Friday, November 27, 2009

Ucapan Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha untuk semua. Aku doakan korang sihat sejahtera menyambut Aidil Adha dalam keadaan happy tapi penuh dengan rasa kesyukuran. Doakan juga para Jemaah Haji di Tanah Suci sana dapat melaksanakan ibadah haji diorang dengan sempurna.

Di kala aku mendengar suara gema takbir buat aku teringat pada arwah ayah dan arwah ibu. Serius aku rindu pada diorang. Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka berdua. Buat insan yang aku sayang, Sila ciumkan pipi mak awak untuk saya ek. Sampaikan salam saya kat kedua orang tua awak dan adik beradik awak. Dengan rasa tak malunya saya cakap.. saya sayang awak lebih dari saya sayang nyawa saya sendiri.

Pada korang yang selalu membuat lawatan mahupun rombongan Cik Kiah kat blog aku ni pun aku dengan perasaan sedikit eksen mengucapkan selamat hari raya . Maaflah kalau ada bahasa yang aku tulis dalam blog ini membuatkan hidup korang rasa terancam ataupun membuatkan kehidupan korang berubah secara drastik dan ekfisyen. Maaf lagi sekali sebab entri kali ini super pendek. Aku tengah busy bagi lembu ni makan rumput. Nak bagi makan sampai lembu ni jadi super gemuk. Baru la sesuai nak wat daging korban nanti. Hehehehe..

7 comments:

Al Quds Travel said...

Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!

Unknown said...

selamat hari raya aidil adha...

Fazl said...

salam Aidil Adha :)

lavidalabelle said...

kurus kedi jer lembu tu. ceh. mari kita buat poyo jd daging kurban. ops... larik! xD


selamat beraya

Shamsudin said...

nak mintak kebenran encik poyo sebab saya nak buat fan art komik kecemprengman? versi saya? boleh tak?

faizul darius said...

hembekkk....

Poyo said...

Al Quds Travel.. Hohoho.. Siap ada iklan pakej pelancongan lagi gitu.

Mellmerah.. Salam Aidil Adha jugak (^_^) Banyak dapat daging kurban?

Fazl.. Salam Aidil Adha jugak kat kamu yang cumil.

Belle.. Lembu tu kata, biar kurus asalkan berwajah hensem seperti Johnny Depp (^_^) Wahahahalalala..

Sham.. Boleh sesangat la Encik Sham oii.. Amat-amat digalakkan. (^_^) Sham, Wat la komik.

Faizul.. mbeekk..