Sunday, August 31, 2008

Happy BirthDay Rina


Pada 1 haribulan September nanti, Seorang insan yang bernama Marina (Rina) akan menyambut ulang tahun hari tuanye yang ke **. Dia juga merupakan Makhluk Tuhan paling memahami diri aku. Statement tu dia sendiri yang keluarkan. Kadang-kadang memang dia sangat-sangat memahami diri aku. tapi ada time juga yang aku pulak langsung tak boleh memahami dirinya. Watever, She a good girl..
Aku bagi birthday present kek je kat dia kali ni. Aku tempah muffin kek 6 bijik. Aku nak dia makan semua kek tu. Biar badan dia berisi sikit macam Adibah Noor. wakakaka!!!
Banyak jugak cerita kelakar dan sedih sejak aku mengenali insan yang bernama Rina ni. Aku tak tahu sebanyak mana maklumat yang dia tahu tentang aku tapi bila dia mula bercerita mengenai aku. Mak Datuk! menakutkan siot! Ibarat aku ni membesar di depan mata dia. Macam-macam rahsia yang dia tahu pasal aku. Hahahaha...
Wish aku untuk dia, hope dia bahagia dengan jalan hidup yang dia pilih. But kadang-kala dia yang banyak bagi lampu penyuluh dalam hidup aku bila aku kegelapan. Picture kat atas tu aku rakam masa kitorang pergi Aquaria KLCC awal tahun ni.

Merdeka kah Aku?


Menjelang hari kemerdekaan negara kita yang ke 50 tahun, aku tertanya-tanya dengan nada terpinga-pinga. Adakah aku ini telah Merdeka? Sebenarnya aku sendiri tak tahu adakah aku ni telah merdeka atau tidak.
Tapi rasanya aku memang belum Merdeka. Jiwa aku yang sebenarnya belum merdeka. Aku masih tak mengerti erti sebenar merdeka serta batasnya kerana memahami nilai merdeka yang sebenar boleh memberikan kita kesedaran betapa penting dan berharganya aset ini. Kefahaman ini memandu kita dengan jelas dan selamat agar tidak melangkaui sempadan kemerdekaan yang diberikan kepada kita.
Kemerdekaan bukan sekadar mengantung bendera serta menyanyikan lagu-lagu patriotik. Pengertian Kemerdekaan itu harus dicari didalam hati kita. hahahah... Aku akan cuba memerdekakan diri aku selepas ini. Inilah cerita tentang aku yang bertajuk " Merdeka kah Aku?" Sekian, Terima kaceh..!

Saturday, August 30, 2008

The Making Of KecemprengMan 2 : Part 9

Muahahaha.. Sehingga Artikal ini ditulis, Komik Kecempreng Man 2 hanya tinggal 39 page untuk disiapkan. Jari-jari tangan aku dah mula rasa kebas-kebas. I am Working mood now!

Di atas tu merupakan salah satu adengan pertarungan Kecempreng Man yang dah sampai tahap Dewa19. Di samping menyiapkan komik Kecempreng Man ni, aku dah start design Kad raya untuk dihantar kepada member-member ngan orang tersayang. Memang bizy tak ingat dunia la aku bulan ni. Hohoho..!!


Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan datang lagi. Bulan mulia yang dinantikan oleh seluruh umat islam. Mengikut maklumat terkini , 1 Ramadhan 1429 bersamaan 1 September 2008 ( tertakluk pada perubahan oleh Jawatankuasa Teknikal Kalendar Isalm, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal ibadat.

Dalam bulan Ramadhan diwajibkan umat islam berpuasa. Berpuasa membawa maksud tidak boleh makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti berikut :

Makan dan minum dengan sengaja.

Bersetubuh dengan sengaja di siang hari.

Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari ke dalam mulut.

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung, telinga, dan sebagainya.

Bersalin.

Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja.

Kedatangan haid bagi perempuan.

Mengeluarkan mani dengan sengaja pada waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya.

Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam pada bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu '.

Chelsea The Blues

Aku memang salah satu dari berjuta peminat Liga perdana Inggeris (EPL). Kelab kesayangan aku sudah tentu lah Chelsea. Aku mula menjadi peminat berani mati Team Chelsea setelah kelab itu diambil alih oleh Jutawan berwarganegara Rusia, Roman Abramovich. Bagi EPL musim 08/09 ni, The Blues bakal dikemudi oleh Luiz Felipe Scolari yang lebih terkenal dengan panggilan Big Phil.

Pada pendapat aku, Chelsea kali ini akan menjadi lebih mantap lagi seperti di bawah era pemerintahan Jose Mourinho. Dengan pembelian player baru dari Porto (Jose Bosingwa), Barcelona (Deco) dan yang terbaru Real Madrid (Robinho) dan penyingkiran player-player cap ayam seperti Steve Sidwell, Tal Ben Haim dan lain-lain akan membuat Jentera Serangan dan pertahanan menjadi lebih menarik dan bertenaga.

Dengan kejayaan memujuk Frank Lampard, Didier Drogba, Michael Essien dan Ricardo Carvalho untuk stay di Chelsea bakal mengundang perasaan gerun dari seteru mereka terutama Manchester United. Usaha untuk merampas kembali Piala Liga akan menjadi kenyataan sekiranya Chelsea dapat bermain sebagai satu pasukan yang kebal menyerap tekanan dari pihak lawan.

So aku memang mengharapkan chelsea dapat menyediakan corak permainan yang menghiburkan selain memenangi semula Piala Liga Perdana serta Piala Liga Juara-juara buat kali pertama.

Wednesday, August 20, 2008

The Making Of KecemprengMan 2 : Part 8

Banyak sangat benda yang tak best berlaku pada aku dalam minggu ni. Terasa jugak sedikit tertekan dengan keadaan yang boleh buat aku rasa macam nak hilang kawalan diri. Tapi apa nak buat. Hidup kena teruskan.

Di atas tu adalah salah satu scene daripada Komik Kecempreng Man 2. Sampai masa ni, tinggal 43 page je lagi Komik Kecempreng Man bakal disiapkan. Aku kena kerja keras sikit bulan ni. Hope sebelum menjelang Raya nanti, semua kerja-kerja produksi Kecempreng Man 2 selesai sepenuhnya.

Sunday, August 17, 2008

MIRROR : Cerita Cermin Yang Seram


Filem Mirrors ni memang remake dari filem Into The Mirror. Producer Into The Mirror (Korea) jadi co-producer utk Mirrors ni. Director nya disandang oleh Alexandre Aja yang pernah mengarah filem The Hills Have Eyes.
Menurut cerita member aku yang dah tonton filem ni, tujuh hingga lapan kali jugak la jantung dia terhenti berdenyut. Nasib baik tak meninggal dunia member aku kat dalam panggung wayang tu. Dia kata banyak adengan yang boleh bikin kaget dan berjaya membuatkan hidupnya menjadi fobia melihat cermin lepas tonton filem ni.
Tapi member aku tu memang jenis penakut pun. Filem Zombie Kampung Pisang yang kelakar tu pun dia boleh kata seram sampai nak pergi bilik air opis mintak aku temankan. Kalau korang nak tahu seram ke tak movie ni, Jom la kita sama-sama beli tiket wayang layan movie ni.