Tuesday, August 24, 2010

Uwek!.

Serius tekak aku memang rasa loya masa tu. Loya macam perempuan yang baru disahkan doktor bahawa dia telah mengandung atau termengandung (ni kes seks luar nikah). Tapi aku loya bukan la bermakna aku ni mengandung. Biar aku cerita dari mula kenapa aku rasa loya sampai terasa nak muntah.

Last weekend aku pergi ke area Petaling Street, Kuala Lumpur. Tujuan murni aku ke sana adalah semata-mata mahu melawat beberapa buah kedai menjual DVD drama mahupun movie dari Jepun dan Korea. Selain itu terdapat juga DVD anime yang harganya lebih berpatutan berbanding Kedai-kedai DVD di tempat lain. Maklum la, bajet aku menjelang hari raya ini amatlah kritikal sekali. So kena la berbelanja secara berhemah. Ketika aku sedang mundar-mandir kat Petaling Street, mata aku terpandang sepasang kekasih sedang bercumbu-cumbuan di tepi bangunan. Cheese cake betul la diorang ni, bulan puasa pun diorang berani buat maksiat. Tapi yang konfiusnya pasangan kekasih tu bukan lelaki dengan perempuan tapi lelaki dengan lelaki. Serta merta tekak aku mula rasa keloya-loyaan bila melihat mereka berdua sedang ghairah berkucupan macam scene Angelina Jolie cium Brad Pitt dalam movie Mr and Mrs Smith yang baru aku tonton 2 hari lepas.
Aduhai.. Memang nak kiamat la dunia ni. Golongan Gay atau gelaran Mat Kunyit di kalangan ahli-ahli yang mengamalkan seks songsang ini dahulunya telah dibinasakan oleh ALLAH di zaman Nabi Lut. Tapi nampaknya golongan ini makin membiak dan terus membiak bilangannya dan menjadi barah dalam masyarakat kita sekarang ni. Aku rasa nak lempang je 2 orang lelaki bernafsu songsang itu. Siap la korang nanti terima azabnya kat sana nanti. Huhuhu.. Tak pasal-pasal markah pahala puasa aku dipotong separuh. Cheese burger sungguh!

Tuesday, August 17, 2010

Keadaan Aku Di Bulan Puasa

Sepanjang bulan Ramadhan yang dah masuk hari ke 7, aku menyibukkan diri aku yang malas ini melukis naskah ke 3 Komik kecemprengMan. Tapi ada kalanya niat suci aku itu terhalang kerana serangan batuk-batuk yang aku dapat dari sayang aku ketika keluar dating bersama. Sudah berbotol-botol ubat batuk aku telan tapi batuk tetap bermaharajalela. Walau macamana pun aku tidak boleh bersikap seperti melepaskan batuk di tangga. So aku paparkan muka surat pertama komik Kecempreng Man#3 untuk tontonan korang semua.

Yang di bawah ini pula adalah lukisan aku ketika mula berjinak-jinak merpati dalam dunia pekartunan dan perkomikan. Aku jumpa sebuah majalah yang ada lukisan kartun aku di sebuah kedai buku area Shah Alam. Rasanya lukisan aku tak banyak la berubah sangat kalau nak dibandingkan time aku mula-mula melukis dulu dengan sekarang. Still buruk jugak. Nampaknya aku kena berusaha lebih gigih lagi. Okey lah, aku nak pergi berusaha gigih ni. Selamat berpuasa dan berbuka puasa semua.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Ya Ramadhan..


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Esok kita semua dah boleh start puasa, malam nanti dah boleh start sembahyang terawih, sebelum tidur nanti jangan lupa baca niat puasa. Kalau terlupa niat, alamatnya tak sah lah puasa esok nanti. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga saja. Segala anggota badan pun kena gak berpuasa sama. Bagi spesis adam macam aku ni, mata kena kawal. Jangan tengok spesis berlawanan sangat, nanti kurus pahala puasa. Yang spesis hawa pulak, mulut tu jangan asyik bergosip sakan. Kalau tak bergosip, yang setakat duduk mendengar gosip pun elok-elok lah dikurangkan.

Teringat masa aku waktu kecil dulu time mula-mula berlatih puasa. Dari pagi sampai ke petang asyik baring mengadap jam je. Nak berdiri pun tak larat. Kalau berjalan terasa macam angkasawan berjalan atas permukaan bulan. Slow motion je pergerakan dia. Dalam kepala asyik terbayang macam-macam menu masakan. Kadang-kadang tu dalam tidur boleh ngigau sebut karipap la, ayam percik la, bubur MarryBrown la.. Tapi arwah mak pandai trick aku. katanya kalau aku puasa cukup satu hari, arwah mak bagi seringgit kat aku. Kalau aku puasa penuh 30 hari, maknanya aku dapat RM 30. Biasalah. Korang kecik-kecik pun sure kena trick macam yang aku kena ni kan.

Sebagai penutup cerita ini, teringat dengan kata-kata seorang ustad. Katanya bila tiba bulan Ramadhan, ramai umat islam yang tersalah baca doa. Ramai di kalangan kita berdoa.. Ya Allah, jadikanlah Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik buat kami. Masalahnya sekarang, bulan Ramadhan memang dah terbaik dah, so tak payah la berdoa macam tu. Sepatutnya kita berdoa macam ni.. Ya Allah, jadikanlah kami ini yang terbaik di sepanjang bulan Ramadhan nanti. Ha.. Yang ini barulah doa yang betul. Jadi, renung-renungkan lah.. Wassalam..

Monday, August 9, 2010

Hari Melawat Ikan-Ikan

Sabtu lepas aku dan sayang aku berjalan seiringan tanpa berpegangan tangan (haram pegang tangan bukan muhrim kita) ke Aquaria KLCC. Tujuan kami ke sana adalah untuk melihat keindahan alam lautan dan juga mengenali spesis-spesis ikan. Ucu aku cakap aku ni lemah mengenal spesis ikan. Jadi peluang melawat ke Aquaria ini takkan aku sia-siakan. Rupa-rupanya banyak spesis ikan yang tak pernah aku jumpa sebelum ini. Selalunya ikan yang aku jumpa antaranya ikan kembung, siakap dan gelama. Itupun yang telah digoreng oleh Ucu aku untuk dijadikan lauk makan malam.

Antara pengalaman menarik di Aquaria ialah melalui terowong dalam laut. Dalam terowong itu kita dapat melihat banyak spesis laut berenang gaya bebas di tepi dinding bumbung terowong. Bila ada ikan jerung yang besar seperti kapal selam melintas atas kepala aku, perasaan cuak mula timbul. Takut-takut ikan jerung tu ternampak aku yang berbadan gebu lagi menyelerakan. Buatnya di sondol bumbung terowong yang diperbuat dari kaca tu, sure akan menimbulkan suasana panic di dalam diri aku mahupun diri pengunjung yang lain. Namun, Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku pada hari itu.

Selepas penat melawat ikan, kami singgah ke kedai buku kinokuniya pula. At last aku jumpa juga buku yang dah sebulan lebih aku mencari dan tercari-cari. Jurnal tulisan Mohd Jayzuan. Bukunya saiz kecik boleh simpan dalam poket seluar mahupun seluar dalam. Yang penting ianya taklah setebal buku-buku novel yang lazimnya mesti melebihi 150 helai muka surat. Wahahaha.. memang kenalah dengan spesis pembaca macam aku yang tak boleh baca novel tebal-tebal sangat sebab aku mudah mengantuk kalau lama-lama tengok tulisan je tanpa apa-apa gambar. Berceritakan tentang pengalaman 28hari pengembaraan beliau mengelilingi Semenanjung Malaysia dangan selamba. Hanya berbekal gitar akustik, sebuah beg besar dan beberapa keping CD yang dirakamnya, hasil ihsan rakan-rakan membelanja makan serta memberi ruang untuk menumpang tidur mahupun berteduh sementara di rumah mereka, beliau bejaya menamatkan misi mengelilingi Semenanjung Malaysia. Memang kerja berani mati. Serius cakap, aku pun tak seberani beliau. Sebenarnya banyak yang beliau dapat dalam menyelesaikan misi tersebut. Nak tahu apa yang beliau dapat, sila la beli buku 28 hari: Jurnal Rock N Roll.

Thursday, July 29, 2010

Hari Untuk Aku Meminta Maaf Dan Kembali Berkhidmat


Assalamualaikum.. Sekali lagi dalam tempoh yang agak terlalu lama aku mengabaikan blog yang terlalu poyo ini, kini tiba masanya aku kembali membuat onar. Wahahavuvuzela.. Sure korang tertanya-tanya ke mana aku menghalimunankan diri. Maybe ada yang menyangka aku telah ditimpa kemalangan seperti dihimpap mesin padi mahupun mesin jahit. Alhamdulillah aku tak ditimpa apa-apa dan sihat sejahtera. Cuma kadang-kala di serang demam biasa-biasa sahaja.

Sepanjang aku menyepikan diri dari meng up-date blog ini, aku juga menyepikan diri dari aktiviti melukis. Tapi selepas tarikh 4 ogos nanti aku akan mula melukis semula. Sila anggap jeritan Kecempreng Man dalam gambar di atas adalah jeritan dari hati aku yang meronta-ronta untuk mula melukis semula. Terima kasih pada korang semua yang selalu bertanya tentang komik terbaru aku. Maafkan aku kerana membuat kamu semua menunggu terlalu lama. Tapi korang kena tunggu lagi sebab aku baru nak start melukis semula (^_^) Wahahuhuhu..

InsyaALLAH aku akan cuba siapkan secepat yang boleh supaya aku dapat menebus kesalahan aku membiarkan korang tertunggu-tunggu sampai korang terguling-guling macam tenggiling. Sebagai menutup kata, izinkan aku mengalunkan serangkap pantun yang bertema memohon maaf..

Pisau rambo hilang di rimba,
Ampunkan kamu penunggu gua! Ampunkan kami penunggu gua!..

Sunday, May 9, 2010

Rindukan Insan Yang Telah Tiada..

Begitu banyak perkara yang aku kesali kerna tak dapat ku laksanakan ketika ibu masih hidup. Salah satunya disepanjang hayat ibu, tak pernah sekalipun aku berikan kad ucapan hari ibu kepadanya padahal aku telah dipinjamkan bakat melukis dari YANG MAHA ESA.

Setakat menghasilkan sekeping kad ucapan dengan tangan sendiri bagiku satu perkara yang amat mudah untuk ku lakukan tapi semuanya telah terlambat, Allah lebih sayangkan ibuku.

Air mata aku mengalir bila melihat seorang kawan menghadiahkan sekeping kad ucapan hari ibu kepada ibunya. Aku terlalu rindukan arwah ibu. Semoga Arwah ibu di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah..


Kepada kamu semua yang masih mempunyai insan bernama ibu, luangkan masa kamu untuknya sebelum kamu tidak berkesempatan seperti diriku. Kita tak terbalas jasanya walaupun nyawa kita dijadikan sebagai ganti.

Thursday, April 8, 2010

Good News Dalam Bahasa Malaysia Bermaksud Berita Baik.

Berita baik untuk anda semua, jikalau anda sudah bosan dengan wallpaper skrin komputer mahupun laptop anda yang menampilkan gambar artis kegemaran anda seperti Rain, Takuya Kimura, Beyonce, Fasha Sanda, John Travolta mahupun Jalaludin Hasan. Kini anda boleh menendang jauh-jauh perasaan bosan anda dengan...

menggunakan wallpaper dari karakter-karakter Komik M. Di atas adalah wallpaper Kecempreng Man VS Orang Kuat. Untuk mendapatkan wallpaper karakter Komik M yang lain, dipersilakan jari-jemari anda yang halus seperti kulit badan obor-obor mengklik laman web Komik M. Sudah semestinya skrin komputer mahupun laptop kesayangan anda akan tampak lebih bergaya apabila menggunakan wallpaper karakter Komik M.