Monday, August 9, 2010

Hari Melawat Ikan-Ikan

Sabtu lepas aku dan sayang aku berjalan seiringan tanpa berpegangan tangan (haram pegang tangan bukan muhrim kita) ke Aquaria KLCC. Tujuan kami ke sana adalah untuk melihat keindahan alam lautan dan juga mengenali spesis-spesis ikan. Ucu aku cakap aku ni lemah mengenal spesis ikan. Jadi peluang melawat ke Aquaria ini takkan aku sia-siakan. Rupa-rupanya banyak spesis ikan yang tak pernah aku jumpa sebelum ini. Selalunya ikan yang aku jumpa antaranya ikan kembung, siakap dan gelama. Itupun yang telah digoreng oleh Ucu aku untuk dijadikan lauk makan malam.

Antara pengalaman menarik di Aquaria ialah melalui terowong dalam laut. Dalam terowong itu kita dapat melihat banyak spesis laut berenang gaya bebas di tepi dinding bumbung terowong. Bila ada ikan jerung yang besar seperti kapal selam melintas atas kepala aku, perasaan cuak mula timbul. Takut-takut ikan jerung tu ternampak aku yang berbadan gebu lagi menyelerakan. Buatnya di sondol bumbung terowong yang diperbuat dari kaca tu, sure akan menimbulkan suasana panic di dalam diri aku mahupun diri pengunjung yang lain. Namun, Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku pada hari itu.

Selepas penat melawat ikan, kami singgah ke kedai buku kinokuniya pula. At last aku jumpa juga buku yang dah sebulan lebih aku mencari dan tercari-cari. Jurnal tulisan Mohd Jayzuan. Bukunya saiz kecik boleh simpan dalam poket seluar mahupun seluar dalam. Yang penting ianya taklah setebal buku-buku novel yang lazimnya mesti melebihi 150 helai muka surat. Wahahaha.. memang kenalah dengan spesis pembaca macam aku yang tak boleh baca novel tebal-tebal sangat sebab aku mudah mengantuk kalau lama-lama tengok tulisan je tanpa apa-apa gambar. Berceritakan tentang pengalaman 28hari pengembaraan beliau mengelilingi Semenanjung Malaysia dangan selamba. Hanya berbekal gitar akustik, sebuah beg besar dan beberapa keping CD yang dirakamnya, hasil ihsan rakan-rakan membelanja makan serta memberi ruang untuk menumpang tidur mahupun berteduh sementara di rumah mereka, beliau bejaya menamatkan misi mengelilingi Semenanjung Malaysia. Memang kerja berani mati. Serius cakap, aku pun tak seberani beliau. Sebenarnya banyak yang beliau dapat dalam menyelesaikan misi tersebut. Nak tahu apa yang beliau dapat, sila la beli buku 28 hari: Jurnal Rock N Roll.

4 comments:

lavidalabelle said...

aku belum masuk lagi Aquaria kat KLCC. mesti meriah xD


comel je kamu panggil gf 'sayang aku' (^^)

Fazl said...

Boring la Aquaria. Tak ada kuda laut :p

Poyo said...

Belle..
Wahahaha.. memang meriah ikan-ikan tu kalau nampak kamu melawat mereka di sana (^_^)

Emi..
Eleh! kalau pun ada kuda laut, bukannya boleh ditunggang kuda laut itu (^_^)Wahahalalala..

Unknown said...

wahh..
tak sangka pula engkau juga meminati zine ini.
lukisan engkau comel.best jugak klaw wat zine :D