Wednesday, February 16, 2011

Di Mana Ada Hantu?

Hehehe.. Aku memang suka tengok filem seram. Mungkin setelah berasa agak puas hati dengan filem-filem seram melayu kebelakangan ini yang sempat aku tonton iaitu ngangkung, Hantu Kak Limah balik rumah dan khurafat, aku layan lagi sebuah filem seram melayu tetapi diarahkan oleh pengarah berbangsa cina.

Sini Ada Hantu.. buah tangan James Lee yang mengangkat kisah hubungan hantu dan manusia dalam kronologi yang unik. Ia diolah kepada 4 kisah di mana salah satunya menjadi bingkai untuk 3 kisah hantu yang lain. 3 kisah hantu ini pula dipecahkan berdasar jenis hantu iaitu hantu melayu, hantu cina dan hantu international. Menarik bukan?

Kisah hantu pertama : Bingkai cerita Sini Ada Hantu

Ah Meng dan Bakri yang terpaksa menerima tugas mencabar iaitu menghantar mayat ayah majikan tempat mereka berkerja di waktu malam padahal mereka bukan pekerja van mayat yang profesional. Setelah diumpan dengan bayaran overtime yang lumayan akhirnya mereka tewas dan di sinilah bermulanya perjalanan panjang mereka berdua bertemankan mayat di dalam van.

Sudah tahu ada mayat di dalam van, boleh pulak mamat dua orang ni bantai bercerita pasal hantu bagi menghilangkan rasa boring. Tetapi watak Ah Meng (Alvin Wong) dengan Bakri (Baki Zainal) ni memang kelakar selamba. Aku boleh beri anugerah pelakon komedi masa hadapan kepada mereka berdua. Korang mahu tahu cerita hantu apa yang mereka bualkan pada malam itu...

Hantu Pokok Pisang (Hantu Melayu)

Zam (Sufian Muhamed) yang menaruh hati kepada Noraini (Eira Syazira), walaupun tahu Noraini kekasih Farid (Beto Kushairy). Untuk memenangi hati Noraini, Zam sanggup menggunakan hantu pokok pisang (Fasha Sandra) untuk memenuhi hajat beliau. Teringat scene waktu Fasha Sandra bertukar menjadi hantu yang hodoh bila kain berwarna merah yang diikat pada pokok pisang diputuskan.

Hantu Nombor Ekor (Hantu Cina)

Kisah John (Pete Teo) yang berhutang keliling pinggang, bersama 3 rakannya memuja roh untuk meminta nombor ekor berpandukan petua pak cik nya yang sedang nazak. Kerana kesilapan step memuja roh, mereka berempat diganggu roh tersebut. Lebih teruk lagi apabila perasaan tamak haloba menguasai diri, perasaan peri kemanusiaan sudah hilang dan akibatnya....

Hantu Asrama (Hantu International)

Yacob (Mohd Qhaud) yang baru bertukar ke sekolah berasrama penuh, di mana rakan-rakan sebiliknya semua takutkan hantu askar Jepun yang selalu berkawat di gelanggang tenis sekolah pada waktu malam. Tiada seorang pun yang berani pergi ke tandas pada waktu malam. Kalau sudah tak tahan sangat, mereka akan membuang air kecil atau besar di dalam plastik sahaja. Bagi aku, kisah ini yang paling kelakar berbanding 2kisah sebelum ini.

Yup, korang sure pernah dengar komik antologi. Bagi aku filem Sini Ada hantu adalah sebuah filem antologi. Aku ketawa terbahak-bahak bila Ah Meng dan Bakri berdebat mengenai keheibatan hantu melayu dengan hantu cina. Kesimpulannya? hantu melayu boleh dipegang, hantu cina tidak boleh. Rasa best sebab ada filem macam ini di mana beza di antara kaum dalam negara kita dapat diutarakan dengan cara yang menggembirakan kita semua. Berjayakan Ah Meng dan Bakri menghantar mayat ayah majikannya ke destinasi yang di arahkan? Korang pergilah menonton sendiri filem ini .

Friday, February 4, 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Mungkin korang hari ini akan terperanjat besar bila menatap akhbar tempatan berhubung berita pengakuan Ahmad Dhani tentang anak dalam perut Mulan. Tetapi aku sikit pun tak terperanjat sebab baru je semalam Dhani datang ke rumah aku. Dahsyat kan.. Sebenarnya aku la yang patut terperanjat kalau Ahmad Dhani betul-betul datang ke rumah aku. Apa kerja pulak dia bersusah payah nak datang berjumpa aku.

Ahh! lupakan lah tentang cerita Ahmad Dhani bersama bayi dalam kandungan Mulan itu. Aku cuma mahu mendengar berita album baru Dewa 19 sahaja dari beliau. Cerita Mulan mengandung anak beliau atau kucing beliau mengandung anak kucing jiran sebelah rumah beliau langsung aku tak ambil port.

Sebelum itu izinkan aku mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada korang yang layak menyambutnya. Maaf zahir batin dari aku. Sambutan tahun baru cina tahun ini, aku dapat makan banyak buah limau dan dapat cuti yang agak panjang. Jadi aku menggunakan cuti yang diberikan dengan penuh efiksyen sekali.

Ya.. begitulah cara aku menghabiskan hari cuti aku dengan efiksyen sekali.

Sempena tahun baru cina ini, rasanya lebih molek korang dapatkan komik terbaru dari Komik-M. Aku, kau & Facebook menghimpunkan 11buah komik yang berkaitan dengan Facebook. Bertambah bestnya lagi sebab ada komik dari pelukis tahap legend iaitu Tembakau yang terkenal dengan komik Kartini. Mark Zuckerberg sendiri pernah berkata " tak guna korang ada akaun Facebook kalau korang masih tak memiliki komik Antologi Aku, Kau & Facebook"