Monday, August 31, 2009

Bangun Sahur Yang Keliwon

Pagi tadi aku rasa aku macam mengalami pengalaman bersahur yang aneh. Biar aku cerita satu- persatu retetan peristiwa aku bangun sahur pagi tadi agar korang dapat klafikasikan ianya aneh atau tidak aneh.

Malam tadi aku tidur lewat sikit kerana Layan DVD Cap cetak rompak. Aku rasa tidur aku boleh tahan la lenanya pagi tadi. Tiba-tiba aku terjaga dari lena bila terdengar bunyi pintu bilik aku diketuk. Aku tengok jam kat hanset menunjukkan pukul 5.12 pagi. Ni sure Ucu aku yang ketuk pintu coz memang setiap hari sejak bulan puasa memang dia akan bangun dan ketuk pintu bilik aku untuk kejutkan aku bangun sahur. Aku pun dalam mamai-mamai baru bangun tidur menuju ke dapur untuk bersahur bersama ucu aku.

Tapi bila sampai je kat ruang dapur, aku tengok takde sape pun yang bersahur. Tudung saji yang menutup makanan tu pun aku rasa elok je keadaannya macam malam tadi sebelum aku masuk tidur. Macam tak terusik pun. Aku fikir mungkin ucu aku dah masuk tidur semula kot lepas bersahur tadi. Dalam keadaan yang sedikit kebingungan aku minum air suam segelas bersama 3 biji buah kurma dan masuk bilik semula untuk sambung waktu tidur aku yang terbantut tadi.

So bangun pagi pukul lapan lebih tadi aku bertanya la pada ucu aku adakah dia bangun sahur tak pagi tadi. Ucu cakap dia tak larat bangun sahur pagi tadi sebab letih sangat dan mintak maaf kat aku sebab tak kejutkan aku bangun sahur. Jawapan ucu aku tu buat aku terdiam seketika. Kalau bukan ucu aku yang ketuk pintu, sapa pulak yang ketuk pintu bilik kejutkan aku bangun sahur subuh tadi?

Ahh! tak kisah la siapa yang kejutkan aku sahur pagi tadi. Kalau boleh nak minta hari-hari la dia tolong ketukkan pintu bilik aku supaya senang aku bangun sahur. Hehehe.. Jom kita layan Vclip dari The Lucky Laki dengan lagu Superman. (Lagu ni special aku tujukan pada sayang aku yang sekarang ni berada di kampung halamannya)

11 comments:

Anonymous said...

hahah seram2 pow ko buat lawak aduih terlalu poyo sungguh!

Irfan F-one-R said...

kau mamai tuh.. termimpi ade org ketukkan.. haha..

tapi mmg agak menakjubkan la kalo tido cam tido mati tapi buleh bangun pukol 5.. haha..

Ki To said...

Saya la ketuk pintu abg..He..heee...Gurau jerr..Hantu pe yang ketuk2 pintu abg?Ke jin?Eh mana ada hantu bebulan puasa ni eak..Pelik and unbeliveble...Abg cam besa mai lah jengok kat bllog saya yang tak seberapa cun tu dan buat komen sikit lam blog saya tuh..Lama abg tak buat komen..Menh laaaa...

Shamsudin said...

malaikat kut....yelah mungkin ncik poyo dapt berkat dan rterpilih untk dibangunkan..wallahualam....:P

Fazl said...

baik kan 'dia'? :p

Aman Wan said...

peh...kalau dia ketuk2 aje xper, jgn panggil dgn sore lagi.. huuu.. tp hantu apenyer yg terlepas bulan2 pose? hmm.. ada jin syg kat kau ni poyo. ajak sahur sama2..

faizul darius said...

kecemprengman kot

Poyo said...

Boneka,
Hidup kena happy2, xleh rasa seram sangat. (^_^)

Irfan,
Aku tidur2 ayam jantan la Irfan. Sebelum matahari naik aku dah berkokok tau. (^_^)

kito,
Ada gak sesekali jengok2 blog kamu. Tapi jadi sillent reader je. Lagipun da jarang dapat luang masa untuk berintenet. Papepun, selamat berpuasa Kito (^_^)

Shamsudin,
Alhamdulillah la kalau camtu. Harap pintu bilik kamu pun kena ketuk gak nanti. (^_^)

eMi,
Kamu pun baik gak.. Baik sangat2 (^_^)

Aman,
Tapi kalau yang panggil tu suara perempuan ok lagi Aman. Jangan suara garau semacam je. Berdiri segala bulu2 di badan ku nanti (^_^)

Faizul,
Entah2 engko yang ketuk kot (^_^)

Anonymous said...

3 biji kurma je? Boleh tahan ke?

Poyo said...

Airari,
Kalau sahur makan ayam KFC 24 ketul pun, bila masuk je waktu lunch tengahari still perut aku terasa lapar gak (^_^) hehehe..

Faiez Haiqal said...

haha!!~~~ huuuuu~~~