Sidang jumaat yang dirahmati allah sekalian,
Marilah kita mempertingkatkan ketakwaan kita kepada allah s.w.t dengan menunaikan segala perintahnya dan menjauhkan diri daripada segala larangannya,mudah-mudahan kita tergolong didalam golongan orang yang paling bertakwa.
Sidang jumaat yang dihormati allah,
Mengimbau kembali sirah nabawi, terdapat tiga perjalanan yang sangat penting:-
Pertama- Perjalanan hijrah rasulullah s.a.w dari mekah ke- madinah , perjalanan yang sangat membuka lembaran baru islam,merialisasikan islam sebagai agama sarwa jagat, kerana pentingnya sejarah itu, itu telah diabadikan sebagai tarikh permulaan takwim islam.
Kedua- Perjalanan haji wadak (haji perpisahan), yang memberi tanda penguasaan kaum muslim sepenuhnya keatas kota suci Mekah.
ketiga- Perjalanan israk dan mikraj, perjalanan kemuncak seorang hamba, kearah kesempurnaan rohaninya yang direncanakan oleh khaliqnya. Perjalanan yang penuh hikmah dan berkat menuju kesempurnaan yang abadi. Penganugerahan solat sebagai punca nur (cahaya) rabbani kepada hambanya.
Peristiwa israk dan mikraj, dilatari dan didahului oleh peristiwa-peristiwa lain yang sangat menyulitkan kehidupan rasulullah s.a.w dan pengikutnya. Peristiwa pemulauan ( ) menyeluruh tajaan quraish dan kuncu-kuncunya terhadap bani hasim dan bani abdul mutalib selama tiga tahun, hampir-hampir memusnahkan kehidupan kaum muslimin.
Setelah duka nestafa itu berlalu,terjadi pula peristiwa kedua iaitu kematian abu talib, bapa saudaranya. Dan saidatina khadijah isteri rasulullah s.a.w tersayang.Ketiadaan kedua-dua mereka itu, mendedahkan diri rasulullah dan pengikutnya yang sedikit itu kepada perbuatan melampau quraish dan kafir yang lain.
Peristiwa israk mikraj yang datang selepas itu,adalah sebagai salah satu dari cara allah s.w.t meringankan tekanan bebanan keatas diri rasulullah s.a.w. Kiranya dibumi baginda dihina sedemikian rupa oleh kaumnya sendiri, tetapi baginda dibawa kealam langit, alam roh dan alam malaikat, yang diberi sepenuh sambutan kehormatan dan kemuliaan.
Sidang jumaat yang berbahagia,
Peristiwa mulia ini ,berlaku dalam dua fasa perjalanan.Fasa bumi: dari masjid al-haran di Mekah merentasi perlembahan ........................, tempat berlakunya dialog antara Musa a.s dan Allah s.w.t serta tempat kelahiran Nabi Isa a.s di Baitul Laham.
Fasa langit: Dari masjid al-aksho di palestin, naik kelangit pertama, kedua, ketiga dan seterusnya ke sidratul muntaha, disitulah allah s.w.t menyampaikan kepada baginda segala apa yang telah disampaikan, antaranya kewajipan solat lima waktu sehari semalam.
Tatkala rasulullah s.a.w tiba di baitul makdis, baginda disebut oleh semua para nabi dan rasulu dengan didahului oleh nabi ibrahim,nabi musa dan nabi isa a.s. Baginda mengimami solat berjamaah disitu. Para ulamak menghuraikan peristiwa itu sebagai simbolik penyerahan kuasa dunia kepada kepimpinan muhammad rasulullah s.a.w, perpindahan risalah dari nabi israil kepada nabi ismail, perpindahan ibu kota pemerintahan dari baitul makdis kepada makratul mukarramah.
Dalam peristiwa mikraj pula, baginda dibawa merentasi langit demi langit untuk mengadap allah s.w.t ke sidratul muntaha.
Rasulullah s.a.w menghampirkan diri kehadrat allah s.w.t dengan penuh hormat takzim baginda mengucapkan:
(Segala penghormatan,kemuliaan dan keagungan hanyalah milik allah).
Dengan jawapan yang kudus,allah s.w.t berfirman: Dengan kalimah-kalimah yang penuh khusyuk dan syahdu rasulullah s.a.w mengucapkan:
Para malaikat serentak mendoakan:
Ungkapan bersejarah ini kemudian diabaikan sebagai bacaan tasyahud dalam solat.
Kembara mikraj seterusnya,baginda dibawa pula ke alam barzak. Di alam ini baginda melihat berbagai perkara seperti yang selalu dipaparkan dalam peristiwa israk dan mikraj.
Begitulah allah s.w.t memaparkan kepada nabi kita gambaran masa lepas, masa sekarang dan masa akan datang.Dan allah s.w.t memaparkan perkara-perkara nyata dan ngaib, segala-galanya dilihat baginda secara ainul yakin untuk dibawa perkhabarannya kepada umat. Firman allah s.w.t :
"Demi sesungguhnya! , kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (Ingatlah), demi sesungguhnya kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu demi sesungguhnya kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan kedalamnya),selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu,tentang segala nikmat (yang kamu telah nikmati".
(At-Thakasur ayat 5-8)
Sidang jumaat yang dirahmati allah,
Begitulah inti pati perjalanan israk dan mikraj.Mukjizat yang allah s.w.t kurniakan hanya kepada kekasihnya muhammad s.a.w. Perjalanan yang penuh hikmah dan berkat menuju kesempurnaan, menerima anugerah dan tanggungjawab "Solat" untuk cenderhati kepada umatnya yang bercinta, hasil dari perjalanan yang kudus itu.
Kesimpulannya, ada beberapa urutan dalam perjalanan rasulullah s.a.w ini:
Pertama: Adanya penderitaan dalam perjuangan yang tergarap dalam bentuk kesabaran.
Kedua: Kesabaran rasulullah s.a.w telah dianugerahi dengan perjalanan israk dan mikraj.
Ketiga : Solat menjadi kekuatan buat rasulullah s.a.w dan umatnya untuk bangkit menuju kejayaan dan kemenangan abadi.
Ketiga-tiga hal ini terangkul dengan saat indah dalam al-quran.
"Dan mintalah pertolongan (kepada allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat,dan sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadanya".
Ya-allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa , kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah,tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
No comments:
Post a Comment