Wednesday, December 31, 2008

The Making Of Herol Izwan : Round 3

Panggung kehidupan 2008 akan ditamatkan tidak lama lagi. Tetapi cita-cita dan matlamat hidup akan diteruskan di Panggung yang lebih besar, lebih ramai pelakonnya, lebih hebat Tuan Pengarahnya, lebih garang Produsernye dan lebih mencabar bilangan penontonnya. Semua ini akan diperolehi pada tahun 2009.

Life aku bagi tahun 2008 ni memang sederhana habis. Tak banyak kejayaaan yang aku capai. Bermula agak rancak pada awalnya dan agak muram situasi penghujungnya. Salah satu maklamat aku untuk tahun 2009 ni adalah untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 3 buah buku komik disamping mengharap sedikit Tuah menyebelahi nasib aku dalam Industri seni yang aku ceburi ini.

2009 juga akan aku teruskan untuk mencari seorang insan yang hampir sama dengan insan yang aku minati. Harap-harap aku berjaya mencarinya. Aku berdoa mohon dimurahkan rezeki, dijauhkan daripada malapetaka dan kejahatan. disihatkan tubuh badan dan akal fikiran, Iman yang lebih terpelihara dan kehidupan yang lebih sempurna. Amin...

Bagi menutup tirai 2008 ni aku perlihatkan sebuah lagi page special yang aku telah siapkan untuk komik Herol Izwan.

Orang Kuat The Comic

Kalau sekali pandang, nampak macam Kecempreng Man. Tapi kalau diperati betul-betul, Memang sure bukan Kecempreng Man. Inilah orang kuat superhero ciptaan Alif Firdaus Aziz (AlifStyle). Jalan ceritanya lebih menonjolkan kerealitian kisah kehidupan seorang manusia yang memiliki kekuatan melebihi kekuatan manusia biasa.

Komik Orang Kuat ni telah masuk kepasaran start masa Comic Fiesta 2008. Maka kepada anda yang bercita-cita ingin menjadi kuat, bolehlah segera dapatkan Komik Orang Kuat ni. Heheheh...

Di atas ni Kerektor Orang Kuat Versi lukisan aku sebagai Tribute untuk Komik Orang Kuat dan Pelukisnya, Orang Sihat (AlifStyle). Muahahahah..


Hanya Beberapa Hari B4 Menjelang 2009


Dalam beberapa hari menjelang tahun baru 2009, penghasilan komik Herol Izwan terpaksa diperlahankan sebab tumpuan lebih diberikan bagi kerja-kerja mengecat rumah. Memandangkan tarikh perkahwinan adik saudara aku yang semakin hampir iaitu awal bulan Februari 2009, Proses mengemas rumah kini semakin rancak dijalankan. Aku pun terpaksa la join sibuk-sibukkan diri tolong kemas rumah.

Saturday, December 27, 2008

Maal Hijrah 1430 Hijrah


Sempena Awal Muharram yang bakal tiba pada 29.12.2008....
Marilah sama2 kita renungkan....


Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram - Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar

13. Hari pertama Allah menciptakan alam

14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat

15. Hari pertama Allah menurnkan hujan

16. Allah menjadikan ‘Arasy

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz

18. Allah menjadikan alam

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril

20. Nabi Isa diangkat ke langit


Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:

1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah
tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri

fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
nanti

11 Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
baca Qulhuwallah sebelas kali.

12 Membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini

13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sunday, December 21, 2008

Terlatest Dari Komik-M


Komik terbaru keluaran Komik-M hasil karya Reja yang berstailkan manga tapi bercirikan Malaysia. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, beliau masih lagi menuntut di UKM.

Sinopsis :

Kelab bola baling Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pangsun akan dibubarkan kerana ketiadaan jurulatih dan prestasi yang semakin merosot.

Liesa, pengurus kelab itu berusaha keras demi memastikan kelab itu tetap wujud dan meningkat maju sehingga menjuarai kejohanan bola baling peringkat negeri seperti yang pernah mereka perolehi beberapa tahun lepas.

Harapan Liesa kembali bersinar apabila secara tidak sengaja terjumpa seorang pelajar yang mempunyai bakat dan skil yang terpendam iaitu Kayroll. Mampukah Kayroll menyelamatkan Kelab Bola Baling Sekolah Menengah Sri Pangsun daripada dibubarkan?

Tengok pada sinopsisnya mesti target komik ini kepada remaja-remaja yang masih bersekolah. Tapi korang jangan silap, Remaja dewasa macam kita ni pun boleh baca komik ni tau..

Setakat ni, komik Shootz! ni masih belum masuk pasaran lagi tapi korang boleh dapatkannya di Comic Fiesta 2008 yang sedang bertangsung sekarang di Sunway Pyramid Convention Hall.

So pada korang yang terlepas peluang nak sambar Komik Shootz! ni kat sana cam aku ni, terpaksa la tunggu komik ni masuk Kedai Buku MPH mahupun Popular.
(Tapi aku da baca dah komik ni masa hantar Kecempreng Man 2 kat PTS ari tu. Hehehe..).

Saturday, December 20, 2008

The Making Of Herol Izwan : Round 2


Jom kita bercerita lagi tentang Komik yang sedang aku usahakan tak kira waktu siang mahupun malam sekarang ni. Page ke 2 untuk Komik Herol Izwan ni nampak simple je. Dialog untuk page ni pun tak banyak.

Memaparkan situasi kawasan planet bumi yang macam ada 'something' je berlaku kat situ.
Heheheh.. Mana ley cerita pe yang berlaku kat situ. Nanti tak suspen la bila korang baca komik ni. Kelibat kaki dalam kotak terakhir tu cam kenal je..

Banyak benda yang terpaksa aku korbankan bila menyiapkan komik ni. Terutama masa berbual dengan family dan sahabat-sahabat menjadi makin terhad. So kat sini aku nak mintak maaf bebanyak kat mereka-mereka yang kecik ati ngan aku.

Filem baru Shin Chan


filem 'Ballad-Namonaki Koi no Uta' yang diinspirasi daripada filem animasi Shin Chan ke 10 iaitu 'Arashi wo yobu Appare! sengoku Daikassen' bakal muncul tahun depan.Proses pembikinan yang menelan belanja RM73juta arahan Yamazaki Takashi telah bermula pada hujung September tahun ini dan dijangka siap pada Januari tahun hadapan. tarikh tayangannya pula pada septemper 2009 (Jepun).

'Crayon Shin Chan : Arashi wo yobu Appare! sengoku Daikassen' telah ditayangkan di jepun pada 20hb April 2002. Filem ini pernah memenangi beberapa anugerah berprestij termasuk hadiah utama Japan Madia Arts Festival. Ia mengisahkan Shin Chan dan familynya secara tidak sengaja merentas masa ke era Sengoku (pertengahan abad ke-15 hingga permulaan abad ke-17) sehingga memaksa mereka melibatkan diri dalam kancah peperangan.

Po Berkung Fu Semula...

Dream Works Animation telah membuat pengumuman mengenai kejayaan filem animasi 3D CGI Kung Fu Panda diorang akan diteruskan dengan sekuelnya. Setelah memperolehi kutipan box office USD631 juta/RM2.2 Bilion, diorang tak teragak-agak membawa balik semua watak-watak suara sebelum ini dengan jalan cerita yang lebih menarik.

Tarikh tayangan sudah ditetapkan iaitu pada 3hb Jun 2011 (US). Kali ini diorang nak hasilkan Filem Sekual Kung Fu Panda dengan lebih canggih dalam 3D stereokopik yang pasti membawa paparan kungfu yang lebih chantek...

Thursday, December 18, 2008

The Making Of Herol Izwan : Round 1

Dengan kalimah Bismillah aku mulakan untuk posting buat pertama kalinya The Making Of Herol Izwan. Aku lukis muka surat pertama Komik Herol Izwan ni kira-kira pukul 1.45 pagi dan siap setengah jam kemudian.

Peh! Mesti korang tertanya-tanya Herol Izwan ni sebenarnye cerita pasal manusia ke alien.?
Untuk episod pertama komik Herol Izwan ni aku buat sedikit kejutan ( tak tau la korang boleh terkejut ke tak bila baca nanti).

Aku cuba siapkan 1 hari satu page bagi hari isnin hingga jumaat dan sekurang-kurangnya 2 page pada hari sabtu dan ahad. Letih gak jadi kartunis part time ni. Siang kerja kat opis, malam ngadap meja lukis lak. InsyaAllah, aku toray siapkan Komik ni secepat mungkin.

Bye-Bye KecemprengMan 2

Aku rasa ni adalah special page terakhir yang aku bagi korang tengok untuk Projek komik Kecempreng Man siri 2. Ini merupakan page pengenalan watak dalam Kecempreng Man siri 2.

Buat pengetahuan korang, kecempreng man siri 2 telah aku serahkan pada Editor PTS. Sekarang aku sedang menunggu kata akhir dari Pihak PTS. Berdebar-debar gak ni. Takut kena riject je.. Hehehe...

Tuesday, December 16, 2008

Lalalala... Komik Baru

Mulai semalam aku telah mulakan penghasilan komik baru setelah berjaya menyelesaikan kecemprengMan part 2. Tajuk komik terbaru ni aku namakan Herol Izwan. Cerita tentang seorang guru dan anak muridnya bergabung tenaga mencari harta karun yang tersorok di bawah tanah.

Rasanya aku akan kekalkan mood kelakar spontan dalam komik ni disamping aksi pertarungan dan pengembaraan ala-ala Indiana Jones. Aku akan cuba tonjolkan hubungan sahabat antara guru dengan anak murid.

Pada mulanya dua keraktor yang berlainan ideologi mahupun perangai dan susah disatukan akhirnya menjadi kawan karib setelah menempuh pengembaraan penuh cabaran mencari harta karun yang tersorok di bawah tanah di kawasan sekolah mereka.

So mulai hari ini, dah takde dah The Making Of KecemprengMan. Lepas ni korang akan baca pulak The Making Of Herol Izwan. Stay tune!

Kelebihan Solat Berjemaah Menurut Teori Fizik


Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Sunday, December 14, 2008

Main Nyuruk-Nyuruk Di MPH Mid Valley


Pada 13 disember iaitu persamaan hari sabtu telah berlangsung program hari bertemu pelanggan pelukis Komik M di MPH Mid Valley. Aku pun ada time tu, tapi nyuruk-nyuruk tepi almari buku. Aku kan pemalu orangnyee (heheheh)


Encik Azhar (Liga Pendekar) menunjukkan skill mautnye iaitu melukis sambil bercakap. Tak ketinggalan Pac (TwinX) cuba melelong dirinya sendiri dengan harga paling mahal sekali. Gambar aku lak conform la takde sebab aku sibuk main nyuruk-nyuruk kat dalam MPH tu.


Petang tu juga diadakan peraduan melukis keraktor dari komik M. Ramai gak la yang mencuba nasib. Ada seorang budak bernama Aman Wan ni dengan selamba je lukis Kecempreng Man.
Dengar cerita dia pun ada niat nak hantar komik kat PTS. Elok sangat la tu. mana la tau satu hari nanti dia boleh ganti aku melukis komik Kecempreng Man ni bila aku dah bersara nanti.

LOS, FAUN DAN AFDLIN SHAUKI


Assalamualaikum... Yooo.. wazap!!
Rasanya lama betul aku tak up-date blog ni. Sorry la dear, aku terpaksa berbuat demikian atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. Banyak cerita aku nak kongsi dengan korang ni.
Pada 6 Disember yang lepas aku bersama-sama kartunis Umbut melayan filem paling sewel arahan Afdlin Sauki.

Bagi aku ini adalah filem Afdlin yang paling kelakar buat setakat ni. Tapi memang aku dah agak dah, setiap kali Afdlin buat filem terbaru beliau, mesti filem terbaru beliau lebih baik dari filem sebelumnya. Buat masa ni aku belum pernah lagi rasa keciwa bila tonton hasil Encik Afdlin ni.


Bagi aku ini adalah filem Afdlin yang paling kelakar buat setakat ni. Tapi memang aku dah agak dah, setiap kali Afdlin buat filem terbaru beliau, mesti filem terbaru beliau lebih baik dari filem sebelumnya. Buat masa ni aku belum pernah lagi rasa keciwa bila tonton hasil Encik Afdlin ni.

Di bintangi oleh Hans Isaac, Adlin Aman Ramlie, Erra Fazira, Afdlin Shauki, Ida Nerina, AC Mizal, Khir Rahman dan ramai lagi. Setiap scene aku mesti tergelak bila tengok. Aku pun memang dah agak lama tak gelak melampau-lampau macam ni. Ha!! Pada korang yang belum sempat tengok Los dan Faun ni, pergi la tengok sebelum korang dijangkiti penyakit tak boleh gelak. Bila dah kena penyakit tu, baru korang menyesal.

Saturday, October 25, 2008

Album Terbaru SO7 - Menentukan Arah


23 Oct yang lepas, SO7 telah meluncurkan album terbaru mereka dengan tajuk Menentukan Arah di Indonesia. Aku tak tahu bila Album ni akan dijual di Malaysia. Watever aku dah dengar semua lagu kat dalam album ni. Bagi aku ada banyak lagu yang aku boleh layan dalam album kali ini. So aku prebiu sikit setiap lagu yang ada dalam Menentukan arah.

1. Betapa
Lagu ini macam roh di Menentukan Arah: fresh, simple, menarik dan melodius. Semua orang bisa memainkan beat drum lagu ini di tuts kibord hanya dengan dua jari, tapi posisi jari di gitar tidak memungkinkan untuk dimainkan live, jadi Eross harus sedikit improvisasi untuk menyelamatkan permainannya. Brian juga tidak main drum akustik di lagu ini; maka begitu live, lagu ini terasa so rock. Mungkin sebab ada feel dendam kot, heheheh.
2. Yang Terlewatkan
“Yang Terlewatkan” merupakan lagu terakhir yang masuk di sesi akhir pengumpulan materi album, padahal Brian yakin kalau lagu ini adalah hits SO7 berikutnya sejak pertama kali mendengar demonya dan tak rela kalau dinyanyikan orang lain. Setelah mencuba berbagai bassline, Adam berharap yang akhirnya terpilih tidak mengecewakan dan – yang paling utama – tidak fals, karana memakai bas fretless. Eross kembali menggunakan kata “hebat” dalam lirik, tapi bukan berarti lirik ini biasa. Menurut Duta, Eross sangat jarang menulis lirik yang isinya tentang menyesali sesuatu. Ada apa dengan Eross?
3. Ibu Linda
Terjadilah debat panjang antara Eross dan Brian tentang beat drum di bahagian reff, di mana berbagai versi dicuba dan akhirnya versi Brian keluar sebagai pemenang. Brian selalu memperjuangkan beat drum terbaik, walau harus berdebat dengan Eross, dan setiap mendengar lagu ini masih takjub dan hairan akan asalnya idea beat ini. Duta yang tak terlalu mempersoalkan beat maupun lirik, merasa tema nada di akhir adalah bahagian yang paling enak di lagu ini.
4. Jalan Keluar
Pada awalnya Adam ragu untuk memasukkan “Jalan Keluar” di album karena terasa begitu ringan, tapi lagu tu satu-satunya lagu ciptaan Adam yang masuk. Adam juga mengisi harmonika, dan Eross tak akan pernah melupakan ekspresinya yang pucat pasi setelah berkali-kali take. Ini termasuk satu dari tiga lagu pertama yang diisi vokalnya oleh Duta (dalam sehari pula!) yang menganggap lirik lagu ini berbahasa tingkat tinggi. Brian pun merasa lagu ini tak akan seindah ini kalau bukan Duta yang menyanyikannya.
5. Mudah Saja
Adam berterima kasih kepada Eross karena diberi kesempatan untuk main gitar di “Mudah Saja.” Duta menyukai bahagian bait dan bridge, tapi tidak suka reff-nya. Ketika Duta mengakui hal tersebut ke Eross, ternyata Eross juga sempat merasa kurang percaya diri terhadap lagu ini. Menurut Brian, semua orang yang sedang jatuh cinta akan mencoba mengingat orang yang pernah melukai hatinya saat mendengar lagu ini.
6. Arah
Di lagu ini Adam melakukan kejutan dengan bermain swing, walau mengaku sebenarnya dia tak pandai sangat bermain swing. Eross juga memberi kejutan dengan lupa mengisi bagian interlude dengan gitar sesuai versi demo, tapi akhirnya itu ditutup dengan brass sampling yang dimainkan Fery Efka. Duta ingin mengimbau Sheila Gank dan teman-teman semua untuk bersama-sama menentukan arah perjalanan Sheila On 7.
7. Lia Lia Lia
Penciptaan lagu ini terpicu oleh lirik “terbakar bahagia.” Anak-anak Duta mampu ikut menyanyikannya karana ayahnya berulang kali mendengarkan versi demonya di rumah. Teman-teman band Duta pun berlaku seperti anak-anak ketika mengisi vokal latar. Di album-album sebelumnya selalu ada lagu dengan take vokal latar yang bercanda, dan itu kembali terjadi di sini, di mana teknik vokal “The Steelheart Scream” muncul tapi (untungnya) tidak dimasukkan. Bagi korang yang sedang jatuh cinta, silakan ganti “Lia” dengan nama girlfriend korang. Wakakaka...
8. Alasanku
Brian tak berani tertawa di saat Eross take gitar, karana takut merosakkan mood-nya yang memerlukan konsentrasi tinggi untuk merakamnya. Di saat Eross sudah menyelesaikan 30% dari take gitar akustik. Eross rasa tak puas hati dan mengulang dari awal. Eross dan Duta (yang sedang demam selsema ketika mengisi vokal) berterima kasih kepada Tuhan yang telah memberi kekuatan untuk menyelesaikan tugas masing-masing.
9. Segalanya
Duta juga sedang menghidapi demam selsema ketika mengisi vokal lagu ini, makanya dia mencurahkan “segalanya” untuk teriak-teriak di sini. (Mudah-mudahan hernianya tidak kumat.) Saat take drum di waktu subuh, sempat ada keheningan tanpa tanda-tanda kehidupan selama beberapa saat di studio, tapi baik Brian maupun Eross (selaku operator) tak ada yang mau mengaku kalau dirinya tertidur. Lain halnya dengan Adam, yang mengaku tertidur saat mencari bassline yang secocok, padahal ini lagu disko. “Segalanya” dipersembahkan untuk SheilaGank di seluruh dunia dan akhirat, “karena kau ku bisa.”
10. Sampai Kapan
Ini salah satu lagu kegemaran Brian yang membuatnya sangat berhati-hati dan merasa tidak percaya diri saat take kerana berfikir drum versi demonya lebih bagus. Sebaliknya, entah kenapa Duta kurang suka lagu ini.

Tuesday, October 21, 2008

Saya Mahu Ke England!


'Saya mahu ke England'
MOURINHO bercadang kembali jadi pengurus kelab Liga Perdana England.

ROM - Jose Mourinho mengakui, dia bercadang kembali menjadi pengurus kelab Liga Perdana England apabila tugasnya sebagai jurulatih Inter Milan berakhir.

"Saya sukakan Liga Perdana England dan sudah tentu saya akan kembali suatu hari nanti," kata bekas pengurus Chelsea itu selepas skuad kendaliannya menang 4-0 ke atas AS Roma dalam saingan Serie A kelmarin.

Bagaimanapun Mourinho menafikan laporan media yang mengaitkannya dengan Liverpool.
"Saya fikir itu adalah apa yang ingin saya lakukan selepas Inter.
"Semua orang bercakap bahawa saya mahu pergi ke Sepanyol dan ada yang mengatakan saya mahu menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Portugal.
"Ia tidak betul. Saya mahu kembali ke England selepas Inter."

Namun pengurus berusia 45 tahun itu berkata, dia tidak bercadang untuk berpindah dalam tempoh terdekat.

"Saya masih mempunyai kontrak di Inter. Saya gembira bersama Inter," katanya.

Mourinho membantu Chelsea memenangi gelaran Liga Perdana England pada musim 2005 dan 2006 selepas membimbing Porto memenangi trofi Liga Juara-Juara pada tahun 2004.
Aku memang menanti sangat la Mamat Mourinho ni balik jadi pengurus kelab-kelab di England. Mesti smart gile macam mana dia mengurus kelab Chelsea dulu. Aku suka stail dia dengan mulut takde insuran dan suka cari pasal dengan pengurus kelab lain. Kagum beb! dengan kemahiran dia mengubah kelab Chelsea dari Zero to Hero.

Sunday, October 19, 2008

The Making Of Kecempreng Man 2 : Part 12

Kali ini aku tampilkan page yang akan buat korang tertanya-tanya kenapa sut pakaian kecempreng Man berwarna hitam. Muahahaha... Semua tu akan terjawab bila korang baca Komik Kecempreng Man nanti bila dah ada di pasaran.

Disamping itu korang dapat tengok macam mana huru-haranya Bandar Metro Cyber bila tentera-tentera robot Pasola mengamuk di jalan raya sampaikan pihak tentera pun tinggal 2 orang je, tentera yang lain awal-awal dah lari menyelamatkan diri.

Lepas tu korang boleh nampak macam hebat je sut pakaian terbaru Kecempreng Man tu sampai boleh keluarkan aura berbentuk naga berapi lagi. Hahahaha... Rasa bestnyee buat korang menderita dengan pelbagai persoalan kat dalam kepala kerana Komik Kecempreng Man lambat sangat nak keluar di pasaran.

Komik Bakuman @ Burst of Laughter Man




Selepas Death Note, Obata Takeshi ada menghasilkan beberapa judul komik seperti Ral & Grado, Oh Baby dan beberapa lagi komik yang aku dah lupa tajuk dia. Sekali lagi Obata Takeshi bergabung tenaga dengan penulis Ohba Tsugumi menghasilkan komik manga BAKUMAN @ Burst of Laughter Man.

Secara ringkasnya, Bakuman berkisarkan kisah seorang remaja yg tak tahu apa cita-cita dia lepas sekolah nanti, akhirnya bercadang untuk menjadi seorang mangaka (Pelukis Komik) selepas dipujuk oleh seorang rakan sekelasnya dan juga sebab janji kepada Cintanya. Maka bermulalah sayembara usaha mereka berdua untuk merealisasikan impian manga diorang.

Aku jadi teruja baca Komik Bakuman ni sebab kisah penceritaan dia detail sangat dan jalan cerita dia macam dekat-dekat denga cerita hidup aku. Tentang pertaruhan kehidupan untuk mencapai cita-cita dan matlamat. Memang betul dalam hidup, aku banyak mempertaruhkan masa depan aku dalam setiap cabaran yang aku hadapi hari ini.

Saturday, October 18, 2008

SAW V

Filem : Saw V (2008)
Genre : Horror,
SekuelTayangan : Oktober 24, 2008
Web : http://www.saw5.comStudio : Lionsgate
Pengarah : David Hackl
Pelakon : Julie Benz, Meagan Good, Scott Patterson, Tobin Bell, Betsy Russell,
Plot : Permainan Jigsaw tidak pernah tamat dimana kali ini giliran menjadi milik pakar forensik, Hoffman untuk meneruskannya dan ia mula memburu dan membunuh bagi melindungi rahsia bahawa dirinya adalah pemain Jigsaw.

SAW V kali ini dijangka akan menjawab soalan apa sebenarnya yang terjadi pada anak gadis Lyn Denlon dan Jeff Reinhart yang mana dalam SAW III dirinya dalam bahaya. Begitu juga dengan watak Billy bersama puppet dan basikal merah yang wataknya bermula di dalam SAW IV akan dikembangkan dan diperjelaskan kaitannya dan tidak ketinggalan watak Cecil akan muncul kembali. SAW V kali ini memberi ruang pada permain Jigsaw menyediakan 7 perangkap untuk menguji mangsanya. Aku memang tak sabar nak tengok latest sekuel SAW ni walaupun ramai yang kritik sekuel filem SAW ni membosankan. Pendapat peribadi aku, kalau korang belum menonton kesemua sekuel SAW mungkin agak sukar untuk memahami kisah kali ini dengan kehadiran watak-watak lama tapi korang juga boleh jadikannya filem SAW V sebagai satu permulaan kerana kali ini segalanya baru, motif baru, pengarah baru dan mangsa baru dengan perangkap baru! Wakakaka... Aku rasa lepas ni mesti ada SAW 6 nyer la...

Friday, October 10, 2008

Time 2 Comercial Break



PELUANG MELUKIS KARTUN DAN KOMIK KANAK-KANAK DI PTS ONE!


PTS ONE Sdn. Bhd. Sedang menerbitkan komik kanak-kanak tempatan. Sekiranya tuan/puan seorang peminat kartun dan berminat melukis komik, andalah yang kami cari!

KONSEP
- Kami mencari kartun yang comel dan jalan cerita yang mudah.
- Watak utama biarlah dekat dengan kanak-kanak.
- Selain manusia, boleh juga buat cerita binatang ataupun makhluk ganjil. Selagi ia asli dan menarik, kami terima.

PERSEMBAHAN
- Komik kami adalah komik hitam putih. Ia akan diterbitkan dalam saiz ( 5.5” x 7.9”).
- Komik itu setebal 112 muka surat dan pelukis hanya perlu melukis sebanyak 100 keping - komik sahaja bagi satu keluaran.
- Anda boleh memilih konsep komik ala-ala Doraemon (cerita-cerita pendek), Tin-Tin (cerita panjang satu buku) ataupun Garfield ( Komik strip ). Sekiranya anda ada idea lain, kami alu-alukan.

HAK CIPTA
Hak cipta karya anda adalah hak milik anda. Kami hanya dapat hak penerbitan sahaja. Sekiranya pihak anda mahu menggunakan watak anda di tempat lain, adalah dibenarkan. Anda perlu maklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada pihak penerbit bagi mengelak kekeliruan dan konflik. Maklumat lanjut akan diberitahu kepada pengkarya.

BAYARAN
Kami mengamalkan sistem royalti kepada pengkarya. Jumlah royalti mengikut jumlah jualan komik di pasaran. Iaitu peratus daripada harga yang tertera pada kulit buku.


CARA-CARA MENYERTAINYA
Hantar sinopsis cerita dan beberapa contoh komik anda ke email alif@pts.com.my
ataupun ke alamat:

Alif Firdaus Azis
Komik PTS ONE
No 9-1 & 11-1, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur,
MALAYSIA


Kami akan memberi maklum balas kepada anda sebaik sahaja kami menilai idea anda.
Sebarang pertanyaan boleh terus ke email alif@pts.com.my ataupun talian hangat
03-41427413 / 16 (attn: Alif Firdaus Azis )
016-6611514




Terima kasih dan selamat berkarya!
http://pts.com.my

So.. korang yang ada bakat magik iaitu tangannya boleh memegang pen dengan baik dan mampu menukarkan sehelai kertas A4 putih kosong kepada benda-benda yang boleh dibaca serta dicernakan oleh akal fikiran, jangan buang masa Beb! Daripada buang masa, lebih baik buang sampah.. Wakakaka!!!.. - Poyo

The Making Of Kecempreng Man 2 : Part 11

Assalamualaikum.. Sempena mood Raya yang masih menebal ni, aku sajikan 1 lagi special page dari komik Kecemprengman 2 untuk tatapan korang semua. Masih lagi berkisar tentang pertarungan Kecemprengman dengan watak jahat yang pastinya menampilkan adengan pentempuran yang bakal merosakkan minda korang bila membacanya nanti. Wakakaka..!
Macam mana feel raya korang tahun ini?
Meriah sangat ke atau setakat meriah Carey je.. Hahaha..
Aku tahun ni memang macam tak raya je. Bajet raya aku setakat cukup-cukup makan je. Watever raya tetap raya! Sape kata duit takde tak boleh raya.

Thursday, October 2, 2008

Salam Lebaran

Aku nak ambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya pada korang semua tak kira kat mana korang berada. Hope korang semua happy macam happy meal.. Wakakaka..
Kalau aku ada terkasar bahasa semasa menguruskan Blog ni, ampun maaf dari hujung rambut sampai kuku jari kaki aku pinta.

Saturday, September 20, 2008

Perihal Kad Raya

Hari raya nanti tak berseri tanpa kehadiran kad raya. Tahun ni aku kurang buat kad raya (harapkan orang lain je hantar kad raya untuk aku). Ucapan hari raya tu tetap dihantar tapi SMS je la. Hmmm... Zaman dah berubah, dunia dah maju. Tapi aku promise tahun depan aku akan banyak buat dan hantar kad raya.

Laskar Pelangi : Dari Novel Ke Filem


First time masa ada seorang Hamba Allah ni beriya-iya sangat mempromosikan novel tulisan orang dari seberang (Andrea Hirata) pada aku membuat aku tertanya-tanya apa yang best sangat tentang Laskar Pelangi ni. Buat sekian lamanya setelah aku pencen (berhenti) membaca novel sejak darjah 6, Laskar Cinta buat aku rasa terpegun dan kagum dengan hasil tulisan anak muda ini. Bahasa dia bagus banget siut! So aku rasa beruntung sangat dapat baca Novel sebagus ini.



Now, Novel Laskar Pelangi telah di adaptasi ke filem pulak. Arahan oleh Riri Riza dengan barisan pelakon Lukman Sardi, Cut Mini, Slamet Rahardjo Djarot, Mathias Muchus, Ario Bayu, Alex Komang, Jajang C Noer,Tora Sudiro, Robbie Tumewu, Ikranegara dan Rieke Dyah Pitaloka.
Plot ceritanya tentang kehidupan dan perjuangan 10 pelajar miskin yang tinggal di Pulau Belitong sebuah pulau di bahagian Pantai Timur Sumatra, Indonesia di Laut Jawa. Mereka bersekolah di Sekolah Muhammadiyah dan diajar oleh seorang guru bernama Bu Muslimah. Biarpun belajar dalam serba kekurangan namun anak kecil ini tidak menjadikan keperitan hidup membataskan keinginan mereka untuk belajar sehingga menghasilkan kejayaan yang luarbiasa. 10 orang sahabat baik ini belajar bersama dalam satu kelas dari 1SD - 3 SMP mereka mengelarkan diri mereka sebagai Laskar Pelangi.
Aku tak nak cerita panjang. korang cari novel dulu, lepas tu tonton filem ni. Bagi aku Andrea Hirata ni mamang pakar bahasa bunga-bunga. Aku feel something yang best bila baca hasil tulisan dia.

Tuesday, September 16, 2008

The Making Of KecemprengMan 2 : Part 10

Ni salah satu page yang memaparkan serangan Tentera Robot Pasola menyerang penduduk Bandar Metro Cyber. Memang ganas Tentera Robot Pasola ni. Selamba je dia lempang penduduk Metro Cyber yang tak berdosa tu. Aku enjoy betul bila lukis part ni coz part ni merupakan kemuncak cerita komik Kecempreng siri 2 ni.

Saturday, September 13, 2008

Geniusnya P. Ramlee

P.Ramlee had told us long before... even Lingam gate ? Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang paling menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukan main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena paksa membeli.

Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah doremi itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang beli dan bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu.

Banyak terjadi sekarang.... Laporan audit negara tahun 2007, begitulah keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda mahalnya. Barang yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati penyamun yang bertali leher dan berkot itu.

Siapa penyamun dan siapa yang kena samun.

Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan tender itu.

Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit budak-budak sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah ke, bantuan buku ke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamunKemudian, dalam 'scene' yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu?

Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikann ya. Beliau mungkin telah lihat perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu ditengok, dan penyamun penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada yang dapat perlindungan pula itu.

Cuba pula kita lihat 3 Abdul...tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan . Tuan penasihat memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada '25%' itu untuk orang tengah.

"Kalau marah nanti kena jual". Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena dengan orang marah.

Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan terserlah. Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang, bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonoh dan senang lah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.

Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turun nya.

P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi. Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan perlakuan.

Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka.

"kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan"Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.

P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi, kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40 tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.

P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang...atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali. P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.

Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si Sultan. Pertaruhan.. perjudian. . dah tentu ada taukehnya..Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang patut jadi "ketua kepada segala ketua perbicaraan". Sang penasihat, Si Kitul jadi dalangnya. "correct... correct"

Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa apa yang dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama seperti sekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting sebab dia yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam broker.

Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia dan komplot.

Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden, hakim tergadai maruah.

Hairan, filem yang dah 40,50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman P..Ramlee hidup dulu.

Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee. Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macam lagi kerana wanita.

Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing.

Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap, masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri dan Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri.

Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada waktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti dihadapan Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata.

Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi pula dengan 'happy ending' sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dan kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TV jika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.

P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose, Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak lagi yang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee.

Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu,sekarang dan masa akan datang juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali. P.Ramlee sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri sendiri. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakan diri sendiri .... hahaha.....Untuk renungan bersama

Bubur Lambuk


Hari ni aku berpeluang mengintai tempat pengagihan bubur lambuk percuma di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Difahamkan sebanyak 1000 bekas bubur lambuk dihasilkan setiap hari bagi diberi secara percuma untuk penduduk sekitar Shah Alam. Aku dah rasa bubur ni. Ade Kick siut! Memang puas hati bila makan bubur ni.

Lukis Lukis Lukis

Bulan Ramadhan ni sempat juga aku melukis untuk Majalah Buletin keluaran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Ni kira edisi khas untuk Bulan Ramadhan dan Sambutan Hari Raya la ni. Pukul 3 pagi aku aku terbangun coz nak bersahur. Sementara tunggu air yang aku tenggekkan kat atas dapur tu masak, sempat jugak aku siapkan kartun 3 kotak ni.

Pasar Ramadhan

Setiap petang dalam pukul 5, aku akan cuba meluangkan masa singgah ke pasar Ramadhan mencari juadah berbuka puasa. Macam-macam menu makanan kita boleh jumpa kat sini. Cakap je nak berbuka lauk ape..

Contoh macam semalam, aku berbuka dengan nasi tomato sama air cendol. Peh!.. memang layan siot... Hari ni pulak rasa-rasa nak berbuka dengan murtabak ayam sama popia basah. Seronok tengok orang-orang kita ni berniaga.

Tapi nasihat aku pada korang semua kalau turun Pasar Ramadhan jangan la rambang mata sangat bila tengok bermacam jenis juadah yang dijual. Beli sekadar untuk berbuka sahaja. Jangan membazir.

Saturday, September 6, 2008

Hari Yang Hujan

Sejak start bulan puasa ni kerap sangat hujan turun kat area Shah Alam ni. Nasib baik la Shah Alam ni area tanah tinggi. Kalau tak mesti dah tenggelam time-time musim hujan camni. Aktiviti aku time-time hujan ni mestilah menidurkan diri. Nak pulak tengah puasa menahan lapar ni. Mata aku macam diletak gam je. Rasa nak tertutup je kelopak mata ni. Huhuhu...

Monday, September 1, 2008

Untuk BALADEWA Semua!


Aku dapat berita terkini latest album Dewa 19 akan diluncurkan pada akhir tahun 2008 ini. Title album akan diberi tajuk kesultanan Cinta.
Album yang direncanakan mengandungi 10 lagu terdiri daripada 5 buah lagu ciptaan terbaru dan 5 lagi lagu saduran. Lagu saduran nye ialah:
Bohemian Rhapsody (Queen)
We Are The Champion (Queen)
Zombie (Cranberries)
Ordinary World (Duran-Duran)
Imagine (Beatless)
Manakala untuk lagu terbaru pula ialah:
Makrifat Cinta (First Single)
Kala Cinta Berbuah Neraka (Ni Mesti Inspirasi Dari Konflik Rumah Tangga Dhani)
Janji Surga (featuring Ari Lasso)
Man Jadda Wajada (Lagu Bernafaskan Kasidah Dan Terselit Suara Mulan Jameela)
Inilah Lagu Yang Terbuang ( Nanyian Solo Dhani)
Aku sendiri tak sabar-sabar nak dapatkan latest album Dewa 19 ni. Mesti sama level dengan album Republik Cinta. Tapi bagi aku, Album Bintang 5 adalah yang terbaik dari Dewa 19. So BalaBala Dewa semua, Ayuh dong! sama-sama kita nantikan...

Salam Ramadhan


Bersahur Cara Rasulullah

Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w:

"Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h: "Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur." – Rujuk Fathul Baari, Jil. 11, ms. 120.
Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab). Sabda Rasulullah s.a.w:
"Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasaahli kitab ialah makan sahur." - Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 643

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur.Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda s.a.w :

"Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." - Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:
"Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)." - Surah al-Baqarah: 187

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata:
"Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w ." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1920.
Qadi Iyadh r.h berkata: "Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar." - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11, ms. 114.

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
"Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat." - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:

1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

Sunday, August 31, 2008

Happy BirthDay Rina


Pada 1 haribulan September nanti, Seorang insan yang bernama Marina (Rina) akan menyambut ulang tahun hari tuanye yang ke **. Dia juga merupakan Makhluk Tuhan paling memahami diri aku. Statement tu dia sendiri yang keluarkan. Kadang-kadang memang dia sangat-sangat memahami diri aku. tapi ada time juga yang aku pulak langsung tak boleh memahami dirinya. Watever, She a good girl..
Aku bagi birthday present kek je kat dia kali ni. Aku tempah muffin kek 6 bijik. Aku nak dia makan semua kek tu. Biar badan dia berisi sikit macam Adibah Noor. wakakaka!!!
Banyak jugak cerita kelakar dan sedih sejak aku mengenali insan yang bernama Rina ni. Aku tak tahu sebanyak mana maklumat yang dia tahu tentang aku tapi bila dia mula bercerita mengenai aku. Mak Datuk! menakutkan siot! Ibarat aku ni membesar di depan mata dia. Macam-macam rahsia yang dia tahu pasal aku. Hahahaha...
Wish aku untuk dia, hope dia bahagia dengan jalan hidup yang dia pilih. But kadang-kala dia yang banyak bagi lampu penyuluh dalam hidup aku bila aku kegelapan. Picture kat atas tu aku rakam masa kitorang pergi Aquaria KLCC awal tahun ni.

Merdeka kah Aku?


Menjelang hari kemerdekaan negara kita yang ke 50 tahun, aku tertanya-tanya dengan nada terpinga-pinga. Adakah aku ini telah Merdeka? Sebenarnya aku sendiri tak tahu adakah aku ni telah merdeka atau tidak.
Tapi rasanya aku memang belum Merdeka. Jiwa aku yang sebenarnya belum merdeka. Aku masih tak mengerti erti sebenar merdeka serta batasnya kerana memahami nilai merdeka yang sebenar boleh memberikan kita kesedaran betapa penting dan berharganya aset ini. Kefahaman ini memandu kita dengan jelas dan selamat agar tidak melangkaui sempadan kemerdekaan yang diberikan kepada kita.
Kemerdekaan bukan sekadar mengantung bendera serta menyanyikan lagu-lagu patriotik. Pengertian Kemerdekaan itu harus dicari didalam hati kita. hahahah... Aku akan cuba memerdekakan diri aku selepas ini. Inilah cerita tentang aku yang bertajuk " Merdeka kah Aku?" Sekian, Terima kaceh..!

Saturday, August 30, 2008

The Making Of KecemprengMan 2 : Part 9

Muahahaha.. Sehingga Artikal ini ditulis, Komik Kecempreng Man 2 hanya tinggal 39 page untuk disiapkan. Jari-jari tangan aku dah mula rasa kebas-kebas. I am Working mood now!

Di atas tu merupakan salah satu adengan pertarungan Kecempreng Man yang dah sampai tahap Dewa19. Di samping menyiapkan komik Kecempreng Man ni, aku dah start design Kad raya untuk dihantar kepada member-member ngan orang tersayang. Memang bizy tak ingat dunia la aku bulan ni. Hohoho..!!


Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan datang lagi. Bulan mulia yang dinantikan oleh seluruh umat islam. Mengikut maklumat terkini , 1 Ramadhan 1429 bersamaan 1 September 2008 ( tertakluk pada perubahan oleh Jawatankuasa Teknikal Kalendar Isalm, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal ibadat.

Dalam bulan Ramadhan diwajibkan umat islam berpuasa. Berpuasa membawa maksud tidak boleh makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti berikut :

Makan dan minum dengan sengaja.

Bersetubuh dengan sengaja di siang hari.

Muntah dengan sengaja seperti memasukkan jari ke dalam mulut.

Memasukkan sesuatu ke dalam rongga seperti hidung, telinga, dan sebagainya.

Bersalin.

Hilang akal disebabkan gila atau mabuk dengan sengaja.

Kedatangan haid bagi perempuan.

Mengeluarkan mani dengan sengaja pada waktu siang hari tetapi jika bermimpi tidak batal puasanya.

Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam pada bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang telah lalu '.