Wednesday, March 31, 2010

Album Bergambar Gegar Komik M

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 telah selamat melabuhkan tirainya pada 28mac yang lalu. Terima kasih kepada anda yang sudi meringankan kaki ke PWTC. Terima kasih juga kerana sudi berbelanja untuk mendapatkan buku-buku terutama yang membeli komik di bawah label Komik M.

Mereka adalah penyokong kuat Komik M. Di sebab mereka-mereka ini lah banyak judul komik M yang sold out kat pesta buku tahun ini. Terima kasihlah kepada mak ayah mereka kerana sanggup beri duit lebih untuk mereka beli komik.

Bergaya sambil membuat demo melukis komik. Pac (Komik TwinX), Reja (Komik Shootz!), Bop (Komik Ultra Qalif) dan Tuan Presiden (Komik Liga Pendekar) bagaikan Dewa-Dewa yang turun dari langit menjayakan promosi Gegar Komik M. Wahaha.. ayat aku dah macam ayat sastera dongeng klasik je. Thank pada Editor Wanzu dan Alif sebab komitmen korang bagi ruang kitorang promot komik.

Sesi gegar Komik M bersama Aman Wan (Komik Mak Cik : Aku, kau & komik #2) dan Irfan Foner (komik Smash 20). Aku rasa ini kali pertama diorang didera perform atas pentas.

Geng Adik-beradik yang heibat. Komik terbaru mereka iaitu Misi 8A. Alhamdulillah tahun ini kita semua berpeluang membaca komik yang ala-ala memberi motivasi dalam bidang pembelajaran.

Kelihatan Sid (Komik Takaza), Reja (Komik Shootz!), Bop (Ultra Qalif) dan Avil (Komik Hibrid) seperti sedang menjawab kertas Peperiksaan Menengah Rendah tetapi sebenarnya sedang membuat demo melukis komik.

Acara bergambar beramai-ramai bersama kru-kru Kawan Di 9. Jutaan terima kasih buat PTS kerana sanggup berbelanja sebanyak RM 20ribu untuk mempromosi komik M di TV9. Teringat kata-kata Chairman PTS Puan Ainon, menyifatkan urusan mewujudkan Unit Komik M ibarat beliau membakar duit. Beliau sanggup mengeluarkan modal yang banyak kerana beliau yakin terdapat peluang yang cukup besar bagi industri komik tempatan.

Akhir sekali tentang malam bertuah buat Pac (komik TwinX) dengan suprisenya dinobatkan anugerak Komik Terbaik untuk Anugerah Pekomik 2009. Hope kejayaan Pac dapat membangkitkan semangat generasi muda menghasilkan komik sebab aku tak mahu generasi muda dan generasi akan datang terus leka menggagungkan dan menjadi pengikut tegar komik dari luar negara sampai sanggup memperlekehkan dan langsung tak pandang sebelah mata pun pada hasil komik anak tempatan. Jika korang pandang rendah pada komik tempatan, bermakna korang pandang rendah pada diri korang sendiri. So kalau korang rasa apa yang dah dihasilkan dalam industri komik tempatan memang tak cukup hebat, gelanggang untuk berkarya telah siap tersedia. Ayuh! sama-sama kita berjuang.

Monday, March 29, 2010

Anggaplah Ini Macam Kad Ucapan Hari Jadi

Special untuk insan dalam gambar di atas, selamat hari lahir yang ke .... Wish kamu panjang umur, sihat tubuh badan, makin murah rezeki, sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala impian serta kejayaan yang ingin dikecapi.

Tak mampu nak bagi hadiah kereta ferrari, so saya hadiahkan ini je pada kamu. Hope kamu suka walaupun harga hadiah ini tak semahal mana.


Nota pendek : Nak dengar cerita pasal hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa KL 2010, sila nantikan up date latest entry akan datang..

Friday, March 26, 2010

Masih Demam Pesta Buku

Serius aku cakap, sebenarnya korang masih ada masa lagi menghayunkan kaki korang pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC. Pesta masih berterusan sehingga 28mac ini. Dapatkan bermacam-macam buku dari bacaan kanak-kanak hingga ke bacaan orang-0rang dewasa tak kira dewasa muda mahu pun dewasa tua dengan harga yang cukup istimewa.

Bagi korang yang dah terdetik nawaitu dalam hati nak berkunjung ke PWTC hari ini, aku suggestkan 2 buah buku untuk korang beli. Yang pertamanya ialah..

Komik Aku, Kau dan Bola (Separuh masa pertama). Sempena World Cup yang dah tak sampai 100 hari lagi akan dilangsungkan di Negara Negro (Afrika), Komik M telah mengumpulkan 9 buah komik yang akan membakar semangat World Cup di dalam hati korang semua bila membacanya. Komik lukisan aku pun ada di dalam komik ini. Jangan tunggu sampai lepas World Cup nanti baru korang nak cari dan beli komik ini. Sila dapatkan Komik aku, kau dan bola di pesta buku dengan harga yang cukup special. Amalkan membaca komik ini sebelum anda semua turun traning latihan bola, InsyaALLAH sepakan percuma anda akan manjadi hebat seperti sepakan Wayne Rooney.

Yang keduanya pula ialah Novel Diari Mat Despatch hasil karya kreatif Bahruddin Bekri. Berkisahkan tentang jurnal peribadi seorang insan yang bernama Idlan Rayyan (bukan nama sebenar) yang berhadapan kesukaran hidup sebagai seorang mat despatch yang mencuba nasib menjadi editor freelance di sebuah syarikat penerbitan. Tengok kulit cover pun dah rasa nak tergelak, kalau baca isinya sure korang berguling atas lantai menekan perut sendiri menahan ketawa. Sila dapatkan Diari Mat Despatch dan juga Aku, Kau dan Bola (separuh masa pertama) di booth PTS yang terletak di Dewan Tun Razak 2 (seberang sungai) PWTC. Sekian, Assalamualaikum..

Wednesday, March 24, 2010

Hari-Hari Yang Touching My Heart

Adik ni salah sorang pengunjung Booth PTS yang membeli komik Kecempreng Man. Terima kasih adik. Kirim salam kat mak dengan abah ek. Pada korang semua yang sudah pun membeli komik ini. Aku ucapkan berjuta-juta terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik korang berikan pada aku. Hope lepas ni bila ada komik aku yang terbaru, dapatlah kiranya korang berikan suport yang mantap macam sekarang. Serius cakap la.. Komik aku biasa-biasa je, tetapi disebabkan sokongan korang, barulah komik aku jadi best. Kalau suruh aku balas budi korang yang membeli komik aku, memang aku tak terbalas. Cuma yang termampu aku lakukan hanyalah mendoakan kesejahteraan dan dimurahkan rezeki pada korang semua. Amin.. (^_^)

Tuesday, March 23, 2010

21 March di PBAKL 2010

Ada 2 benda je aku nak up date kat sini masa aku menyibukkan diri dalam aktiviti Gegar Komik M bersama REVgang..

Pertamanya tentang salah satu papan iklan di belakang pentas booth PTS yang terdapat gambar cover komik Ultra Qalif (Bop), Meon (Jas) dan KecemprengMan #2 (terharu siut sebab dalam banyak-banyak latest komik yang keluar, cover komik aku yang terbit tahun lepas jugak dibuat iklan. Huhuhu..).


Keduanya dapat bergambar sebaris dengan bebudak REVgang (Al-Ainaa, Lavendra, Aman Wan, Nazry, Afiq dan Irfan), Alif The Cyclops, Wanzu The Alwan dan Reja The Shootz!. Sekian terima kasih (^_^)

Sunday, March 21, 2010

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010

Murid-murid semua, sila beri perhatian. Sempena musim cuti sekolah, silalah mengajak ibu dan ayah pergi ke PWTC Kuala Lumpur.

Kepada semua lelaki yang lucky, sila ajak member-member mahupun awek (diharap dapatkan dulu keizinan dari orang tua kepada awek yang anda nak ajak itu) ke PWTC Kuala Lumpur.

Kepada semua wanita yang kiut miut (semua wanita di dunia memang dijadikan Allah sebagai makhluk yang paling kiut dan seksi di dunia), sila ajak kawan-kawan perempuan dan pada yang dah bertunang tu, ajak sekali tunang anda ke PWTC jugak.

Kepada abang-abang, kakak-kakak, mak cik dan pak cik semua pun dijemput datang la bersama keluarga dan sanak saudara masing-masing ke PWTC jugak.

Ada apa di PWTC, Kuala Lumpur?

Kerana sekarang di PWTC sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa (PBAKL 2010). Bermacam jenis buku dijual di sini siap dengan diskaun yang hebat. Keajaiban ini hanya berlaku setahun sekali. Jika anda terlepas tahun ini, terpaksa la anda tunggu pesta buku tahun depan. Ini pun kalau anda semua dipanjangkan umur. Kalau tak panjang, meninggal sambil mata terbuka la anda sebab kempunan nak pergi pesta buku. Wahahaha..

Hari pertama Pesta buku aku dah sampai kat PWTC padahal aku takde tugas pun kena jaga mana-mana booth kat situ. Sengaja nak menyibuk dan memeriahkan suasana majlis yang sememangnya telah sedia meriah. Tapi kaki aku tak cukup stimina gara-gara kurang bersenam untuk merayau ke seluruh booth yang ada di situ. Jadi aku lepak di booth yang ada belon udara panas berwarna merah ini. Banyak produk buku, novel dan komik terbaru yang dijual di booth bawah belon besar ini. Salah satunya ialah..

Komik Dunia Kartun. Sila beli komik ini yang penuh dengan kartun-kartun strip yang wahahahaha (ketawa sebab kelakar). Memang bagus untuk anda yang sedang bersedih kerana melalui hari-hari kurang best, InsyaALLAH selepas membaca komik ini anda akan menjadi ceria dan happy tak kiralah Happy Deepavali atau Happy Chinese New Year.

Ini gambar pelukisnya yang bernama Alif . Terima kasih Encik Alif kerana memberi sain autograf pada komik Dunia Kartun yang saya beli siap dengan lukisan sebijik kereta lagi walaupun saya tak suruh dia lukis kereta pun.

Yang ini pula khas untuk anda-anda yang nak bertemu janji dengan para pelukis Komik M. Siap ada jadual waktu sekali. Bagi anda yang datang nanti dan terberkenan dengan salah seorng dari barisan pelukis tersebut, boleh la hantar skuad rombongan meminang. Kalau kena dengan nilai wang hantarannya, InsyaALLAH mereka takkan menolak. Wahahaha.. Datanglah beramai-ramai dengan seramai yang boleh. Kami semua akan menanti anda di sana.. sana.. sannnaaa..

Tuesday, March 16, 2010

Hidup Penuh Kezutan

Anda semua sukakan kezutan (kejutan) ? Aku pasti sesapa yang ada mengalami masalah jantung sure tak suka dengan kezutan. Tapi kali ini aku mahu bikin kezutan jugak. Buat pertama kalinya aku akan mempromosikan sebuah novel kepada korang semua. Selalunya aku promosi komik je, apa salahnya sekali-sekala kita tukar selera tekak. (^_^)

Sebuah karya Fathi Ramli yang berjudul My Honey Hani terbitan Karnadya Solutions. Sinopsis ceritanya bukan berkisahkan tentang dua ekor lebah yang hinggap di bunga matahari seperti yang tergambar di kulit cover novelnya. Ia tentang kisah cinta 2 insan yang berlainan latar belakang. Cerita touching-touching gitu. Kalau korang yang berjiwa drama korea, memang sesuai layan baca novel ini. Harganya RM 18.90 dan sudah berada di pasaran . Ayoh semua, mari kita sold outkan novel ini di serata kedai buku di seluruh Malaysia.

Satu lagi kezutan. Aku rasa belum pernah ada pelukis yang buat fan art untuk novel. Kebanyakannya buat fan art untuk komik. So aku pecahkan tradisi itu sekarang. Terimalah sebuah fan art untuk novel My Honey Hani. Hasil inspirasi serangga lebah di kulit cover aku tukarkan dalam bentuk kartun yang simple. Berceritakan tentang seekor lebah yang tergila-gilakan botol berisi madu berjenama My Honey Emi. Hahaha.. memang takde langsung berkaitan dengan sinopsis sebenar novel ini.

Di bawah ini pula bukan novel ye adik-adik semua. Ini komik hasil karya terbaru Encik Bop. Jika di Jepun popular dengan Ultraman, Encik Bop yang kreatif mencipta pula seorang lagi superhero baru yang diberi nama Ultra Qalif. Selepas ini jika anda memerlukan pertolongan ketika diganggu penjahat, Anda tidak perlu menjerit nama Superman, Batman mahupun Kecempreng Man untuk meminta tolong. Jerit sajalah nama Ulta Qalif, sure Ultra Qalif akan datang menyelamatkan anda ke jalan yang benar (^_^)

Ultra Qalif juga telah berada di pasaran. Jualannya cukup hebat seperti jualan album Faizal Tahir. Jika korang semua membeli komik beliau sekarang, tidak mustahil jualannya akan meningkat seperti jualan album Michael Jackson pula. Dengan itu, aku pun tanpa segan silu melukis sebuah fan art untuk Ultra Qalif. Sengaja aku kosongkan ruangan dialog di bawah untuk korang isi sendiri dengan sesuka hati.

Saturday, March 6, 2010

Kembali Semula Setelah Lama Menyepi..

Memang aku tak nafikan, agak terlalu lama aku tidak meninggalkan apa-apa coretan mahupun catatan pada blog yang korang rajin kunjungi ini. Mungkin ada di antara korang yang beranggapan aku sudah tidak sayang pada korang semua. Korang silap! Aku sebenarnya memang sayang korang. Cuma aku sayangkan girlfriend aku lebih banyak dari aku sayang korang semua. Hehehe.. Standart la tu. Mana ada boyfriend yang tak sayang girlfriend dia kan.. kan..

Pada 3march yang lepas, aku telah menyambut ulang tahun kelahiran aku yang ke... . (aku ngaku aku dah tua tapi tua remaja tau). Tahun ini aku dapat hadiah yang cukup special. Hadiah yang keluar dari mulut insan yang aku sayang. Terima kasih sayang.. (Sori, kalau korang rasa meluat membaca adengan drama korea antara aku dan insan yang aku sayangi, sila muntah di luar rumah ek..) Kepada korang yang dah aku anggap sebagai sahabat sejati, terima kasih atas segala ucapan korang pada aku. Ucapan panjang umur lah, ucapan murah rezeki lah dan macam-macam lagi. Aku pun doakan korang benda yang sama macam korang ucapkan pada aku juga. Amin..

Pada tanggal 20februari yang lepas telah berlangsungnya perjumpaan Komik M (perjumpaan mata ke mata antara pelukis komik M, Editor Komik M serta Puan Chairman PTS. Kami saling memberi pandangan, menyuarakan pendapat, diberi ceramah motivasi free dari Puan Chairman dan ada juga acara makan-makan. Antara juadah kami pada petang itu ialah nasi berlauk, ayam goreng berempah, rendang ayam, spaghetti dan macam-macam lagi. Pada diri aku sendirilah, banyak benda yang akan aku ingat sampai mati setelah selesai perjumpaan tersebut. Antaranya cerita tentang jom buka hutan dan cerita kasut jutawan yang terkoyak. Di bawah ni aku sertakan gambar beramai-ramai setelah selesai acara makan-makan.


Maaf, gambar aku takde sebab aku pergi toilet
masa tu. Serius tak tahan nak terkencing. Hik.. Hik..