Wednesday, January 20, 2010

Entri Pertama Tahun 2010

Dengan kalimah Bismillahirrahmannirrahim aku mulakan bicara entri untuk tahun 2010 ini. Yo! Wazzap-wazzap? Diharapkan korang semua ceria ala-ala ladybird yang bebas berterbangan di taman bunga. Alhamdulillah aku sihat walaupun korang tak tanya langsung tentang tahap kesihatan aku. Saja nak bagitahu aku sihat sebab aku kan peramah. Hehehe...

Maaf sebab lama sangat aku tak update blog ini. Aku sibuk dengan urusan duniawi. Sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan tahniah kat adik sedara aku (Iqmal dan pasangannya Lylie) sebab baru menimang cahaya mata pada 15 Januari yang lepas. Dapat baby girl yang diberi nama Alya Sofea. Comel kan, lebih kurang muka aku masa kecik-kecik (Hahaha.. asal comel je, semua sama macam muka aku)


Awal tahun ini Komik M melancarkan sebuah lagi komik 100% hasil anak tempatan. Aviasi Fantasi merupakan komik gabungan 2 tenaga adik beradik (Ceh! macam KRU pulak). Pelukisnya bernama Afiq manakala Nazry bertindak sebagai penulis. Berkisahkan tentang Hadi dan Aidil yang memasang impian mahu mengembara ke langit tinggi. Bagi mereka, mengembara ke langit adalah pengalaman yang indah. Namun ia tidak seperti yang dijangkakan. Ketika mereka sedang terbang di awan biru, mereka terserempak dengan sebuah kapal laut yang besar. Bermula dari kejadian aneh itu, pengembaraan yang indah bakal bertukar kepada pengembaraan yang penuh misteri. Hohoho.. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.

Aku dah baca komik Aviasi Fantasi dan aku suka story line dia. Berpaksikan pengembaraan fantasi tapi realiti yang akan diselubungi misteri macam paranormal activity membuat aku bagai menonton sebuah filem Adaptasi novel Stephen king. Wahahaha.. Sila dapatkan di kedai-kedai buku yang berdekatan mahupun berjauhan. Kalau tak jumpa, sila tanya pada taukeh kedai tersebut kat mana mereka sorokkan komik ini di kedai buku milik mereka. Di bawah ini aku lukis sebuah fan art gaya aku untuk komik Aviasi Fantasi. Layan...

2 comments:

Fazl said...

Adik-beradik penulis novel terkenal, Aisya Sofea tu ke? :p

Aman Wan said...

ahhhh...aku masih blom baca aviasi fantasi lg.. komen2 org yg dah baca membuatkn aku nak berlari2 ballet terus ke JB utk bersalam dgn adik beradik hebak nih!

ntah apa reaksi badan aku pulak lps baca komik ni nnti... misterii~