Wednesday, September 23, 2009

Hari Raya Ke 4 Baru Nak Ucap Salam Aidilfitri

Hari ni sudah masuk hari raya yang ke 4. Tapi rasanya masih sempat kalau aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada korang semua. Saje je aku malas nak ucap selamat hari raya masa sehari sebelum raya yang lepas. Tak kira la korang puasa penuh sebulan atau puasa selang-selang. Hari ni puasa, esok tak puasa. korang semua tetap berhak raya sebulan jugak macam aku. Tapi dosa korang tak puasa tu jangan lak korang ajak aku tanggung sama-sama. Pandai sangat ponteng puasa, pandai-pandai la korang sendirian berhad tanggung dosanya.

Saja nak kongsi apa yang aku lakukan pada malam raya yang lepas. Dah bertahun-tahun rasanya aku bersara dari bermain mercun. Malam raya tu pulak adik sedara aku entah dari mana supplier jual bahan letupan dan senjata api dia jumpa pun aku tak tahu. Seguni mercun dia bawak balik rumah. Macam-macam mercun ada, telur naga ada, bunga api asap ada, bunga api stadium ada, tunder clap ada, thunder cat pun ada. So malam raya tu kitorang main mercun sampai nak muntah. Nasib baik takde kereta peronda polis yang datang rumah kitorang. Kalau tak, beraya dalam lokap la kitorang. Hehehehe.. Teringat zaman sewaktu bebudak main mercun. Nostalgia sungguh.

Di sebabkan mood raya yang masih menebal lagi ni, aku dengan bangganya menyeru korang semua ke kedai buku seperti MPH, MYnews, Kedai Buku Popular atau mana-mana kedai buku yang sewaktu dengannya. Pergilah beli buku komik-M Raya. Harganya murah RM6.90 di semenanjung Malaysia dan RM7.90 je di Sabah dan Serawak. Buat apa simpan saja duit raya yang korang dapat beratus-ratus tu. Gunalah duit raya tu untuk beli Komik-M Raya. Jangan lupa beli tau.. (^_^)

5 comments:

Shamsudin said...

selamat hari raya...ada salah silap maafkan ye...

Irfan F-one-R said...

saya sudah adaa~!! tapi tak beli la pasal poyo belanje.. hahaha..

selamat hari raya inche poyoo~!! moga2 raya taun depan inche poyo beraya di rumah mertua pula.. hehehe..

Eym said...

tahun ni sy plk yg x main mercun. Betul la oeg kata, hidup ni ibarat roda. Huhuhu...

Psl komik-M Raya tu, sy dah baca dah. Kecemprengman ada muncul dlm komik Orang Kuat. Cuma sy heran, sjk bila plk Kecemprengman blh terbang?:P

eMi mLi @ Fazl said...

masa tu pulak aku sedang berapi kat umah. Tunggu nak meletup je :p

Poyo said...

shamsudin,
Selamat hari raya jugak, wei! aku nak bagi free buku komik-M Raya ni kat kamu. Leh Bagi addres tak untuk aku pos pada kamu. Send addres kamu tau. (^_^)Aku ada lebih kurang lagi 10 buku free Komik-M Raya nak bagi korang yang selalu xpernah boring melawat blog aku ni. Tinggalkan addres lengkap kat sini. Nanti aku pos pada kamu semua. Siapa cepat dia dapat dulu (^_^)

irfan,
Ala.. Rumah mertua aku jauh la. Kalau dekat sebelah rumah, sekarang gak aku pergi. Siap baring-baring lagi kat ruang tamu dia (^_^)Hihihihi..

eYm,
Hati2 ek kalau main mercun. Jangan nanti lepas raya ni jari tangan tinggal sembilan lak.

Hehehe.. aku pun konfius gak beb!Tapi layan kan je laa (^_^)

eMi,
Rumah kamu ni terletak kat tepi gunung berapi ke sampai nak meletup-letup malam raya tu. (^_^) Wahahaha...