100% Gempakstarz
Dalam kemiskinan sebab gaji tak dapat lagi, aku dengan selamba temankan sayang aku ke Sungai Wang Plaza semata-mata nak tengok 100% Gempakstarz. Meriah jugak la event ni sebab aku berkesempatan mengikuti acara penyampaian hadiah bagi Peraduan Bakat Baru. Jumpa member-member yang dah lama tak jumpa (hidup lagi korang, aku ingat dah arwah dah macam arwah Mican). Dan yang paling sadis sekali, walaupun dibelenggu kemiskinan tegar, aku tetap membeli-belah komik-komik grafik terbaru yang ada dijual di situ dengan senyuman ala-ala Doraemon. Lalalala...
Irfan (Foner)
Nak ucapkan terima kasih daun keladi bunting buat pelukis komik Smash 20 sebab dengan eksen telah menghadiahkan aku senaskah komiknya. Aku sengaja letak gambar Irfan kat sini supaya korang kalau terjumpa dia kat mana-mana, boleh mintak komik free ke.. minta tandatangan ke.. minta air penerang hati pun boleh jugak kot. Anyway, tahniah atas kelahiran komik Smash 20. Silalah dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran mahupun berjauhan. (^_^)
Karakter Design
Aku dah cipta watak-watak yang akan aku gunakan dalam komik terbaru aku. Maybe akan ada lagi watak-watak tambahan macam nasik tambah menyusul semasa proses komik ini dihasilkan. InsyaALLAH, proposal akan dihantar kepada Encik Wanzu dan Encik Alif (Editor-editor Komik M) pada 25november ini. Kepada Encik Wanzu yang kacak macam Jalaluddin Hasan dan Encik Alif yang hensem macam Antonio Banderas, sila jangan reject proposal komik saya. sebab semalam saya terjumpa buku Death Note di tengah jalan. Jangan sampai saya tulis nama encik berdua di dalam buku itu. Ini bukan ugutan, tetapi sekadar nasihat yang membina. Wahahaha...
6 comments:
eh, apsal ada sesat komik oka kat situ? :p
kenapa kau tunjuk muka akoooouuu~!!!
arrghh.. benchik2.. tak suke taw..
Pehhh... siap ada death note. Siapa shinigami kau? Ryuuk? Hehehe!
irfan-- muke kau juga bakal berada di blog aku jugak nnti. hehehe.
poyo-- pergh.. aku suke design karakter kucing2 tu. hope citer dia leh beat kecemprengman yg menjadi pujaan aku tu.. huhuhu..
fazl..
Entahnya.. nyibuk je la OKA ni. Suka2 je nak interframe. (^_^)
Irfan..
Wahahaha.. Ni kira aku balas dendam dulu ko letak gambar aku kat blog ko. Hahaha.. Rasakan.. (^_^)
Wanzu..
Alamak! Encik Wanzu memberi komen sambil memberikan jelingan yang super tajam kepada aku. Huhuhu.. Takutnya..
Aman..
Bagus Aman, Ko juga mahu bersetongkol dengan aku yang jahat ini. Wahahaha.. Komik kucing ni aku letak title Jimi. Tagline dia "pengembaraan mencari ayah dan ibunya".
haha..kiut2~! tittle pon da kiut, karakter kiut. cool!
siri ni buat lebih2 sket poyo, bg 8-17 siri ke. baru puas baca.
(aku suh org je..komik sendiri x berjalan..huhuhu)
Post a Comment