Thursday, August 20, 2009

Aku Dan Train KTM Komuter

Aku memang memiliki sebuah kereta. Kereta aku pun cumil macam aku jugak. Tapi aku tak pernah drive kereta aku pergi Kuala Lumpur or mana-mana destinasi yang jauh selain sekitar Shah Alam dan Klang. Aku ni jenis tak hafal jalan. Mudah sesat kalau bawa kereta sorang-sorang. Kalau niat dalam hati nak drive pergi Kuala Lumpur, sure aku boleh tersilap masuk simpang jalan dan tersesat sampai kat Kuantan, Pahang. huhuhu..

So bagi menyelesaikan kelemahan itu, naik train KTM komuter la setiap kali aku berulang alik dari Shah Alam ke Kuala Lumpur kalau ada urusan rasmi atau kurang rasmi. Takpe la, sekurang-kurangnya aku jadi penyumbang bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya (ayat ni cuma nak sedapkan hati aku je sebenarnya).

Tetapi ada kalanya aku kurang selesa nak mengunakan perkhidmatan KTM ni. Salah satu sebabnya ialah kebanjiran penumpangnya yang kebanyakan bukan warga Malaysia. Ada dari Indonesia, ada dari Myamar, ada dari Bangladesh, ada dari Afrika, ada dari Sri Langka dan banyak kaka lagi..

Boleh dikatakan kebanyakan dari mereka banyak menyumbangkan bau-bauan yang tak pernah terfikir dek akal fikiran aku. Bukan nak kutuk la tapi kalau dah angkat tangan sampai ketiak boleh keluarkan bau nasi goreng basi, siapa yang boleh tahan beb! Walaupun sekarang ni aku selalu memakai topeng sebab gejala infelunza H1N1, bau nasi goreng basi tu tetap boleh menembusi lapisan topeng aku tau.

Ini pesanan untuk Bahagian Pentadbiran KTM komuter, sila sediakan deodorant di setiap pintu train komuter anda agar dapat digunakan oleh mereka-mereka yang berbau nasi goreng basi itu. Pesanan ini ikhlas dari seorang manusia yang sering bergelut dengan nyawa ketika bernafas di dalam topeng.

8 comments:

Fazl said...

nape dlm gambar tu, ko nampak kurus? :p

Poyo said...

Kurus sebab selalu makan hati.. (^_^) He-he-he..

Irfan F-one-R said...

kurusnye dikau.. jeles aku.. huhuh..

sapekah itu?? usain bolt? atau adek die?

wah komik-m raya cover nampak menarik.. pasti ku beli~!!

lavidalabelle said...

ngahahaha welcome to the club.


memang tumpang KTM lagi parah sbb byk warga asing. LRT okey ler lagi tak seteruk itu.

bawak minyak angin cap kapak kontot hokey.

Mrs Nurul said...

aku bukan nak kutuk ke pe ke..

aku perasan..

yang berbau ni selalunyer..

orang indon, banggla..nepal ke pe ke..

sebab dorang kan kerja berat2, buruh la pe la..

adu hai..kalau duduk seblah dorg tu..dalam hati aku cam tsunami..

@#$%^&*(.

sila beri dorg kesedaran!

Poyo said...

Irfan,
Lama xjumpa kamu, sure kamu pun da kurus macam Emmanuel Adebayor. Wahahaha..

Belle,
Ada sekali aku naik LRT terserempak ngan Bob Marley. Tapi Bob Marley dah meninggal dunia kan. Baik arwahnya dulu. selalu nyanyi lagu No Women No Cry. (^_^)

lampu neon,
Kadang2 nak je pegi depan diorang dan cakap " Can you smell what The Rock is cookin'?"

faizul darius said...

eh ko pun samce cam aku la, aku tak pernah drive jenjalan dalam KL TU, SETAKAT shah alam dan balik kampung ke hulu langat aku reti. balik ulu langat jalan dia lurus je takde belok belok2 sangat. pernah gak sesat but nasib baik lepas.

Poyo said...

Faizul,
Nasib baik aku belum pernah
ajak ko naik kereta aku tunjuk
jalan. Kalau tak, dah tentu aku
selalu dalam kesesatan.
wahahaha... Eh! bulan puasa xelok gelak banyak2.