Monday, January 3, 2011

Tendangan Padu Gaban Untuk 2010

Wacca!. Selamat tahun baru buat korang semua. Mesti 2010 meninggalkan banyak kenangan terindah bagi mereka-mereka yang berjaya mencapai azam mereka. Golongan yang tak tercapai azamnya macam aku ni nampaknya kena membuat azam baru sempena tahun baru.

Azam 2011 aku cukup simple, mahu melipat-lipat-lipat kali gandakan kapasiti income pendapatan bersih disamping menjalankan kempen berjimat-cermat. kalau azam ini berjaya aku laksanakan, nescaya segala apa yang aku plan untuk tahun 2011 pasti sukses. Lubang-lubang untuk menghasilkan duit telah dikenal pasti. Sekarang tibalah masanya untuk mengerah tulang empat kerat berserta idea-idea super yang lahir dari otak.

Harap banyak kenangan yang manis-manis dalam tahun 2011 ini. Opss! sempena tahun baru, Ucu aku pun bela kucing baru bagi menggantikan arwah Mican. Bulat namanya, sangat cumel. bertelinga besar, bermuka Pink Panther.

4 comments:

eMi mLi said...

Tak bulat pun :p

Poyo said...

Mybe sebab mata dia bulat kot (^_^)

i.am.belle said...

2011 sesuai utk acara makan 'nasi minyak'.

kucing tu apsal kuruih? eow

Poyo said...

Belle..
2011 bukan untuk acara makan nasi minyak, tapi acara cari duit untuk makan nasi minyak. Wahahalalala..

Nampak je kurus tapi kucing ni kuat makan tau..