
Tuesday, August 24, 2010
Uwek!.

Tuesday, August 17, 2010
Keadaan Aku Di Bulan Puasa
Yang di bawah ini pula adalah lukisan aku ketika mula berjinak-jinak merpati dalam dunia pekartunan dan perkomikan. Aku jumpa sebuah majalah yang ada lukisan kartun aku di sebuah kedai buku area Shah Alam. Rasanya lukisan aku tak banyak la berubah sangat kalau nak dibandingkan time aku mula-mula melukis dulu dengan sekarang. Still buruk jugak. Nampaknya aku kena berusaha lebih gigih lagi. Okey lah, aku nak pergi berusaha gigih ni. Selamat berpuasa dan berbuka puasa semua.Tuesday, August 10, 2010
Ramadhan Ya Ramadhan..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Esok kita semua dah boleh start puasa, malam nanti dah boleh start sembahyang terawih, sebelum tidur nanti jangan lupa baca niat puasa. Kalau terlupa niat, alamatnya tak sah lah puasa esok nanti. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga saja. Segala anggota badan pun kena gak berpuasa sama. Bagi spesis adam macam aku ni, mata kena kawal. Jangan tengok spesis berlawanan sangat, nanti kurus pahala puasa. Yang spesis hawa pulak, mulut tu jangan asyik bergosip sakan. Kalau tak bergosip, yang setakat duduk mendengar gosip pun elok-elok lah dikurangkan.
Teringat masa aku waktu kecil dulu time mula-mula berlatih puasa. Dari pagi sampai ke petang asyik baring mengadap jam je. Nak berdiri pun tak larat. Kalau berjalan terasa macam angkasawan berjalan atas permukaan bulan. Slow motion je pergerakan dia. Dalam kepala asyik terbayang macam-macam menu masakan. Kadang-kadang tu dalam tidur boleh ngigau sebut karipap la, ayam percik la, bubur MarryBrown la.. Tapi arwah mak pandai trick aku. katanya kalau aku puasa cukup satu hari, arwah mak bagi seringgit kat aku. Kalau aku puasa penuh 30 hari, maknanya aku dapat RM 30. Biasalah. Korang kecik-kecik pun sure kena trick macam yang aku kena ni kan.
Sebagai penutup cerita ini, teringat dengan kata-kata seorang ustad. Katanya bila tiba bulan Ramadhan, ramai umat islam yang tersalah baca doa. Ramai di kalangan kita berdoa.. Ya Allah, jadikanlah Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik buat kami. Masalahnya sekarang, bulan Ramadhan memang dah terbaik dah, so tak payah la berdoa macam tu. Sepatutnya kita berdoa macam ni.. Ya Allah, jadikanlah kami ini yang terbaik di sepanjang bulan Ramadhan nanti. Ha.. Yang ini barulah doa yang betul. Jadi, renung-renungkan lah.. Wassalam..
Monday, August 9, 2010
Hari Melawat Ikan-Ikan
Sabtu lepas aku dan sayang aku berjalan seiringan tanpa berpegangan tangan (haram pegang tangan bukan muhrim kita) ke Aquaria KLCC. Tujuan kami ke sana adalah untuk melihat keindahan alam lautan dan juga mengenali spesis-spesis ikan. Ucu aku cakap aku ni lemah mengenal spesis ikan. Jadi peluang melawat ke Aquaria ini takkan aku sia-siakan. Rupa-rupanya banyak spesis ikan yang tak pernah aku jumpa sebelum ini. Selalunya ikan yang aku jumpa antaranya ikan kembung, siakap dan gelama. Itupun yang telah digoreng oleh Ucu aku untuk dijadikan lauk makan malam.Antara pengalaman menarik di Aquaria ialah melalui terowong dalam laut. Dalam terowong itu kita dapat melihat banyak spesis laut berenang gaya bebas di tepi dinding bumbung terowong. Bila ada ikan jerung yang besar seperti kapal selam melintas atas kepala aku, perasaan cuak mula timbul. Takut-takut ikan jerung tu ternampak aku yang berbadan gebu lagi menyelerakan. Buatnya di sondol bumbung terowong yang diperbuat dari kaca tu, sure akan menimbulkan suasana panic di dalam diri aku mahupun diri pengunjung yang lain. Namun, Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku pada hari itu.
Selepas penat melawat ikan, kami singgah ke kedai buku kinokuniya pula. At last aku jumpa juga buku yang dah sebulan lebih aku mencari dan tercari-cari. Jurnal tulisan Mohd Jayzuan. Bukunya saiz kecik boleh simpan dalam poket seluar mahupun seluar dalam. Yang penting ianya taklah setebal buku-buku novel yang lazimnya mesti melebihi 150 helai muka surat. Wahahaha.. memang kenalah dengan spesis pembaca macam aku yang tak boleh baca novel tebal-tebal sangat sebab aku mudah mengantuk kalau lama-lama tengok tulisan je tanpa apa-apa gambar. Berceritakan tentang pengalaman 28hari pengembaraan beliau mengelilingi Semenanjung Malaysia dangan selamba. Hanya berbekal gitar akustik, sebuah beg besar dan beberapa keping CD yang dirakamnya, hasil ihsan rakan-rakan membelanja makan serta memberi ruang untuk menumpang tidur mahupun berteduh sementara di rumah mereka, beliau bejaya menamatkan misi mengelilingi Semenanjung Malaysia. Memang kerja berani mati. Serius cakap, aku pun tak seberani beliau. Sebenarnya banyak yang beliau dapat dalam menyelesaikan misi tersebut. Nak tahu apa yang beliau dapat, sila la beli buku 28 hari: Jurnal Rock N Roll.


