Friday, December 4, 2009

Pengalaman Berkhatan

Sempena musim cuti sekolah ini, ramai di kalangan ibu bapa mengambil kesempatan mengkhatankan anak-anak mereka. So aku pun rasa macam terpanggil untuk berkongsi pengalaman berkhatan aku pada korang. Diharap pengalaman yang akan aku ceritakan ini boleh dijadikan motivasi diri bagi mereka yang masih belum berkhatan lagi.

Seingat aku la, aku dikhatankan semasa darjah 5. Berkhatan secara beramai-ramai dengan anak-anak pekerja anjuran tempat arwah abah aku berkerja. Semasa nak berkhatan tu, banyak la suara sumbang-mambang menyakat bagi tujuan menakut-nakutkan aku. Diorang kata berkhatan ni guna kapak besar la, ada juga yang kata guna pedang laser Darth Vader la dan ada yang lagi sadis kata guna mesin tebang pokok balak. Huhuhu.. Anyway aku sikit pun tak rasa gentar dengan cubaan-cubaan meracuni minda yang boleh membuat aku rasa tak jadi nak berkhatan.

Aku berkhatan di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Tukang khatannya seorang doktor lelaki berbangsa cina tapi ada nurse pembantu berjantina Perempuan. Perasaan aku waktu tu sama dengan perasaan mangsa nak kena rogol. Dah tu tambah pulak rasa malu pada nurse perempuan tu. Tak pasal-pasal nurse tu free-free je dapat tengok aku punya. Dem sungguh.. Aku amat-amat mental down ketika itu.

Doktor suruh aku baring atas katil dan pelan-pelan tangan dia selak kain aku. Hohoho.. perasaan aku masa tu seperti mengalami gangguan seksual bila nurse tu senyum-senyum tengok aku punya. Tapi apakan daya, aku tiada kudrat untuk melawan. Semasa operasi memotong, aku tak rasa sakit sangat sebab dah kena bius. Ala.. rasa sakit sikit-sikit je ala-ala digigit angsa gitu. Tapi bila dah sampai di rumah, ubat bius tu pun dah abis power. Aku rasa sakit macam nak mati. Untuk mengurangkan kesan kesakitan tu, aku pura-pura memengsankan diri sendiri. (^_^)

Kehidupan lepas berkhatan amat menyedihkan terutama bab makanan sebab aku kena berpantang macam orang perempuan lepas bersalin. Jalan pun terkengkang-kengkang sambil pegang kain. Kalau tergesel je aku punya tu kat kain, terasa macam nak jerit sambil bertukar menjadi Optimus Prime. Serius rasa ngilu sangat. Bab buang air kecil pun seksa jugak sebab air kencing tu keluar macam air pancut kat KLCC bercabang-cabang.

Sebab aku berkelakuan baik dan tak langgar pantang, seminggu je aku dah baik berkhatan. Dah boleh pakai seluar siap boleh beraksi seperti Frank Lampard mengambil free kick di padang bola. Perasaan pun dah berubah macam orang dewasa sikit so dah mula pandai mengurat anak dara sebelah rumah ketika itu. Wahahaha.. itulah serba sedikit pengalaman berkhatan yang aku alami suatu ketika dulu. Jom kongsi pengalaman berkhatan korang pula.

11 comments:

Anonymous said...

saya berkhatan lmbt skt drp org len gara-gara mendapat penyakit hernia kat bwh prt. So kira alang2 nak operate, khatankan sekali. Disebabkan penyakit tu juga, sy dipaksa berpantang selama sebulan. Pastu tak boleh buat aktiviti lasak untuk setahun dua. X sangka semua tu dah berlalu akhirnya. Huhuhu...

Mior Khabir Zikri said...

Saya khatan di rumah saja. Orang lain jahit sekali, saya jahit 2 kali.

Doktor kata badan saya kuat antibodi. Ubat bius cepat hilang. Itu sebab saya terasa sakitnya tu lantas menjerit meminta dijauhkan dari si doktor dan peralatannya tu. Terpaksalah doktor tu pulang.

Keesokan harinya Abah saya panggil doktor tu lagi sebab pendarahan berlaku dan perlu jahitan kedua. Berbekalkan beberapa jarum suntikan yang lebih banyak dari hari sebelumnya, doktor tu berjaya juga menyiapkan tugasnya.

Kehidupan lepas berkhatan pula lebih kurang Tuan Jefferi saja. :)

Shamsudin said...

saya khatan darjah lima gak...bilda dah khatan saya dilayan bak raja..apa yang di hendaki semua dapat..huhuhuhuhuhuh anak bongsulah katakan...

Oh! Media said...

"perasaan aku masa tu seperti mengalami gangguan seksual bila nurse tu senyum-senyum tengok aku punya. "

Gua tak boleh terima kenyataan kat atas ni.. hahahaha... nice entri.. pengalaman kita semua lebih kurang sama je.. Weee!

- Khai | 1st time here

Komik-M said...

Nanti kita buat komik antologi Aku, Kau & Khatan/Sunat cuti sekolah tahun hadapan hahahaha!

Mior Khabir Zikri said...

Tuanzu, nanti nak buat, jangan lupa panggil!

Poyo said...

eym..
Alhamdulilllah Sampai sekarang lum pernah kena penyakit hernia tu. Eh! tumpang bertanya, Penyakit hernia tu penyakit ape? (^_^) sambil garu2 kepala..

Han ri..
Masa awal2 baca tadi ingat doktor tu jahit dua kali sebab benang doktor tu dah habis. So doktor tu terpaksa gi kedai beli benang. wahahahalalala.. Anyway, thank coz sudi kongsi pengalaman (^_^)

Shamsudin..
Hahaha.. Rugi kamu tak mintak nak kawen masa lepas khatan. kalau tak, sure hajat tu mak abah tunaikan (^_^)

Khai..
Wahahaha.. sama pengalaman? part nurse jeling2 tu ke.. Hehehe.. nasib kita serupa.

Wauzu..
Best idea tu. Aku memang xsabar-sabar nak lukis watak nurse tu dengan jelingan Makrifatnya yang menakutkan. Huhuhu..

Mellmerah..
Nape ni? kena geget angsa ke.. (^_^)

Anonymous said...

susah jgk nak explain. Dengarnya hernia ni sejenis penyakit dimana wayar/tali dalam perut terlebih panjang. Jadi ia perlu dipotong pendek melalui pembedahan. Baru ari tu sy terbaca dalam wikipedia bahawa penyakit ni blh membw maut sekiranya tidak dirawat tetapi ambil masa la dalam beberapa tahun. Sy kena masa umur 3 tahun, operate masa tgktn 2. Alhamdulillah skrg sy sihat walafiat:).

Poyo said...

Peh! Maut beb dengar penyakit macam ni. Dengar nama penyakit ni pun da buat tali perut rasa kecut. Huhuhu..

faizul darius said...

eh eh...

Poyo said...

Faizul..
xpe, aku tahu ko xde pengalaman berkhatan. Huhu! masih belum terlambat utk ko berkhatan (^_^)