Monday, May 25, 2009

Hari Gembira Aku Yang Tercemar

Hari ini hari yang menjanjikan kegembiraan bagi aku. Korang tanya kenapa aku gembira? Sebab hari ini bertarikh 25 haribulan. Hari aku dapat gaji da.. Untuk menggambarkan betapa gembiranya aku hari ni, kalau korang nak tahu masa aku bangun tidur pagi tadi muka aku secara automatik boleh tersenyum sendiri sebelum aku terjaga dari tidur. Hebatkan?

Dalam perjalanan ke opis, kepala otak aku yang super genius ni dah betukar fungsi menjadi calculator mengira jumlah wang yang patut aku keluarkan bila aku cucuk kat mesin ATM nanti. Hari ni nak bayar duit ansuran kereta, pastu nak sambar kemeja t baru. Lagi aku rasa nak beli…. Eh! Tak boleh! Tak boleh! Aku kena berjimat cermat sikit pasal ahad ni aku ada date dengan Sayang aku. Hehehe… Nak tahu kitorang date kat mana? Jawapannya.. tunggu selepas iklan nanti. Wahahaha..!!

So Pukul 10pagi tadi aku pun curi-curi keluar opis pergi ke Mesin ATM. Aku keluarkan kad ATM lalu cucuk ke tempat yang sepatutnya di cucuk kat mesin ATM itu. Tiba-tiba keluar satu kenyataan di monitor mesin ATM tu. “ Urusniaga anda tidak dapat diteruskan”. Aku jadi panik.. Aku cuba cucuk lagi.. sama gak. Aku cucuk lagi 5 kali, pun sama gak. Lepas tu aku rasa nak cucuk je mesin ATM tu dengan parang tapi nasib baik aku tak bawa senjata yang tajam macam parang.

Time tu aku rasa nak pijak-pijak je kad ATM aku. Kalau nak rosak pun, tunggu la aku keluarkan duit gaji dulu. Tak pasal-pasal aku kena pergi beratur kat bank semata-mata nak buat kad ATM yang baru. Siot sungguh.. Memang hari ni hari gembira aku yang tercemar. Wacaa!. Wacca!..

Tuesday, May 19, 2009

Tunjuk Satu Bintang

Hari ni aku just nak dedicate satu lagu pada seseorang. Di sebabkan dia ni salah seorang Makhluk Tuhan kat Malaysia yang memang fanatik Band Sheila On Seben, maka lagu kat bawah ni aku tujukan khas untuk dia. Semoga dia tersenyum dan terus tersenyum kerana senyumannya mampu mendamaikan jiwaku yang sedang bergelora ini. Ewah! bermadah puitis lak aku tengah bulan mei ini. (^_^)




Coba kau tunjuk satu bintang
S’bagai pedoman langkah kita

Jabat erat hasil karyaku,
hingga terbias, warna syahdu

Akan ku ukir, satu kisah tentang kita,
dimana baik dan buruk, terangkum oleh indah
Akan ku cerna, semua karya cipta kita,
dimana hitam dan putih, terbalut hangatnya cinta

Dan bila mimpi terwujudkan,
di sisimu s’lalu, hariku.




Catatan: Merupakan lagu nyanyian Sheila On 7 yang di petik dari album Kisah Klasik Untuk Masa Depan. Ciptaan sepenuhnya oleh Eross.

Friday, May 15, 2009

Doa Yang Mengancam

Aku memang dah lama cari movie ni. At last pencarian aku berakhir juga semalam. Filem arahan Hanung Bramantyo yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Ayat-ayat Cinta aku temui di sebuat kedai cd tersorok di sekitar Shah Alam. Tak kisah la ia DVD Cap Haram, aku tetap membelinya..

Madrim, seorang buruh kasar, merasa dirinya bernasib paling malang di dunia. Hidupnya dikelilingi hutang dan isteri melarikan diri meninggalkan dia. Kawannya, Kadir, seorang penjaga mushola (Masjid/ Surau) menyarankan agar Madrim rajin solat. Madrim mengikut nasihat ini tapi nasibnya tak kunjung berubah. Sebuah peristiwa rompakan mengilhami Madrim. Dalam doanya ia mengancam Tuhan dan memberi tempoh waktu tiga hari. Jika doanya tidak terkabul, ia akan berpaling ke syaitan, ia akan murtad.

Pada hari ketiga, petir telah menyambar Madrim dan ia jatuh pengsan. Ia ditolong penduduk desa. Setelah sedar, Madrim mendapati dirinya memiliki kemampuan yang dapat mengetahui keberadaan seseorang hanya dengan melihat fotonya. “Kemampuan melihat” ini dimanfaatkan pihak Polis untuk menjejaki penjenayah. Puluhan penjenayah berjaya ditangkap hasil “petunjuk” Madrim.

Hal ini cukup meresahkan Tantra, seorang penjenayah kelas tinggi yang kaya-raya. Ia menculik Madrim dan menahannya di apartmen dengan memberinya gaji buta serta pengawalan yang ketat. Madrim pun hidup dengan mewah ketika itu. Madrim lagi sekali mengancam Tuhan agar ia dibebaskan dari “kemampuan melihat”-nya yang ternyata menyeksa dirinya. Kadir menduga, jangan-jangan “kemampuan melihat” itu bukan pemberian Tuhan, tapi pemberian syaitan. Maka Madrim pun “menggugat syaitan”.
Selepas itu Madrim mengalami koma. Setelah sedar, ia bukannya kehilangan kemampuan, tapi kemampuannya makin bertambah. Ia bukan saja boleh melihat gambaran seseorang saat ini, tapi juga gambaran di masa akan datang! Dalam tempoh singkat kekayaan Madrim meningkat. Tapi ia tak kunjung bahagia kerana dia masih tidak dapat menjejaki isterinya sendiri. Dia pun memohon pada Tuhan agar dipertemukan dengan isterinya.

Apakah Madrim akan mendapatkan kebahagiaan sesungguhnya?
Aku memang suka moral of the story yang tertanam dalam filem ni. Tak kisah la muka Heronya tak sehensem Hugh Jackman, Johnny Deep, mahupun Jalaludin Hasan. Suggest korang tonton movie ini. Memang tak rugi beb!

Monday, May 11, 2009

Logan A.K.A. Wolverine

Pada sabtu (9Mei) yang lepas, aku berkesempatan menonton wayang filem X-Men Origins : Wolverine bersama dengan seseorang yang cukup special bagi aku. Namanya ialah… Hohoho!! Tak boleh kasi tahu. Kalau aku bagitau jugak, takut dia akan mengunakan kuasa mutantnya iaitu dengan melalui jelingan matanya saja sudah boleh membuat hati aku menjadi cair macam aiskrim.

Filem lakonan Hugh Jackman, Liev Schreiber, Lynn Collins dan ramai lagi ini memang sangat-sangat di nantikan oleh aku. Sinopsisnya berkisar tentang kisah silam Wolverine yang tragis serta menyingkap program rahsia Weapon-X serta kisah-kisah mutant yang terlibat sama. Di samping itu, Wolverine juga akan menemui abang tirinya, Sabretooth (Liev Schreiber).

Konsentrasi aku cuma dapat bertahan selama 15 minit saja menonton filem ini, baki yang selebihnya aku banyak menonton muka pasangan aku yang duduk di sebelah kiri aku. Hehehehe.. (tapi Alhamdulillah, kami berdua tidak membuat perkara-perkara yang dilahnati oleh Allah kat dalam pawagam yang gelap itu)

Sorry ek kalau sayang tak suka tengok cerita ni. Next time kita tengok cerita yang sayang suka pulak (^_^) Hehehehe...

AvilTone Yang Hibrid

Sebuah komik bertemakan hibrid, bionik dan artificial intelligence pada zaman akan datang hasil dari pelukis komik yang datang dari perut bumi Serawak. Sinopsisnya tentang peperangan dunia ke-3 yang membawa kemusnahan dan malapetaka kepada seluruh hidupan di bumi.

Kesan dari peperangan tersebut, maka terciptalah berbagai senjata kimia dan biologi. Salah satu ciptaan itu ialah Hibrid, sejenis makhluk klon mutasi yang digunakankan dalam peperangan di antara beberapa kuasa besar dunia.

Setelah tamat perang dunia ke-3, masih lagi terdapat hibrid-hibrid yang mampu berevolusi dan berkembang biak manjadi ancaman kepada umat manusia ketika itu. Henna, seorang gadis pribumi kenyalang prima berusaha menentang hibrid-hibrid yang masih hidup. Tetapi diri Henna sendiri mempunyai satu rahsia dan misteri yang tersembunyi. Mampukan Henna membongkar rahsia itu...?

Thank to Avil Tone bagi komik ni percuma pada aku. Sebagai gantinya aku pun hadiahkan komik Kecempreng Man #2 kepada beliau. Aku rasa ramai lagi yang belum memiliki komik Hibrid ni. So aku cadangkan korang beli. Jalan cerita dia memang superb dan layan. Kat atas tu aku ada lukis fanart Feeca, salah satu watak dalam komik Hibrid.

Wednesday, May 6, 2009

Amaran Kerajaan : Asap Rokok Membahayakan Kesihatan

Kali ini aku mahu bercerita tentang rokok. Rokok ialah hasil gulungan kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm dengan diameter sekitar 10 mm yang diisi dengan daun tembakau yang telah diracik halus. Di Malaysia, aku tak berapa pasti bilangan perokok tegar yang aktif tapi yang aku tahu di rumah Ucu aku iaitu tempat tinggal aku sekarang, terdapat 3 orang perokok yang aktif. Tu belum campur lagi jiran sebelah menyebelah.

Aku dulu pun masa tingkatan 1 ada jugak berjinak-jinak untuk menjadi seorang perokok yang berjaya, tetapi hampa kerana tekak aku rasa tak selesa bila menghisap rokok. Mungkin tekak aku dicipta untuk menghisap benda lain. (korang jangan fikir yang bukak-bukan, blog aku ni bukan hanya dibaca oleh golongan dewasa, malah golongan kanak-kanak juga turut berminat membaca blog aku ini). Wahahaha..

Baru-baru ini aku ada terbaca info di intenet tentang asap rokok. Barulah aku tahu bahawa asap rokok lebih berbahaya dari asap kemenyan. Terdapat lebih 4000 kimia beracun dalam asap rokok. Aku jadi ketakutan. Kepada perokok-perokok sekalian, jika kamu ingin merokok, sila pastikan kamu telan sekali semua asap-asap rokok yang kamu hembus itu.

Saturday, May 2, 2009

Happy Birthday Ucu

Semua orang tahu bahawa 1haribulan mei merupakan sambutan hari pekerja untuk satu dunia. Pada mereka-mereka yang mempunyai pekerjaan rata-rata tersenyum lebar kerana sejajar dengan sambutan hari pekerja, kita semua akan diberi cuti pada hari tersebut. Tapi berlainan pula bagi Ucu Lelaki aku kerana hari tersebut beliau bukan saja menyambut hari pekerja, malah beliau turut menyambut hari ulang tahun kelahirannya. Ucu, selamat menyambut hari jadi yang ke-50.

Gambar Ucu Lelaki dan Ucu Perempuan
berganding bahu memotong kek harijadi.