Thursday, September 10, 2009

Kad Raya Yang Datang Dari Syurga

Kalau korang nak tahu Selain Komik-M Raya, Produksi Komik-M juga ada menerbitkan sebuah lagi komik edisi special sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. Tajuk Komik itu juga sangat unik seumpama tajuk sebuah lagu raya. Seperti Komik-M Raya, Komik Kad Raya Dari Syurga juga telah berada dipasaran sekarang.

Dibarisi penulis terhebat seperti Bahrudin Bekri, Nazri M. Annuar, Gild, Iman Qaisara, Panah Arjuna dan Pelukis komik berwibawa seperti Bop, 39, Mafia, Odows, Koma, Ard One, Xara Fatima serta Sitrahaslee pasti menjamin anda akan menanggis dan tersenyum pabila membaca komik Kad Raya Dari Syurga.

Covernya dihasilkan oleh seorang yang masih belum tahu beliau akan masuk syurga atau tidak. Beliau adalah Zamzami Mat Zain atau panggilan manjanya Tako. Sempena hari baik bulan baik ni, memanglah terlalu baik adanya korang semua pergi ke kedai buku berhampiran dan tanpa rasa segan silu membeli Komik Kad Raya Dari Syurga ini. Jangan lupa juga membeli Komik-M Raya. Kalau beli dua-dua komik ni, barulah raya korang lebih meriah dari menyambut hari raya cina mahupun hari raya Deepavali.

Hohoho.. Aku pun tengah menyiapkan Kad Raya Dari Syurga untuk sayang aku. Aku kasi korang tengok lakaran kad raya tersebut tapi korang jangan kasitau dia ek! Aku nak bikin suprise kat dia. Hehehe..

10 comments:

cinta juliet zainal abidin said...

poyo, ajar aku melukis. cantiklah

Anonymous said...

aku pow suka style ko! mcm sempoi je..

Poyo said...

Cinta,
Berani ke nak jadi anak murid aku. Hohoho.. Aku ni garang tau walaupun aku bukan berasal dari Telok Panglima Garang. (^_^)

Boneka,
Ni je yang termampu aku lukis. Tapi aku tetap syukur Alhamdulillah dengan bakat pinjaman dari Yg Maha Esa ini. (^_^)

Anonymous said...

akak saya bagitau nanti encik Poyo nak bagi free Komik-M raya kat dia. Betul ke? Kalau betul, yg ni pun samalah ya? huhuhu...

Poyo said...

Eym,
Cubalah minta kat akak awak tu sebab dah bagi 1 copy Komik Kad Raya Dari Syurga ni kat dia.(^_^) Lagipun akak awak nak dapat kad raya dari syurga yang sebenar kan..

Anonymous said...

nanti la sy minta bila dia balik lagi. kad raya dari syurga yang sebenar? mana dapat? sy pun nak. Huhuhu...

faizul darius said...

saya pun mahu juge belajar melukis dengan poyo. nak juge nak juge

Poyo said...

Eym,
(^_^)

Faizul,
Kalau dengan kamu, aku kena mengajar sambil pegang buluh runcing sebab kamu kebal. Kalau pukul dengan pembaris badan kamu xrasa sakit. (^_^)

Love eXan said...

selamat hari raya poyo...!

opps kat post kali ni ada perkataan baru ye kawan2 iaitu 'menanggis' (poyo leh check balik perkataan itu yg terselit di celah belahan ayat postmu ini hehe)

ni kena bitau dbp ni pasal perkataan baru ni :p

Poyo said...

exan,
Buat pengetahuan kamu, DBP belum pernah lagi mengiktiraf blog ini sebagai bahan pembelajaran dalam bilik darjah. So don take seriously n don try dis at home (^_^)Hihihihi...