Wednesday, October 13, 2010

Ini Bukan Pengalaman Malam Pertama

Sebab sudah terlalu biasa sangat menderma duit, menderma barang, aku nak cuba melakukan sesuatu yang berlainan sikit dalam hidup aku. Kali ini buat julung-julung kalinya aku menderma darah pula. Ini merupakan pengalaman yang suspen bagi aku. Di sini jugalah baru aku tahu bahawasanya walaupun di bangku persekolahan dulu aku jarang dapat A dalam ujian mahupun peperiksaan, tapi darah aku tetap darah jenis A. Wahahahaha.. Aku ketawa di dalam hati sambil melihat nurse tersenyum manja menyuntik jarum ke lengan tangan kiriku.

Barulah aku tahu rasa sakit ke tidak bila kita menderma darah. Bagi aku gigitan Mican (Kucing kesayangan Ucu aku yang telah arwah) lebih sakit dari kesan cucukan jarum bila menderma darah. Serius tak terasa pape pun. Tengok gambar di atas, tangan aku siap boleh memain picit-picit bebola getah lagi.


Inilah hasil darah segar yang telah aku dermakan. kalaulah vampire-vampire yang kat luar sana tahu, sure diorang akan berebut-rebut nak mendapatkan pek darah segar aku ni. Wahahaha.. Aku ketawa di dalam hati sambil menghirup milo panas yang nurse tu buatkan khas untuk aku. So kalau korang nak minum milo panas yang free, silalah menderma darah..

Wednesday, October 6, 2010

Cerita Tentang Filem

Musim cuti Aidilfitri yang lepas, aku banyak menonton filem. So biar aku prebiu (prebiu yang macam tak prebiu) beberapa buah filem yang dah aku tonton untuk pedoman bagi korang yang masih terpinga-pinga nak menonton filem apa untuk mengisi waktu libur korang.

Di kala pertama kali mata aku melihat poster filem burung hantu itu, langsung tak rasa tertarik mahu menonton filem ni. Tapi di sebabkan dah takde pilihan, so aku layan la jugak. Serius cakap la, memang jauh dari jangkaan awal dalam otak aku. Aku bajet cerita ni biasa-biasa je. Rupa-rupanya.. Tipah tertipu bang! Visual dia memang heibat sampai nampak watak-watak burung hantu dalam filem ni macam real. Basic storyline dia pun mantap. Filem ini sebenarnya berdasarkan dari siri novel Guardians Of Ga'Hoole tulisan Kathryn Lasky. Ada 15 buku keseluruhannya dan untuk movie yang siri pertama ini berkisar tentang kisah dari 3 buku pertama bertajuk The Capture, The Journey dan The Rescue.

Bagi mereka yang dah boring tengok filem pelakon heronya bermuka kacak dan hensem, bolehlah menonton Machete. Serius buruk giler muka pelakon hero filem Machete yang dilakonkan oleh Danny Trejo tapi walaupun tak hensem, lakonannya dia tetap cool dan bergaya. Machete diarahkan oleh Robert Rodriguez. Filem yang sarat dengan aksi-aksi kejam menggunakan parang mahupun senjata api. Percikan darah bagaikan percikan peluh dalam filem ini. Bagi anda yang mabuk bila tengok darah, diharap melupakan hasrat menonton Machete. Sinopsisnya tak perlu aku ceritakan kerana tagline filem ini pun dah panjang dan detail bebenor.. "Yesterday he was a decent man living a decent life. Now he is a brutal savage who must slaughter to stay alive".

Ini adalah filem paling latest yang aku tonton. Sebuah filem Sci-fi buatan India menampilkan SuperStar Rajni. Selepas kejayaan Filem Sivaji The Boss 3tahun lepas, Rajni kembali lagi dengan membawa 2watak sekaligus iaitu Dr. Visigaran dan robot ciptaannya bernama Chitthi dalam filem Endhiran (The Robot). Bagi aku Filem Endhiran ialah gabungan Superman + Transformers + Iron Man + Ip Man + Batman + Terminator + i Robot + The matrix = Rajnikanth. Pastikan punggung anda cukup kebal untuk menempuh tempoh masa 170minit sambil menahan diri untuk membuang air kalau anda menontonnya di pangung wayang.

Lepas tengok Endhiran, aku terasa nak buat sideburn bentuk kilat macam Chitti (^_^)