The Making Of Herol Izwan : Round 8

Dalam sedar tak sedar sekarang kita dah berada di dalam bulan Mac. Laju sungguh masa berlalu meninggalkan kita. Kadang-kala aku rasa frust sangat sebab banyak benda yang aku tak dapat settlekan mengikut perancangan awal aku. Damn sungguh..

Di atas merupakan cuplikan dari Komik Herol Izwan iaitu babak Herol berlari ala-ala pelari pecut Jemaica, Usain Bolt sebab dah terlambat nak ke sekolah. Sengaja aku masukkan unsur-unsur melampau sehingga lariannya mampu memintas kenderaan. Biasalah!! aku kan suka berimaginasi.

Kalau korang perasan, di petak akhir tu kelihatan seorang lelaki berambut pacak. Tu la Izwan A.K.A. Cikgu Izwan yang mengajar di kelas si Herol tu. Siapla bila Herol sampai kat sekolah nanti. Mesti kena denda ala-ala tentera jepun la nanti. Hehehehe...

Tazkirah : Tutuplah Aurat Dengan Sempurna

MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat?

JAWAPAN DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian. Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita.

Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.

Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan "Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup." Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.

Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

idak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.

Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.

Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.

Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai 'AhlulBait'dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33) Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: "Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya." (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).

Manakala Abu Ubaidah berpendapat: "Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah."(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8) Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.

Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.

Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai 'ahl al-bait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.

Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.

Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.

Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.
Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.

Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuan nya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.

Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua.. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?

Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini. Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.

Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.

Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.