Tuesday, November 17, 2009

Allahyarham Mican

Gambar kucing gatal di atas ni merupakan gambar kucing kesayangan Ucu aku yang diberi nama Mican. Tapi yang sedihnya Mican sudah tiada di muka bumi ini kerana 3minggu yang lepas Mican menghembuskan nafasnya yang terakhir. Punca-punca kematian Mican adalah kerana Mican menghidapi penyakit hepatitis B. Ucu aku amat sedih dengan kematian kucing kesayangan dia tu.

Aku pun turut bersedih jugak kerana Mican la tempat aku menumpang kasih dan bergurau-senda. Tetapi kini Mican sudah tiada. Yang ada hanya tinggalan kesan parut gigitan dan cakaran Mican pada tangan aku. Marilah sama-sama kita berdoa semoga roh Mican ditempatkan di kalangan kucing-kucing yang beriman.

Sebagai tanda ingatan aku pada Mican, aku lukiskan sebuah komik khas untuk dia. Watak utama komik ini bukan watak seorang manusia tapi seekor kucing. Komik ini mengisahkan tentang seekor kucing yang mengembara jauh ke ruang angkasa lepas untuk mencari ibu dan ayahnya yang telah hilang.

Komik ini bercorak sains fiksyen yang disulami dengan dunia fantasi ciptaan aku sendiri. Diperkuatkan dengan aksi pengembaraan yang mencabar dan mendebarkan sehingga jantung berdegup laju tanpa henti. Ada sedikit unsur-unsur komedi aku terapkan sebagai ubat untuk jantung korang yang dah berdegup laju agar korang terhindar dari serangan sakit jantung mahupun batuk berdarah.

13 comments:

Anonymous said...

ceh.. buat aku sedih pasal kucing lak!

apa2 pow i feel u man!! :*(

imHepPie said...

ahah...chumel la katon tuh..

Unknown said...

salam takziah pada ucu ko. aku jugak baru mengalami peristiwa hitam. ikan laga aku mati bunuh diri. mungkin putus cinta. huhuhu..

faizul darius said...

ngiauuu ngiauuuu

alifstyle said...

Perasaan yang sama aku lalui semasa kematian *jean Grey aku kerana mati lemas.

*Jean Grey = ikan laga

Ki To said...

bersaborlah abg poyo....Mungkin nanti ada peganti baru yang paling best..Mana nak taukan..Kucing bukan sekor...

faizul darius said...

aku pun sama alif, ikan laga biru aku yang dinamakan igaru. punca kematiannya menjadi misteri sehingga sekarang.
mayatnya aku bungkus dengan tisu, pada mulanya mahu menanamnya tapi keadaan tak mengizinkan aku ampak je dalam tong sampah besar... maafkan aku igaru...

Anonymous said...

Ada ke kucing yang tak beriman?:P

Poyo said...

Boneka..
Sedih kan.. Aku menangis sampai keluar hingus tau.. Huhuhu..

Heppie..
Kalau da publish komik ni nanti, jangan lupa beli ek.. (^_^)

Mellmerah..
Huhuhu.. Mesti ikan laga mu membunuh diri dengan cara melemaskan dirinya didalam air. kan..? kan..?

Faizul..
Meow! (suara kucing manjeee..)

Alif..
Aku doakan semoga arwah Jean Grey di tempatkan dikalangan ikan-ikan laga yang beriman. Amin.

Kitosia..
Mican tetap di hati ku.. Huhuhu..

Eym..
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui (^_^)

Kalamtimur said...

semoga poyo tabah, pakcik pun dah beberapa kali kehilangan kesayangan...yg last mati atas troli kat vet, baru je tiba untuk vaksin...

kucing barangkali pantang diambil fotonya..

Poyo said...

Huhuhu.. Betul ke ni Encik Kalam, ada pantang larang yang mengatakan xboleh ambik gambar kucing?
Serius ni first time dengar ada pantang larang camni.

Kalamtimur said...

hehehe gurau je... haha, barangkali kebetulan kucing2 yang difotokan oleh anak saya... ada yang terlanggar moto, sakit dan hilang..maklumlah dilepaskan tak letak dalam kurungan...

James Bond Abdullah said...

serius aku cakap..aku suka giler karekter desgn yg ko buat ni..rase cam nak blakon dlm citer ni..hehhe
...teruskan wahai sahabat..aku mmg minat hasil kerja lu :)