Thursday, July 29, 2010

Hari Untuk Aku Meminta Maaf Dan Kembali Berkhidmat


Assalamualaikum.. Sekali lagi dalam tempoh yang agak terlalu lama aku mengabaikan blog yang terlalu poyo ini, kini tiba masanya aku kembali membuat onar. Wahahavuvuzela.. Sure korang tertanya-tanya ke mana aku menghalimunankan diri. Maybe ada yang menyangka aku telah ditimpa kemalangan seperti dihimpap mesin padi mahupun mesin jahit. Alhamdulillah aku tak ditimpa apa-apa dan sihat sejahtera. Cuma kadang-kala di serang demam biasa-biasa sahaja.

Sepanjang aku menyepikan diri dari meng up-date blog ini, aku juga menyepikan diri dari aktiviti melukis. Tapi selepas tarikh 4 ogos nanti aku akan mula melukis semula. Sila anggap jeritan Kecempreng Man dalam gambar di atas adalah jeritan dari hati aku yang meronta-ronta untuk mula melukis semula. Terima kasih pada korang semua yang selalu bertanya tentang komik terbaru aku. Maafkan aku kerana membuat kamu semua menunggu terlalu lama. Tapi korang kena tunggu lagi sebab aku baru nak start melukis semula (^_^) Wahahuhuhu..

InsyaALLAH aku akan cuba siapkan secepat yang boleh supaya aku dapat menebus kesalahan aku membiarkan korang tertunggu-tunggu sampai korang terguling-guling macam tenggiling. Sebagai menutup kata, izinkan aku mengalunkan serangkap pantun yang bertema memohon maaf..

Pisau rambo hilang di rimba,
Ampunkan kamu penunggu gua! Ampunkan kami penunggu gua!..

7 comments:

kyrel said...

yeay!!! hip2 horey...hip2 hoorey...
[harap encik Kecemprengman sudi menjerit mengejutkan penduduk kampung Metro cyber bangun bersahur memandangkan bulan Ramadhan menjelang tiba..yea...(^____^) Wahahavuvuzela]

Poyo said...

Kyrel.. InsyaALLAH sepanjang bulan Ramadhan nanti, aku akan cuba meriahkan blog ini dengan entri2 yang berkaitan tentang bulan puasa (^_^)

Aman Wan said...

maafmu ku terima selepas munculnya Kecemprengman 3 sebelum 1/3 malam...

Poyo said...

Aman.. anggaplah gambar Kecempreng Man menjerit itu sebagai deposit dulu. Selebihnya akan ku langsai pabila tiba hari siapnya Kecemprang Man #3 nanti.

faizul darius said...

abang, ke mana abang menghilang, rindu tau..

Poyo said...

Adik.. saya bukan abang awak. Nanti saya bawa adik ke balai polis ek buat report pasal kehilangan abang adik tu.
"anak sapa la ni teputus hubungan ngan abang dia" kata diriku kepada diriku sendiri sambil menggaru kepala. (^_^)

Ki To said...

Bagus,kembali gak mu..Tak sabor nak lihat apo yang mu merapu di blog mu hari2..Rindu banget dong..