Tuesday, August 24, 2010

Uwek!.

Serius tekak aku memang rasa loya masa tu. Loya macam perempuan yang baru disahkan doktor bahawa dia telah mengandung atau termengandung (ni kes seks luar nikah). Tapi aku loya bukan la bermakna aku ni mengandung. Biar aku cerita dari mula kenapa aku rasa loya sampai terasa nak muntah.

Last weekend aku pergi ke area Petaling Street, Kuala Lumpur. Tujuan murni aku ke sana adalah semata-mata mahu melawat beberapa buah kedai menjual DVD drama mahupun movie dari Jepun dan Korea. Selain itu terdapat juga DVD anime yang harganya lebih berpatutan berbanding Kedai-kedai DVD di tempat lain. Maklum la, bajet aku menjelang hari raya ini amatlah kritikal sekali. So kena la berbelanja secara berhemah. Ketika aku sedang mundar-mandir kat Petaling Street, mata aku terpandang sepasang kekasih sedang bercumbu-cumbuan di tepi bangunan. Cheese cake betul la diorang ni, bulan puasa pun diorang berani buat maksiat. Tapi yang konfiusnya pasangan kekasih tu bukan lelaki dengan perempuan tapi lelaki dengan lelaki. Serta merta tekak aku mula rasa keloya-loyaan bila melihat mereka berdua sedang ghairah berkucupan macam scene Angelina Jolie cium Brad Pitt dalam movie Mr and Mrs Smith yang baru aku tonton 2 hari lepas.
Aduhai.. Memang nak kiamat la dunia ni. Golongan Gay atau gelaran Mat Kunyit di kalangan ahli-ahli yang mengamalkan seks songsang ini dahulunya telah dibinasakan oleh ALLAH di zaman Nabi Lut. Tapi nampaknya golongan ini makin membiak dan terus membiak bilangannya dan menjadi barah dalam masyarakat kita sekarang ni. Aku rasa nak lempang je 2 orang lelaki bernafsu songsang itu. Siap la korang nanti terima azabnya kat sana nanti. Huhuhu.. Tak pasal-pasal markah pahala puasa aku dipotong separuh. Cheese burger sungguh!

7 comments:

Fazl said...

Eleh, jealouslah tu!

Huahuahua.

Bophairy said...

patut encik jepp lari laju2 lepas tu membuat tendangan tanpa bayang pada 2 ekor bedebah yg sedang bercumbu tu..

Poyo said...

Emi..
Watpe nak jealous ngan 2orang lelaki bernafsu ganjil itu. Kalau Angelina Jolie bercium ngan Brad Pitt tu, rasa la jealous sikit. Wahahaha..

Bop..
Tak boleh sebab lepas aku lari laju2 dan membuat tendangan tanpa bayang, sure aku akan kepenatan dan kehausan. Dah la time bulan puasa lak tu. Menjelir lidah aku tunggu waktu berbuka nanti.

Aman Wan said...

hahaha, adalah lebih baik encik poyo berlari laju2 meninggal tempat kejadian sebelum mereka berdua menerkam encik dan melakukan benda2 yang lebih 'romantis' dari jangkaan encik. hahaha

Poyo said...

Aman..
Aku tak rela tubuhku yang gebu ini dijadikan objek memuaskan nafsu serakah mereka.. Larikkk.. (^_^)

faizul darius said...

ntah ntah yang lelaki tu tomboy kot, mana tau

lavidalabelle said...

HAHA
patut lempang dn lariksss. serious geli2 tgk spesies sesat tu. erg :(