Thursday, September 9, 2010

Hip-Hip Hurey..

Alhamdulillah sekali lagi diberi peluang menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Kini tiba masanya menyambut hari kemenangan. Dalam kita bergumbira menyambut hari kemenangan, jangan la kita alpa mahupun terleka. Bagi mereka yang drive pulang ke kampung tak kira menggunakan jentera berkuasa kuda mahupun berkuasa gajah, sila berhati-hati di atas jalan raya. Sayangi nyawa anda dan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Buat mereka yang telah pergi dulu mendahului kita, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah. InsyaALLAH hari kita akan tiba juga nanti. Itu janji Yang Maha Esa kepada kita umatnya. Bagi yang belum menunaikan zakat fitrah, sila tunaikan tanggungjawab anda. Jangan pulak kata tak sempat, banyak je kaunter pungutan zakat dibuka merata-rata.

Raya tahun ini aku akan beraya sambil bertemankan pen, pensil, kertas, getah pemadam dan juga pembaris. Akan banyak menghabiskan masa beraya dalam bilik sendiri. Hope korang semua akan berhip-hip hurey beraya dengan insan-insan yang korang sayang. Sila buat lompatan hip-hip hurey macam gambar di bawah..
Untuk buat raya korang lebih berhip-hip hurey, jom dapatkan Komik-M Raya #1 dan #2 beserta komik Kad Raya Dari Syurga dan Baju Raya Dari Syurga di pasaran sekarang. Boleh anda membaca komik tentang sambutan hari raya sambil menunggu sanak-saudara dan sahabat-handai yang akan datang beraya di rumah anda.
Serius best..
Akhir kata buat korang semua, aku menyusun sepuluh jari tangan memohon maaf diatas kelazeran kata-kata yang tercoret diblog ini. Buat insan yang aku sayang.. Selamat hari raya dan selamat memakan kueh mama carey.

4 comments:

kyrel said...

wah.... lompatan itu telalu sukar la bagi saya....kalo lompat2 camtu nanti habis duit raya mahupun kuih raya yang di simpan dalam poket tu terkeluar nanti.... wah baju raya tahun ini berwarna merah jambu ya.. En. Poyo??? (^_______^) auww memang comel... hehehe... Selamat Hari Raya... Maaf Zahir & Batin \(n__n)/

Ki To said...

Selamat juga abang Poyo..Happy Eids...

Oka said...

Selamat hari raya, Poyo! :)

Poyo said...

Kyrel, Kito n OKA..
Selamat hari raya. Selamat beraya bersama family tercinta (^_^)