Friday, September 4, 2009

Tipah Tertipu Bang!

Aku cukup pasti dengan tanpa rasa was-was langsung bahawa kita semua mempunyai juadah berbuka puasa yang boleh diketogerikan juadah wajib setiap kali tiba Bulan Ramadhan yang mulia ini. So Juadah wajib aku adalah kueh Tepung Pelita.

Bila waktu petang menjelma, aku akan sibuk ke pasar Ramadhan mencari kueh itu untuk dijadikan juadah berbuka puasa aku. So ada la satu hari tu aku beli kueh tu dari seorang makcik yang meniaga kat pasar ramadhan Seksyen TUUTTT.. Shah Alam (terpaksa di hiddenkan supaya tidak berlaku saman menyaman di dalam atau luar mahkamah).

Dengar je azan Maghrib berkumandang dari surau berdekatan, aku dengan penuh berselera menjamah kueh tepung pelita tersebut. Mak datuk oii.. dia punya rasa sampai aku sendiri pun takde rasa apa-apa. Takde rasa manis, takde rasa apa pun. Tawar je rasanya. Aku tak pasti mak cik yang meniaga tu buat kueh ni memang sengaja tak letak gula kerana dia ada penyakit kencing manis atau memang tak mahu letak gula sebab nak kaut untung lebih.

Mahu saja aku buat laporan pada Persatuan Peniaga Kueh Tepung Pelita (PPKTP) supaya diorang tarik lesen mak cik tu dari meniaga kueh tersebut. Kalau macam ni rasa Kueh Tepung Pelita mak cik jual, baik mak cik tak payah meniaga jual kueh tepung pelita, baik mak cik niaga pelita je. Disebabkan hot temper kat mak cik la pahala puasa saya berkurangan pada hari itu. Lepas ni confirm gerai mak cik masuk senarai black list saya. Saya tak nak jadi Tipah Tertipu lagi. Huhuhu..

8 comments:

ONEXOX PLAN said...

bulan puasa memang camtu kadang2..
xde yg jd tukang rasa, sebab tu makcik tu pn xtau tepung pelita die tu x sedap.. huhuu~

tp ade gak peniaga yg memang berniat busuk utk kaut keuntungan.. org camtu diharap dpt balasan yg setimpal..

Anonymous said...

lol..

Love eXan said...

kesiannya....

lavidalabelle said...

kes gula tak cukup ler tu. atau mungkinkah lidah makcik tu kebas.


sabarlah poyo. nanti suruh cik kekasih buatkan utk kamu. mcm tak biasa pulak heh ;p

Aman Wan said...

haha,btol2. sabar la poyo. mungkin kueh tu x manis sbb dia tgk kau dah cukup manis org nyer. so, x perlu bg yg manis2 kat kau. hahaha.

apapun, beli la kueh badak. lagi sedap. pedas2 manis~

cikseed said...

HAHAHA
sabar je laaa

pinkiss said...

aku benci beli kuih tu dalam kosong.

Mana sengkuang cina?

Poyo said...

Anarm,
Ye, aku juga menunggu komen mak cik yang meniaga kueh tepung pelita itu di blog ini agar dia dapat menerangkan maksud tersirat di sebalik tepung pelitanya yang tawar itu.

Boneka tak sakit,
memang lol.. (^_^)

Love ixan,
Kamu kesian kat mak cik yang meniaga kueh tu ke aku? (^_^)

Belle,
Kalau dah menatap wajah kekasih aku, sesungguhnya aku dah xingat tepung pelita dah (^_^) Wahahaha..

Aman,
Aku pernah kena tipu masa membeli kueh badak. Tertipu kerana intinya takde daging badak pun.. Nama je kueh badak. Huhuhu..

el-Sidro,
Kalau tak sabar, dah lama aku pinjam jentolak kat kawasan pembinaan depan rumah aku gi robohkan gerai mak cik itu.

Pinkiss,
Taste aku serupa dengan kamu. Tapi kalau kamu tanya "mana sengkuang cina?" pada kuih tepung pelita yang kosong itu, sampai kiamat pun kamu xakan dapat jawapan. Ini kerana Kuih tepung pelita itu tiada mulut untuk bercakap. Lagipun ianya bukan benda hidup. (^_^)