Monday, October 5, 2009

Tribute To Yoshito Usui

Aku rasa ramai yang kenal budak lelaki berusia 5tahun yang nakal ni. Kelakuan suka melondehkan seluarnya, tarian punggung serta perangai seperti orang dewasa sure buat kita semua tersenyum setiap kali menonton anime dan membaca komiknya.

Pada 19september yang lepas kita di gemparkan tentang berita kematian Yoshito Usui (51tahun) iaitu pencipta watak kartun Shin Chan yang terkenal. Mayatnya ditemui dalam sebuah gaung di Gunung Arafune setelah keluarganya membuat laporan polis bahawa beliau tidak pulang ke rumah setelah keluar mendaki di gunung tersebut.

Usui merupakan sumber inspirasi aku dalam menghasilkan komik. Walaupun lukisannya kurang kemas dan terlalu ringkas tetapi gaya penceritaan serta idea yang dihasilkan benar-benar berkesan dan sentiasa berada di kelasnya yang tersendiri. Watak Action kamen yang diciptanya banyak menjadi rujukan bila aku menghasilkan Komik Kecempreng Man. Apapun yang hidup pasti akan mati. Aku doakan semoga roh mendiang Usui bersemadi dengan aman.

5 comments:

Boneka tak sakit said...

ada nampak ciri2 sikit gaya dlm lukisan tak sangka aku dia dah mati.. isk2

imHepPie said...

huhu...shin chan sgt2 besh...nak doa pon xtau cemana eh utk beliau..

faizul darius said...

tak perlu doa.

Aman Wan said...

"Aku doakan semoga roh mendiang Usui bersemadi dengan aman."

jgn semadikan aku dgn beliau..huhu..
neway,beliau sgt best~! karya shinchan byk bg inspirasi kt aku. wuwuwu.. aku mahu kakak nanase..

alifstyle said...

Shin Chan sudah jadi anak yatim.