Sunday, May 9, 2010

Rindukan Insan Yang Telah Tiada..

Begitu banyak perkara yang aku kesali kerna tak dapat ku laksanakan ketika ibu masih hidup. Salah satunya disepanjang hayat ibu, tak pernah sekalipun aku berikan kad ucapan hari ibu kepadanya padahal aku telah dipinjamkan bakat melukis dari YANG MAHA ESA.

Setakat menghasilkan sekeping kad ucapan dengan tangan sendiri bagiku satu perkara yang amat mudah untuk ku lakukan tapi semuanya telah terlambat, Allah lebih sayangkan ibuku.

Air mata aku mengalir bila melihat seorang kawan menghadiahkan sekeping kad ucapan hari ibu kepada ibunya. Aku terlalu rindukan arwah ibu. Semoga Arwah ibu di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah..


Kepada kamu semua yang masih mempunyai insan bernama ibu, luangkan masa kamu untuknya sebelum kamu tidak berkesempatan seperti diriku. Kita tak terbalas jasanya walaupun nyawa kita dijadikan sebagai ganti.

3 comments:

Fazl said...

Orang pun tak pernah bagi kad ucapan hari ibu kat mak orang.

Anonymous said...

tapi arwah tetap tahu kau sayangkan dia

Terbaru : Dilemma Wanita Gorjes

Pnut said...

ermmm sebak la baca catatan ini dan meleleh air mata tgk video clip tu...