Adik ni salah sorang pengunjung Booth PTS yang membeli komik Kecempreng Man. Terima kasih adik. Kirim salam kat mak dengan abah ek. Pada korang semua yang sudah pun membeli komik ini. Aku ucapkan berjuta-juta terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik korang berikan pada aku. Hope lepas ni bila ada komik aku yang terbaru, dapatlah kiranya korang berikan suport yang mantap macam sekarang. Serius cakap la.. Komik aku biasa-biasa je, tetapi disebabkan sokongan korang, barulah komik aku jadi best. Kalau suruh aku balas budi korang yang membeli komik aku, memang aku tak terbalas. Cuma yang termampu aku lakukan hanyalah mendoakan kesejahteraan dan dimurahkan rezeki pada korang semua. Amin.. (^_^)Wednesday, March 24, 2010
Hari-Hari Yang Touching My Heart
Adik ni salah sorang pengunjung Booth PTS yang membeli komik Kecempreng Man. Terima kasih adik. Kirim salam kat mak dengan abah ek. Pada korang semua yang sudah pun membeli komik ini. Aku ucapkan berjuta-juta terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik korang berikan pada aku. Hope lepas ni bila ada komik aku yang terbaru, dapatlah kiranya korang berikan suport yang mantap macam sekarang. Serius cakap la.. Komik aku biasa-biasa je, tetapi disebabkan sokongan korang, barulah komik aku jadi best. Kalau suruh aku balas budi korang yang membeli komik aku, memang aku tak terbalas. Cuma yang termampu aku lakukan hanyalah mendoakan kesejahteraan dan dimurahkan rezeki pada korang semua. Amin.. (^_^)Tuesday, March 23, 2010
21 March di PBAKL 2010
Ada 2 benda je aku nak up date kat sini masa aku menyibukkan diri dalam aktiviti Gegar Komik M bersama REVgang..
Pertamanya tentang salah satu papan iklan di belakang pentas booth PTS yang terdapat gambar cover komik Ultra Qalif (Bop), Meon (Jas) dan KecemprengMan #2 (terharu siut sebab dalam banyak-banyak latest komik yang keluar, cover komik aku yang terbit tahun lepas jugak dibuat iklan. Huhuhu..).

Keduanya dapat bergambar sebaris dengan bebudak REVgang (Al-Ainaa, Lavendra, Aman Wan, Nazry, Afiq dan Irfan), Alif The Cyclops, Wanzu The Alwan dan Reja The Shootz!. Sekian terima kasih (^_^)
Sunday, March 21, 2010
Pesta Buku Antarabangsa KL 2010
Kepada semua lelaki yang lucky, sila ajak member-member mahupun awek (diharap dapatkan dulu keizinan dari orang tua kepada awek yang anda nak ajak itu) ke PWTC Kuala Lumpur.
Kepada semua wanita yang kiut miut (semua wanita di dunia memang dijadikan Allah sebagai makhluk yang paling kiut dan seksi di dunia), sila ajak kawan-kawan perempuan dan pada yang dah bertunang tu, ajak sekali tunang anda ke PWTC jugak.
Kepada abang-abang, kakak-kakak, mak cik dan pak cik semua pun dijemput datang la bersama keluarga dan sanak saudara masing-masing ke PWTC jugak.
Ada apa di PWTC, Kuala Lumpur?
Kerana sekarang di PWTC sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL 2010). Bermacam jenis buku dijual di sini siap dengan diskaun yang hebat. Keajaiban ini hanya berlaku setahun sekali. Jika anda terlepas tahun ini, terpaksa la anda tunggu pesta buku tahun depan. Ini pun kalau anda semua dipanjangkan umur. Kalau tak panjang, meninggal sambil mata terbuka la anda sebab kempunan nak pergi pesta buku. Wahahaha..
Hari pertama Pesta buku aku dah sampai kat PWTC padahal aku takde tugas pun kena jaga mana-mana booth kat situ. Sengaja nak menyibuk dan memeriahkan suasana majlis yang sememangnya telah sedia meriah. Tapi kaki aku tak cukup stimina gara-gara kurang bersenam untuk merayau ke seluruh booth yang ada di situ. Jadi aku lepak di booth yang ada belon udara panas berwarna merah ini. Banyak produk buku, novel dan komik terbaru yang dijual di booth bawah belon besar ini. Salah satunya ialah..
Komik Dunia Kartun. Sila beli komik ini yang penuh dengan kartun-kartun strip yang wahahahaha (ketawa sebab kelakar). Memang bagus untuk anda yang sedang bersedih kerana melalui hari-hari kurang best, InsyaALLAH selepas membaca komik ini anda akan menjadi ceria dan happy tak kiralah Happy Deepavali atau Happy Chinese New Year.
Ini gambar pelukisnya yang bernama Alif . Terima kasih Encik Alif kerana memberi sain autograf pada komik Dunia Kartun yang saya beli siap dengan lukisan sebijik kereta lagi walaupun saya tak suruh dia lukis kereta pun. Tuesday, March 16, 2010
Hidup Penuh Kezutan
Sebuah karya Fathi Ramli yang berjudul My Honey Hani terbitan Karnadya Solutions. Sinopsis ceritanya bukan berkisahkan tentang dua ekor lebah yang hinggap di bunga matahari seperti yang tergambar di kulit cover novelnya. Ia tentang kisah cinta 2 insan yang berlainan latar belakang. Cerita touching-touching gitu. Kalau korang yang berjiwa drama korea, memang sesuai layan baca novel ini. Harganya RM 18.90 dan sudah berada di pasaran . Ayoh semua, mari kita sold outkan novel ini di serata kedai buku di seluruh Malaysia.
Satu lagi kezutan. Aku rasa belum pernah ada pelukis yang buat fan art untuk novel. Kebanyakannya buat fan art untuk komik. So aku pecahkan tradisi itu sekarang. Terimalah sebuah fan art untuk novel My Honey Hani. Hasil inspirasi serangga lebah di kulit cover aku tukarkan dalam bentuk kartun yang simple. Berceritakan tentang seekor lebah yang tergila-gilakan botol berisi madu berjenama My Honey Emi. Hahaha.. memang takde langsung berkaitan dengan sinopsis sebenar novel ini.
Di bawah ini pula bukan novel ye adik-adik semua. Ini komik hasil karya terbaru Encik Bop. Jika di Jepun popular dengan Ultraman, Encik Bop yang kreatif mencipta pula seorang lagi superhero baru yang diberi nama Ultra Qalif. Selepas ini jika anda memerlukan pertolongan ketika diganggu penjahat, Anda tidak perlu menjerit nama Superman, Batman mahupun Kecempreng Man untuk meminta tolong. Jerit sajalah nama Ulta Qalif, sure Ultra Qalif akan datang menyelamatkan anda ke jalan yang benar (^_^)
Ultra Qalif juga telah berada di pasaran. Jualannya cukup hebat seperti jualan album Faizal Tahir. Jika korang semua membeli komik beliau sekarang, tidak mustahil jualannya akan meningkat seperti jualan album Michael Jackson pula. Dengan itu, aku pun tanpa segan silu melukis sebuah fan art untuk Ultra Qalif. Sengaja aku kosongkan ruangan dialog di bawah untuk korang isi sendiri dengan sesuka hati.Saturday, March 6, 2010
Kembali Semula Setelah Lama Menyepi..
Pada 3march yang lepas, aku telah menyambut ulang tahun kelahiran aku yang ke... . (aku ngaku aku dah tua tapi tua remaja tau). Tahun ini aku dapat hadiah yang cukup special. Hadiah yang keluar dari mulut insan yang aku sayang. Terima kasih sayang.. (Sori, kalau korang rasa meluat membaca adengan drama korea antara aku dan insan yang aku sayangi, sila muntah di luar rumah ek..) Kepada korang yang dah aku anggap sebagai sahabat sejati, terima kasih atas segala ucapan korang pada aku. Ucapan panjang umur lah, ucapan murah rezeki lah dan macam-macam lagi. Aku pun doakan korang benda yang sama macam korang ucapkan pada aku juga. Amin..
Pada tanggal 20februari yang lepas telah berlangsungnya perjumpaan Komik M (perjumpaan mata ke mata antara pelukis komik M, Editor Komik M serta Puan Chairman PTS. Kami saling memberi pandangan, menyuarakan pendapat, diberi ceramah motivasi free dari Puan Chairman dan ada juga acara makan-makan. Antara juadah kami pada petang itu ialah nasi berlauk, ayam goreng berempah, rendang ayam, spaghetti dan macam-macam lagi. Pada diri aku sendirilah, banyak benda yang akan aku ingat sampai mati setelah selesai perjumpaan tersebut. Antaranya cerita tentang jom buka hutan dan cerita kasut jutawan yang terkoyak. Di bawah ni aku sertakan gambar beramai-ramai setelah selesai acara makan-makan.Sunday, February 7, 2010
Rakaman Perbualan
Aspar : Alang, nak pergi mana ni?
Aku : Pergi kedai kejap. Nape?
Aspar : Cantek! Alang tolong belikan cockroach ek. Breakfast esok ingat nak makan cockroach la..
Aku ketawa sampai berguling-guling macam tenggiling kat atas karpet ruang tamu rumah bila adik aku tersilap nak sebut koko krunch tersebut cockroach. wahahaha...

Wednesday, January 20, 2010
Entri Pertama Tahun 2010
Maaf sebab lama sangat aku tak update blog ini. Aku sibuk dengan urusan duniawi. Sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan tahniah kat adik sedara aku (Iqmal dan pasangannya Lylie) sebab baru menimang cahaya mata pada 15 Januari yang lepas. Dapat baby girl yang diberi nama Alya Sofea. Comel kan, lebih kurang muka aku masa kecik-kecik (Hahaha.. asal comel je, semua sama macam muka aku)

Awal tahun ini Komik M melancarkan sebuah lagi komik 100% hasil anak tempatan. Aviasi Fantasi merupakan komik gabungan 2 tenaga adik beradik (Ceh! macam KRU pulak). Pelukisnya bernama Afiq manakala Nazry bertindak sebagai penulis. Berkisahkan tentang Hadi dan Aidil yang memasang impian mahu mengembara ke langit tinggi. Bagi mereka, mengembara ke langit adalah pengalaman yang indah. Namun ia tidak seperti yang dijangkakan. Ketika mereka sedang terbang di awan biru, mereka terserempak dengan sebuah kapal laut yang besar. Bermula dari kejadian aneh itu, pengembaraan yang indah bakal bertukar kepada pengembaraan yang penuh misteri. Hohoho.. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.
Aku dah baca komik Aviasi Fantasi dan aku suka story line dia. Berpaksikan pengembaraan fantasi tapi realiti yang akan diselubungi misteri macam paranormal activity membuat aku bagai menonton sebuah filem Adaptasi novel Stephen king. Wahahaha.. Sila dapatkan di kedai-kedai buku yang berdekatan mahupun berjauhan. Kalau tak jumpa, sila tanya pada taukeh kedai tersebut kat mana mereka sorokkan komik ini di kedai buku milik mereka. Di bawah ini aku lukis sebuah fan art gaya aku untuk komik Aviasi Fantasi. Layan...




