Tuesday, August 17, 2010

Keadaan Aku Di Bulan Puasa

Sepanjang bulan Ramadhan yang dah masuk hari ke 7, aku menyibukkan diri aku yang malas ini melukis naskah ke 3 Komik kecemprengMan. Tapi ada kalanya niat suci aku itu terhalang kerana serangan batuk-batuk yang aku dapat dari sayang aku ketika keluar dating bersama. Sudah berbotol-botol ubat batuk aku telan tapi batuk tetap bermaharajalela. Walau macamana pun aku tidak boleh bersikap seperti melepaskan batuk di tangga. So aku paparkan muka surat pertama komik Kecempreng Man#3 untuk tontonan korang semua.

Yang di bawah ini pula adalah lukisan aku ketika mula berjinak-jinak merpati dalam dunia pekartunan dan perkomikan. Aku jumpa sebuah majalah yang ada lukisan kartun aku di sebuah kedai buku area Shah Alam. Rasanya lukisan aku tak banyak la berubah sangat kalau nak dibandingkan time aku mula-mula melukis dulu dengan sekarang. Still buruk jugak. Nampaknya aku kena berusaha lebih gigih lagi. Okey lah, aku nak pergi berusaha gigih ni. Selamat berpuasa dan berbuka puasa semua.

4 comments:

Fazl said...

Kenapa kartun yang dulu ada warna tapi yang sekarang tak ada warna? :p

faizul darius said...

lawak giler kartun ni, aku suke

Poyo said...

Emi.. Nak yang warna ye.. ambik pensil kaler, warna la sendiri (^_^)

Faizul.. Terima kasih kerana memuji tapi aku xde duit kecik nak bagi ko. Wahahaha..

faizul darius said...

cis!