Tuesday, March 16, 2010

Hidup Penuh Kezutan

Anda semua sukakan kezutan (kejutan) ? Aku pasti sesapa yang ada mengalami masalah jantung sure tak suka dengan kezutan. Tapi kali ini aku mahu bikin kezutan jugak. Buat pertama kalinya aku akan mempromosikan sebuah novel kepada korang semua. Selalunya aku promosi komik je, apa salahnya sekali-sekala kita tukar selera tekak. (^_^)

Sebuah karya Fathi Ramli yang berjudul My Honey Hani terbitan Karnadya Solutions. Sinopsis ceritanya bukan berkisahkan tentang dua ekor lebah yang hinggap di bunga matahari seperti yang tergambar di kulit cover novelnya. Ia tentang kisah cinta 2 insan yang berlainan latar belakang. Cerita touching-touching gitu. Kalau korang yang berjiwa drama korea, memang sesuai layan baca novel ini. Harganya RM 18.90 dan sudah berada di pasaran . Ayoh semua, mari kita sold outkan novel ini di serata kedai buku di seluruh Malaysia.

Satu lagi kezutan. Aku rasa belum pernah ada pelukis yang buat fan art untuk novel. Kebanyakannya buat fan art untuk komik. So aku pecahkan tradisi itu sekarang. Terimalah sebuah fan art untuk novel My Honey Hani. Hasil inspirasi serangga lebah di kulit cover aku tukarkan dalam bentuk kartun yang simple. Berceritakan tentang seekor lebah yang tergila-gilakan botol berisi madu berjenama My Honey Emi. Hahaha.. memang takde langsung berkaitan dengan sinopsis sebenar novel ini.

Di bawah ini pula bukan novel ye adik-adik semua. Ini komik hasil karya terbaru Encik Bop. Jika di Jepun popular dengan Ultraman, Encik Bop yang kreatif mencipta pula seorang lagi superhero baru yang diberi nama Ultra Qalif. Selepas ini jika anda memerlukan pertolongan ketika diganggu penjahat, Anda tidak perlu menjerit nama Superman, Batman mahupun Kecempreng Man untuk meminta tolong. Jerit sajalah nama Ulta Qalif, sure Ultra Qalif akan datang menyelamatkan anda ke jalan yang benar (^_^)

Ultra Qalif juga telah berada di pasaran. Jualannya cukup hebat seperti jualan album Faizal Tahir. Jika korang semua membeli komik beliau sekarang, tidak mustahil jualannya akan meningkat seperti jualan album Michael Jackson pula. Dengan itu, aku pun tanpa segan silu melukis sebuah fan art untuk Ultra Qalif. Sengaja aku kosongkan ruangan dialog di bawah untuk korang isi sendiri dengan sesuka hati.

Saturday, March 6, 2010

Kembali Semula Setelah Lama Menyepi..

Memang aku tak nafikan, agak terlalu lama aku tidak meninggalkan apa-apa coretan mahupun catatan pada blog yang korang rajin kunjungi ini. Mungkin ada di antara korang yang beranggapan aku sudah tidak sayang pada korang semua. Korang silap! Aku sebenarnya memang sayang korang. Cuma aku sayangkan girlfriend aku lebih banyak dari aku sayang korang semua. Hehehe.. Standart la tu. Mana ada boyfriend yang tak sayang girlfriend dia kan.. kan..

Pada 3march yang lepas, aku telah menyambut ulang tahun kelahiran aku yang ke... . (aku ngaku aku dah tua tapi tua remaja tau). Tahun ini aku dapat hadiah yang cukup special. Hadiah yang keluar dari mulut insan yang aku sayang. Terima kasih sayang.. (Sori, kalau korang rasa meluat membaca adengan drama korea antara aku dan insan yang aku sayangi, sila muntah di luar rumah ek..) Kepada korang yang dah aku anggap sebagai sahabat sejati, terima kasih atas segala ucapan korang pada aku. Ucapan panjang umur lah, ucapan murah rezeki lah dan macam-macam lagi. Aku pun doakan korang benda yang sama macam korang ucapkan pada aku juga. Amin..

Pada tanggal 20februari yang lepas telah berlangsungnya perjumpaan Komik M (perjumpaan mata ke mata antara pelukis komik M, Editor Komik M serta Puan Chairman PTS. Kami saling memberi pandangan, menyuarakan pendapat, diberi ceramah motivasi free dari Puan Chairman dan ada juga acara makan-makan. Antara juadah kami pada petang itu ialah nasi berlauk, ayam goreng berempah, rendang ayam, spaghetti dan macam-macam lagi. Pada diri aku sendirilah, banyak benda yang akan aku ingat sampai mati setelah selesai perjumpaan tersebut. Antaranya cerita tentang jom buka hutan dan cerita kasut jutawan yang terkoyak. Di bawah ni aku sertakan gambar beramai-ramai setelah selesai acara makan-makan.


Maaf, gambar aku takde sebab aku pergi toilet
masa tu. Serius tak tahan nak terkencing. Hik.. Hik..

Sunday, February 7, 2010

Rakaman Perbualan

Suasana sejuk-sejuk romantis malam tadi tiba-tiba berubah jadi sengal bila adik saudara aku (Aspar) mengoder sesuatu dari aku. Mari kita saksikan perbualan tersebut..

Aspar : Alang, nak pergi mana ni?

Aku : Pergi kedai kejap. Nape?

Aspar : Cantek! Alang tolong belikan cockroach ek. Breakfast esok ingat nak makan cockroach la..

Aku ketawa sampai berguling-guling macam tenggiling kat atas karpet ruang tamu rumah bila adik aku tersilap nak sebut koko krunch tersebut cockroach. wahahaha...


Amaran kerajaan : gambar di atas sesungguhnya memang takde kena mengena langsung dengan rakaman perbualan tersebut (^_^)

Wednesday, January 20, 2010

Entri Pertama Tahun 2010

Dengan kalimah Bismillahirrahmannirrahim aku mulakan bicara entri untuk tahun 2010 ini. Yo! Wazzap-wazzap? Diharapkan korang semua ceria ala-ala ladybird yang bebas berterbangan di taman bunga. Alhamdulillah aku sihat walaupun korang tak tanya langsung tentang tahap kesihatan aku. Saja nak bagitahu aku sihat sebab aku kan peramah. Hehehe...

Maaf sebab lama sangat aku tak update blog ini. Aku sibuk dengan urusan duniawi. Sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan tahniah kat adik sedara aku (Iqmal dan pasangannya Lylie) sebab baru menimang cahaya mata pada 15 Januari yang lepas. Dapat baby girl yang diberi nama Alya Sofea. Comel kan, lebih kurang muka aku masa kecik-kecik (Hahaha.. asal comel je, semua sama macam muka aku)


Awal tahun ini Komik M melancarkan sebuah lagi komik 100% hasil anak tempatan. Aviasi Fantasi merupakan komik gabungan 2 tenaga adik beradik (Ceh! macam KRU pulak). Pelukisnya bernama Afiq manakala Nazry bertindak sebagai penulis. Berkisahkan tentang Hadi dan Aidil yang memasang impian mahu mengembara ke langit tinggi. Bagi mereka, mengembara ke langit adalah pengalaman yang indah. Namun ia tidak seperti yang dijangkakan. Ketika mereka sedang terbang di awan biru, mereka terserempak dengan sebuah kapal laut yang besar. Bermula dari kejadian aneh itu, pengembaraan yang indah bakal bertukar kepada pengembaraan yang penuh misteri. Hohoho.. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.

Aku dah baca komik Aviasi Fantasi dan aku suka story line dia. Berpaksikan pengembaraan fantasi tapi realiti yang akan diselubungi misteri macam paranormal activity membuat aku bagai menonton sebuah filem Adaptasi novel Stephen king. Wahahaha.. Sila dapatkan di kedai-kedai buku yang berdekatan mahupun berjauhan. Kalau tak jumpa, sila tanya pada taukeh kedai tersebut kat mana mereka sorokkan komik ini di kedai buku milik mereka. Di bawah ini aku lukis sebuah fan art gaya aku untuk komik Aviasi Fantasi. Layan...

Thursday, December 31, 2009

Entri Terakhir Tahun 2009

Malam ini confirm ramai yang nak turun menyambut detik tahun baru sambil menantikan letupan bunga api. Sambil tu dapat bersesak, berhimpit dan bertindih-tindih dengan orang yang langsung tak dikenali. Polis trafik dan JPJ pulak Confirm kena claim keja lebih masa buat roadblock sebab nak tangkap mat-mat rempit yang malam ini dengar cerita akan bikin gegar jalan-jalan utama keliling ibu kota.

Yang anak-anak dara pula malam ni kalau boleh tak mahu tidur di rumah. Nak berpesta sampai ke pagi dengan kekasih-kekasih yang kononnya mahu hidup semati dengan mereka. So terpaksalah Jabatan Penguatkuasa Agama setiap negeri menerjah macam Nas Ahmad Melodi ke hotel-hotel, rumah tumpangan, rumah urut, kereta-kereta bercermin gelap dan tempat-tempat yang sunyi, lembab dan gelap bagi mengesan anak-anak dara ini.

Aku? Aku buat apa pada malam terakhir tahun 2009? Aku akan cuba menyiapkan komik bola yang aku dah berjanji nak summit pada Encik editor komik M awal tahun depan. Jadinya aku akan terperap dalam bilik sambil layan melukis dan melukis. Inilah dunia aku. Aku hadiahkan special 4page terawal komik bola lukisan aku untuk tatapan korang semua. Yang 6page lagi, korang kena beli bila Komik Antologi ni berada di pasaran tahun hadapan.

Aku mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih pada korang semua yang langsung tak jemu dan muntah-muntah datang melawat blog yang tak sebagus mana ini sepanjang tahun 2009. Harap tahun 2010 pun korang still tak rasa jemu datang bertandang lagi. Ala.. takde kena caj bayaran pun baca blog aku. (^_^) Anyway kalau ada yang terasa dengan tulisan pada blog ini, aku mohon ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki. Aku sayang korang semua.
Ini pula seruan untuk sesiapa yang memang mempunyai bakat terpendam mahupun tertimbul dalam bidang komik. Jom buat komik sempena World Cup 2010. Manalah tahu, dengan komik yang korang lukis ni akan menyemarak dan membakar semangat player-player dalam negara kita ni bermain bola dengan lebih profesional supaya satu hari nanti, negara kita pun takdelah malu sangat bila bermain dalam tournament mahupun perlawanan persahabatan. Macam mana la tak malu, dengan pasukan tak terer pun boleh kalah. Bagi tujuan nak bakar line buat korang rasa panas, aku hidangkan video anime One Piece versi bola sepak untuk korang tonton. Layannnn..

Thursday, December 24, 2009

Promosi Jualan Kembali Ke Sekolah

Menurut sumber yang boleh dipercayai dari Encik Wanzu (Editor Komik M), Komik Antologi Aku, Kau & Komik #1 & #2 telah siap dicetak dah sudah berada dalam stor buku PTS di Batu Caves dan sekarang sedang dipunggah ke dalam lori bagi diagih-agihkan ke seluruh kedai-kedai buku di Malaysia. Harganya memang cukup murah kalau nak dibandingkan dengan sepasang kasut sekolah. Kepada ibu dan bapa semua, belikan lah komik ini untuk anak-anak anda yang mahu kembali ke sekolah kerana komik ini diterbitkan khas untuk mereka. Ada macam-macam komik dalam komik ini. Ada yang sedih, ada yang kelakar, ada yang menyayat hati macam Drama Nur Kasih (Hahaha.. Aku tak pernah tengok pun drama ini) dan macam-macam lagi. Memang berbaloi kalau dibeli. Nasib baik Encik Amy Search takde, kalau tak aku dah suruh Encik Amy Search tolong sebutkan berkataan berbaloi-baloi untuk korang semua. wahahaha..

Aku sekarang on duty menyiapkan komik 10page bagi Antologi Komik Aku, kau & bola pula. Komik ini akan diterbitkan sempena World cup 2010 di Afrika nanti. Title komik aku ni bertajuk Kasut Bola. Kalau boleh aku nak tujukan komik ni khas untuk dibaca oleh Encik Didier Drogba yang akan mewakili pasukan dari Ivory Coast. Aku harap Encik Didier Drogba akan faham bila baca komik ini sebab komik ini berbahasa Malaysia.

Malam tadi aku lepak restoran maplai kejap, kononnya nak pekena milo tarik. Tapi tuan empunya Restoran itu pasang DVD cap cetak rompak filem Avatar yang aku nak tengok kat panggung wayang hujung minggu nanti. So aku pun tertengok la. Memang spoil la Restoran maplai ni. Rasa badan aku pun nak bertukar warna biru macam makhluk di atas. Damn.. Saja je nak bagi aku terliur.

Thursday, December 17, 2009

Jangan Biarkan Diri Anda Diselubungi Keseraman

Sudah sekian lama sistem panca indera aku tidak dirangsang dengan benda-benda yang seram, So sempena cuti hari Keputeraan Sultan Selangor pada jumaat lepas, aku telah pergi menyeramkan diri dengan menonton wayang cerita seram. Aku tengok filem kat bawah ni.

Filem ni memang seram sampai couple yang duduk kat seat sebelah aku berpeluk-pelukan sesama sendiri sebab terkejut-terkejut bila ada adengan hantu muncul dalam filem tu. Tapi aku duduk keras kejang satu badan sebab tak rasa langsung keseraman itu. Macam mana la nak seram kalau dalam panggung wayang penuh dengan budak kecik. Ada dengar suara budak ketawa, budak berteriak menangis dan yang paling best sekali, ada budak yang duduk kat seat depan aku boleh berbual-bual pasal kartun Ben 10. So jangan salahkan aku kalau aku tempeleng mak ayah budak-budak tu sebab merosakkan hari seram aku.

Lagi satu yang buat aku rasa sedih bila ada segelintir penonton yang sama bangsa dan agama dengan aku boleh gelak-gelak bila ada scene dalam filem tu menggunakan Ayat-Ayat Suci Al-Quran. Memang kurang ajar. Tapi bila korang tengok filem barat yang ada scene dalam gereja ke, pandai lak korang senyap sebagai tanda hormat. Lagi sekali aku terasa nak tempeleng orang tapi dalam panggung wayang tu gelap. Takut tersalah tempeleng orang kang naya je aku.

Ah! tak mahu cerita pasal seram dah. Kali ini aku nak minta korang buat satu kerja kebajikan amal jariah untuk aku. Sila dapatkan Komik Antologi Aku, Kau & Komik #2 sebab dalam komik ni ada komik special lukisan aku untuk korang sebanyak 10page. Alif (Editor Komik M) kata komik aku ni kelakar sangat. Jadi kalau korang nak tahu Alif ni bercakap benar atau berbohong, silalah dapatkan komik ini di kedai-kedai buku yang berdekatan dengan rumah korang.


Alang-alang korang dah beli Aku, kau & komik #2, jangan lupa beli sekali yang #1. Walaupun takde komik lukisan aku, ia masih lagi buah buku komik yang seronok untuk dibaca. Ramai pelukis-pelukis yang lebih hebat melukis dalam komik ini. Serius cakap la, memang berbaloi kalau beli kedua-dua komik ni. Jangan sampai aku panggil Encik Amy Search cakap berbaloi-baloi baru korang berlari-lari zirafah pergi mencari komik ini kat pasaran.