Macam biasa, aku tak akan bercuti panjang setiap kali hari raya kerana kampung aku terlalu dekat. Tunggulah lepas berkahwin nanti. Pasti kampung ayahanda dan bonda mertua jadi destinasi balik kampung aku. Maka aku akan berteman dengan unsur-unsur kesunyian di opis dikala rakan-rakan sekerja yang lain masih berhip-hip horey beraya di kampung halaman mahupun di Hong Kong.
Lihatlah keadaan opis aku yang sunyi menambahkan lagi rasa seram-seram sejuk bila aku duduk berseorangan di dalam opis. Filem tamil yang aku tunggu-tunggu untuk tahun ini. Endhiran (The Robot) khabarnya akan release hujung september ini di India (tayangan kat Malaysia, aku tak tahu bila). Pelakon utamanya Superstar Rajinikanth yang menjadi pelakon tamil pujaan aku sejak aku darjah 2 lagi. Heroinnya pelakon wanita Hindustan Aishwarya Rai yang amat-amat diminati oleh Encik AlifStyle (editor Komik-M). Dengar cerita dalam bilik tidur Encik Alif ada tertampal poster Aishwarya Rai besar pintu bilik. Wahahaha.. Alif, kalau ada lagi Poster Ashwarya Rai, hulur-hulur la kat aku satu. Saksikan la trailer filem ini yang heibat sementara menunggu DVD original mahupun cap cetak rompak dijual di Malaysia.
Untuk buat raya korang lebih berhip-hip hurey, jom dapatkan Komik-M Raya #1 dan #2 beserta komik Kad Raya Dari Syurga dan Baju Raya Dari Syurga di pasaran sekarang. Boleh anda membaca komik tentang sambutan hari raya sambil menunggu sanak-saudara dan sahabat-handai yang akan datang beraya di rumah anda.
Akhir kata buat korang semua, aku menyusun sepuluh jari tangan memohon maaf diatas kelazeran kata-kata yang tercoret diblog ini. Buat insan yang aku sayang.. Selamat hari raya dan selamat memakan kueh mama carey.-donatedth_b.jpg)


