Wednesday, December 31, 2008

The Making Of Herol Izwan : Round 3

Panggung kehidupan 2008 akan ditamatkan tidak lama lagi. Tetapi cita-cita dan matlamat hidup akan diteruskan di Panggung yang lebih besar, lebih ramai pelakonnya, lebih hebat Tuan Pengarahnya, lebih garang Produsernye dan lebih mencabar bilangan penontonnya. Semua ini akan diperolehi pada tahun 2009.

Life aku bagi tahun 2008 ni memang sederhana habis. Tak banyak kejayaaan yang aku capai. Bermula agak rancak pada awalnya dan agak muram situasi penghujungnya. Salah satu maklamat aku untuk tahun 2009 ni adalah untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 3 buah buku komik disamping mengharap sedikit Tuah menyebelahi nasib aku dalam Industri seni yang aku ceburi ini.

2009 juga akan aku teruskan untuk mencari seorang insan yang hampir sama dengan insan yang aku minati. Harap-harap aku berjaya mencarinya. Aku berdoa mohon dimurahkan rezeki, dijauhkan daripada malapetaka dan kejahatan. disihatkan tubuh badan dan akal fikiran, Iman yang lebih terpelihara dan kehidupan yang lebih sempurna. Amin...

Bagi menutup tirai 2008 ni aku perlihatkan sebuah lagi page special yang aku telah siapkan untuk komik Herol Izwan.

Orang Kuat The Comic

Kalau sekali pandang, nampak macam Kecempreng Man. Tapi kalau diperati betul-betul, Memang sure bukan Kecempreng Man. Inilah orang kuat superhero ciptaan Alif Firdaus Aziz (AlifStyle). Jalan ceritanya lebih menonjolkan kerealitian kisah kehidupan seorang manusia yang memiliki kekuatan melebihi kekuatan manusia biasa.

Komik Orang Kuat ni telah masuk kepasaran start masa Comic Fiesta 2008. Maka kepada anda yang bercita-cita ingin menjadi kuat, bolehlah segera dapatkan Komik Orang Kuat ni. Heheheh...

Di atas ni Kerektor Orang Kuat Versi lukisan aku sebagai Tribute untuk Komik Orang Kuat dan Pelukisnya, Orang Sihat (AlifStyle). Muahahahah..


Hanya Beberapa Hari B4 Menjelang 2009


Dalam beberapa hari menjelang tahun baru 2009, penghasilan komik Herol Izwan terpaksa diperlahankan sebab tumpuan lebih diberikan bagi kerja-kerja mengecat rumah. Memandangkan tarikh perkahwinan adik saudara aku yang semakin hampir iaitu awal bulan Februari 2009, Proses mengemas rumah kini semakin rancak dijalankan. Aku pun terpaksa la join sibuk-sibukkan diri tolong kemas rumah.

Saturday, December 27, 2008

Maal Hijrah 1430 Hijrah


Sempena Awal Muharram yang bakal tiba pada 29.12.2008....
Marilah sama2 kita renungkan....


Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram - Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar

13. Hari pertama Allah menciptakan alam

14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat

15. Hari pertama Allah menurnkan hujan

16. Allah menjadikan ‘Arasy

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz

18. Allah menjadikan alam

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril

20. Nabi Isa diangkat ke langit


Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:

1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah
tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri

fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti

11 Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
baca Qulhuwallah sebelas kali.

12 Membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sunday, December 21, 2008

Terlatest Dari Komik-M


Komik terbaru keluaran Komik-M hasil karya Reja yang berstailkan manga tapi bercirikan Malaysia. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, beliau masih lagi menuntut di UKM.

Sinopsis :

Kelab bola baling Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pangsun akan dibubarkan kerana ketiadaan jurulatih dan prestasi yang semakin merosot.

Liesa, pengurus kelab itu berusaha keras demi memastikan kelab itu tetap wujud dan meningkat maju sehingga menjuarai kejohanan bola baling peringkat negeri seperti yang pernah mereka perolehi beberapa tahun lepas.

Harapan Liesa kembali bersinar apabila secara tidak sengaja terjumpa seorang pelajar yang mempunyai bakat dan skil yang terpendam iaitu Kayroll. Mampukah Kayroll menyelamatkan Kelab Bola Baling Sekolah Menengah Sri Pangsun daripada dibubarkan?

Tengok pada sinopsisnya mesti target komik ini kepada remaja-remaja yang masih bersekolah. Tapi korang jangan silap, Remaja dewasa macam kita ni pun boleh baca komik ni tau..

Setakat ni, komik Shootz! ni masih belum masuk pasaran lagi tapi korang boleh dapatkannya di Comic Fiesta 2008 yang sedang bertangsung sekarang di Sunway Pyramid Convention Hall.

So pada korang yang terlepas peluang nak sambar Komik Shootz! ni kat sana cam aku ni, terpaksa la tunggu komik ni masuk Kedai Buku MPH mahupun Popular.
(Tapi aku da baca dah komik ni masa hantar Kecempreng Man 2 kat PTS ari tu. Hehehe..).

Saturday, December 20, 2008

The Making Of Herol Izwan : Round 2


Jom kita bercerita lagi tentang Komik yang sedang aku usahakan tak kira waktu siang mahupun malam sekarang ni. Page ke 2 untuk Komik Herol Izwan ni nampak simple je. Dialog untuk page ni pun tak banyak.

Memaparkan situasi kawasan planet bumi yang macam ada 'something' je berlaku kat situ.
Heheheh.. Mana ley cerita pe yang berlaku kat situ. Nanti tak suspen la bila korang baca komik ni. Kelibat kaki dalam kotak terakhir tu cam kenal je..

Banyak benda yang terpaksa aku korbankan bila menyiapkan komik ni. Terutama masa berbual dengan family dan sahabat-sahabat menjadi makin terhad. So kat sini aku nak mintak maaf bebanyak kat mereka-mereka yang kecik ati ngan aku.

Filem baru Shin Chan


filem 'Ballad-Namonaki Koi no Uta' yang diinspirasi daripada filem animasi Shin Chan ke 10 iaitu 'Arashi wo yobu Appare! sengoku Daikassen' bakal muncul tahun depan.Proses pembikinan yang menelan belanja RM73juta arahan Yamazaki Takashi telah bermula pada hujung September tahun ini dan dijangka siap pada Januari tahun hadapan. tarikh tayangannya pula pada septemper 2009 (Jepun).

'Crayon Shin Chan : Arashi wo yobu Appare! sengoku Daikassen' telah ditayangkan di jepun pada 20hb April 2002. Filem ini pernah memenangi beberapa anugerah berprestij termasuk hadiah utama Japan Madia Arts Festival. Ia mengisahkan Shin Chan dan familynya secara tidak sengaja merentas masa ke era Sengoku (pertengahan abad ke-15 hingga permulaan abad ke-17) sehingga memaksa mereka melibatkan diri dalam kancah peperangan.