Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Esok kita semua dah boleh start puasa, malam nanti dah boleh start sembahyang terawih, sebelum tidur nanti jangan lupa baca niat puasa. Kalau terlupa niat, alamatnya tak sah lah puasa esok nanti. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga saja. Segala anggota badan pun kena gak berpuasa sama. Bagi spesis adam macam aku ni, mata kena kawal. Jangan tengok spesis berlawanan sangat, nanti kurus pahala puasa. Yang spesis hawa pulak, mulut tu jangan asyik bergosip sakan. Kalau tak bergosip, yang setakat duduk mendengar gosip pun elok-elok lah dikurangkan.
Teringat masa aku waktu kecil dulu time mula-mula berlatih puasa. Dari pagi sampai ke petang asyik baring mengadap jam je. Nak berdiri pun tak larat. Kalau berjalan terasa macam angkasawan berjalan atas permukaan bulan. Slow motion je pergerakan dia. Dalam kepala asyik terbayang macam-macam menu masakan. Kadang-kadang tu dalam tidur boleh ngigau sebut karipap la, ayam percik la, bubur MarryBrown la.. Tapi arwah mak pandai trick aku. katanya kalau aku puasa cukup satu hari, arwah mak bagi seringgit kat aku. Kalau aku puasa penuh 30 hari, maknanya aku dapat RM 30. Biasalah. Korang kecik-kecik pun sure kena trick macam yang aku kena ni kan.
Sebagai penutup cerita ini, teringat dengan kata-kata seorang ustad. Katanya bila tiba bulan Ramadhan, ramai umat islam yang tersalah baca doa. Ramai di kalangan kita berdoa.. Ya Allah, jadikanlah Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik buat kami. Masalahnya sekarang, bulan Ramadhan memang dah terbaik dah, so tak payah la berdoa macam tu. Sepatutnya kita berdoa macam ni.. Ya Allah, jadikanlah kami ini yang terbaik di sepanjang bulan Ramadhan nanti. Ha.. Yang ini barulah doa yang betul. Jadi, renung-renungkan lah.. Wassalam..
3 comments:
Mak orang tak guna trick macam tu pun! :p
Mak kata hari sekolah je puasa. Sabtu ahad tak payah puasa...ahak
setuju sgt. berdoa tu kena fikir dulu. bukan kata doa, apa yang kita nak cakap pun biarlah make sense kan kan :)
selamat berpuasa POYO! xD
emi..
Ibu anda memang seorang yg genius kerana menggunakan trick yang heibat.
Belle..
Selamat menunaikan rukun islam yang ke 3 (^_^)
Post a Comment