
Thursday, July 29, 2010
Hari Untuk Aku Meminta Maaf Dan Kembali Berkhidmat

Sunday, May 9, 2010
Rindukan Insan Yang Telah Tiada..
Begitu banyak perkara yang aku kesali kerna tak dapat ku laksanakan ketika ibu masih hidup. Salah satunya disepanjang hayat ibu, tak pernah sekalipun aku berikan kad ucapan hari ibu kepadanya padahal aku telah dipinjamkan bakat melukis dari YANG MAHA ESA.
Setakat menghasilkan sekeping kad ucapan dengan tangan sendiri bagiku satu perkara yang amat mudah untuk ku lakukan tapi semuanya telah terlambat, Allah lebih sayangkan ibuku.
Air mata aku mengalir bila melihat seorang kawan menghadiahkan sekeping kad ucapan hari ibu kepada ibunya. Aku terlalu rindukan arwah ibu. Semoga Arwah ibu di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah..
Kepada kamu semua yang masih mempunyai insan bernama ibu, luangkan masa kamu untuknya sebelum kamu tidak berkesempatan seperti diriku. Kita tak terbalas jasanya walaupun nyawa kita dijadikan sebagai ganti.
Thursday, April 8, 2010
Good News Dalam Bahasa Malaysia Bermaksud Berita Baik.
menggunakan wallpaper dari karakter-karakter Komik M. Di atas adalah wallpaper Kecempreng Man VS Orang Kuat. Untuk mendapatkan wallpaper karakter Komik M yang lain, dipersilakan jari-jemari anda yang halus seperti kulit badan obor-obor mengklik laman web Komik M. Sudah semestinya skrin komputer mahupun laptop kesayangan anda akan tampak lebih bergaya apabila menggunakan wallpaper karakter Komik M.
Monday, April 5, 2010
Tiba-Tiba Rasa Nak Membela Naga
How To Train Your Dragon.. Kisah berlatar belakangkan zaman viking mengenai persahabatan seorang remaja bernama Hiccup (bertubuh kecil, kurus dan tidak sasa seperti remaja viking yang lain) bersama seekor naga bernama Toothless. Hiccup berdepan dengan cabaran daripada bapanya, Stoick The Vast (suara Gerard Butler, salah satu actor yang aku minat). Sebagai ketua kampung, sudah semestinya dia mengimpikan anaknya si Hiccup ni menjadi seorang viking yang hebat membunuh naga-naga yang menyerang kampung mereka.
Pertemuan Hiccup dengan Toothless (si naga yang patah sayap kiri di bahagian ekornya akibat terkena alat penangkap naga ciptaan Hiccup) itu seumpama hikmah buat Hiccup sendiri untuk mengenali dengan lebih dekat dan terperinci berkaitan tentang naga bak pepatah lama, tak kenal maka tak cinta. Sebagai tanda persahabatan, Hiccup yang berhati mulia seperti aku telah mencipta sayap belakang untuk Toothless yang patah (aku memang suka sayap ciptaan Hiccup yang dah berfungsi ala-ala gear kaki kat motorsikal. Hebat siut idea ni..).
Di sinilah bermula ikatan persahabatan. Hiccup yang suka meneroka ini mempelajari segala-galanya tentang naga. Meskipun ditentang oleh warga viking yang dari zaman datuk nenek mereka memusuhi naga selama ini. Eh! apa kes aku nak cerita sinopsis movie ni sampai habis kat korang semua. Nak tahu kesudahan movie ini, sila tonton sendiri di panggung wayang.

Saja aku letak poster movie ni versi Jepun. Baru nampak bergaya sikit dan lain dari yang lain. (^_^)
Wednesday, March 31, 2010
Album Bergambar Gegar Komik M
Mereka adalah penyokong kuat Komik M. Di sebab mereka-mereka ini lah banyak judul komik M yang sold out kat pesta buku tahun ini. Terima kasihlah kepada mak ayah mereka kerana sanggup beri duit lebih untuk mereka beli komik.
Bergaya sambil membuat demo melukis komik. Pac (Komik TwinX), Reja (Komik Shootz!), Bop (Komik Ultra Qalif) dan Tuan Presiden (Komik Liga Pendekar) bagaikan Dewa-Dewa yang turun dari langit menjayakan promosi Gegar Komik M. Wahaha.. ayat aku dah macam ayat sastera dongeng klasik je. Thank pada Editor Wanzu dan Alif sebab komitmen korang bagi ruang kitorang promot komik.
Sesi gegar Komik M bersama Aman Wan (Komik Mak Cik : Aku, kau & komik #2) dan Irfan Foner (komik Smash 20). Aku rasa ini kali pertama diorang didera perform atas pentas.
Geng Adik-beradik yang heibat. Komik terbaru mereka iaitu Misi 8A. Alhamdulillah tahun ini kita semua berpeluang membaca komik yang ala-ala memberi motivasi dalam bidang pembelajaran.
Kelihatan Sid (Komik Takaza), Reja (Komik Shootz!), Bop (Ultra Qalif) dan Avil (Komik Hibrid) seperti sedang menjawab kertas Peperiksaan Menengah Rendah tetapi sebenarnya sedang membuat demo melukis komik.
Acara bergambar beramai-ramai bersama kru-kru Kawan Di 9. Jutaan terima kasih buat PTS kerana sanggup berbelanja sebanyak RM 20ribu untuk mempromosi komik M di TV9. Teringat kata-kata Chairman PTS Puan Ainon, menyifatkan urusan mewujudkan Unit Komik M ibarat beliau membakar duit. Beliau sanggup mengeluarkan modal yang banyak kerana beliau yakin terdapat peluang yang cukup besar bagi industri komik tempatan.
Akhir sekali tentang malam bertuah buat Pac (komik TwinX) dengan suprisenya dinobatkan anugerak Komik Terbaik untuk Anugerah Pekomik 2009. Hope kejayaan Pac dapat membangkitkan semangat generasi muda menghasilkan komik sebab aku tak mahu generasi muda dan generasi akan datang terus leka menggagungkan dan menjadi pengikut tegar komik dari luar negara sampai sanggup memperlekehkan dan langsung tak pandang sebelah mata pun pada hasil komik anak tempatan. Jika korang pandang rendah pada komik tempatan, bermakna korang pandang rendah pada diri korang sendiri. So kalau korang rasa apa yang dah dihasilkan dalam industri komik tempatan memang tak cukup hebat, gelanggang untuk berkarya telah siap tersedia. Ayuh! sama-sama kita berjuang.Monday, March 29, 2010
Anggaplah Ini Macam Kad Ucapan Hari Jadi
Friday, March 26, 2010
Masih Demam Pesta Buku
Bagi korang yang dah terdetik nawaitu dalam hati nak berkunjung ke PWTC hari ini, aku suggestkan 2 buah buku untuk korang beli. Yang pertamanya ialah..
Komik Aku, Kau dan Bola (Separuh masa pertama). Sempena World Cup yang dah tak sampai 100 hari lagi akan dilangsungkan di Negara Negro (Afrika), Komik M telah mengumpulkan 9 buah komik yang akan membakar semangat World Cup di dalam hati korang semua bila membacanya. Komik lukisan aku pun ada di dalam komik ini. Jangan tunggu sampai lepas World Cup nanti baru korang nak cari dan beli komik ini. Sila dapatkan Komik aku, kau dan bola di pesta buku dengan harga yang cukup special. Amalkan membaca komik ini sebelum anda semua turun traning latihan bola, InsyaALLAH sepakan percuma anda akan manjadi hebat seperti sepakan Wayne Rooney.
Yang keduanya pula ialah Novel Diari Mat Despatch hasil karya kreatif Bahruddin Bekri. Berkisahkan tentang jurnal peribadi seorang insan yang bernama Idlan Rayyan (bukan nama sebenar) yang berhadapan kesukaran hidup sebagai seorang mat despatch yang mencuba nasib menjadi editor freelance di sebuah syarikat penerbitan. Tengok kulit cover pun dah rasa nak tergelak, kalau baca isinya sure korang berguling atas lantai menekan perut sendiri menahan ketawa. Sila dapatkan Diari Mat Despatch dan juga Aku, Kau dan Bola (separuh masa pertama) di booth PTS yang terletak di Dewan Tun Razak 2 (seberang sungai) PWTC. Sekian, Assalamualaikum..

