28mei ini bertempat di Perpustakaan Negara akan berlangsung secara live Anugerah Pekomik 2011. Acara akan bermula jam 9pagi dan yang paling ditunggu-tunggu, siapalah agaknya calon finalis yang akan merangkul anugerah tahun ini. Marilah kita sama-sama memeriahkan dengan menghadirkan diri ke Perpustakaan Negara. Jangan risau, walaupun harga minyak naik lagi, anda tetap tidak dikenakan sebarang bayaran untuk masuk ke majlis ini. Dalam erti kata lain, MASUK PERCUMA. Nak minta autograf mahupun bergambar dengan pelukis-pelukis komik pun tak akan dikenakan apa-apa bayaran. Dengar cerita, di sana nanti juga ada jualan komik dan macam-macam lagi (yang ini tak percuma, kena beli). Hehehehe... Kita jumpa di sana.. di sana.. di sana..
Bulan mei ini aku cuba mengfokuskan diri melukis seberapa banyak page untuk komik-komik yang terbengkalai tak siap-siap. Memang agak mencabar untuk melunaskan tanggungjawab ini. Bulan seterusnya pun akan begitu juga hinggalah siap salah satu komik yang terbengkalai itu.Setelah melihat trailer filem Kongsi yang nampak macam 'rare', ditambah pujukan 'peminat Sam'. Maka terjerumuslah aku pergi menonton kongsi di pawagam. Ha.. ha.. ha.. itulah respon aku selepas menonton filem itu. Plot cerita longgar. Tapi apa nak dikisahkan, Kutipan hari pertama filem ini ditayang di pawagam pun sudah RM 1.08 juta.

Serius, mamat ni la yang buat mata aku boleh tengok filem Kongsi tanpa rasa ngantuk. Sila beri tepukan 5 star untuk beliau.. clap! clap!


2 comments:
Clap! Clap! kerana ada anugerah Pekomik. Kau finalist tak? If yes, good luck :D
Hehehe.. Finalist tidak, awallist pun tidak. Jom sama-sama memeriah careykan 28mei ini (^_^)
Post a Comment