Tuesday, October 21, 2008

Saya Mahu Ke England!


'Saya mahu ke England'
MOURINHO bercadang kembali jadi pengurus kelab Liga Perdana England.

ROM - Jose Mourinho mengakui, dia bercadang kembali menjadi pengurus kelab Liga Perdana England apabila tugasnya sebagai jurulatih Inter Milan berakhir.

"Saya sukakan Liga Perdana England dan sudah tentu saya akan kembali suatu hari nanti," kata bekas pengurus Chelsea itu selepas skuad kendaliannya menang 4-0 ke atas AS Roma dalam saingan Serie A kelmarin.

Bagaimanapun Mourinho menafikan laporan media yang mengaitkannya dengan Liverpool.
"Saya fikir itu adalah apa yang ingin saya lakukan selepas Inter.
"Semua orang bercakap bahawa saya mahu pergi ke Sepanyol dan ada yang mengatakan saya mahu menjadi jurulatih pasukan kebangsaan Portugal.
"Ia tidak betul. Saya mahu kembali ke England selepas Inter."

Namun pengurus berusia 45 tahun itu berkata, dia tidak bercadang untuk berpindah dalam tempoh terdekat.

"Saya masih mempunyai kontrak di Inter. Saya gembira bersama Inter," katanya.

Mourinho membantu Chelsea memenangi gelaran Liga Perdana England pada musim 2005 dan 2006 selepas membimbing Porto memenangi trofi Liga Juara-Juara pada tahun 2004.
Aku memang menanti sangat la Mamat Mourinho ni balik jadi pengurus kelab-kelab di England. Mesti smart gile macam mana dia mengurus kelab Chelsea dulu. Aku suka stail dia dengan mulut takde insuran dan suka cari pasal dengan pengurus kelab lain. Kagum beb! dengan kemahiran dia mengubah kelab Chelsea dari Zero to Hero.

No comments: