Thursday, December 24, 2009

Promosi Jualan Kembali Ke Sekolah

Menurut sumber yang boleh dipercayai dari Encik Wanzu (Editor Komik M), Komik Antologi Aku, Kau & Komik #1 & #2 telah siap dicetak dah sudah berada dalam stor buku PTS di Batu Caves dan sekarang sedang dipunggah ke dalam lori bagi diagih-agihkan ke seluruh kedai-kedai buku di Malaysia. Harganya memang cukup murah kalau nak dibandingkan dengan sepasang kasut sekolah. Kepada ibu dan bapa semua, belikan lah komik ini untuk anak-anak anda yang mahu kembali ke sekolah kerana komik ini diterbitkan khas untuk mereka. Ada macam-macam komik dalam komik ini. Ada yang sedih, ada yang kelakar, ada yang menyayat hati macam Drama Nur Kasih (Hahaha.. Aku tak pernah tengok pun drama ini) dan macam-macam lagi. Memang berbaloi kalau dibeli. Nasib baik Encik Amy Search takde, kalau tak aku dah suruh Encik Amy Search tolong sebutkan berkataan berbaloi-baloi untuk korang semua. wahahaha..

Aku sekarang on duty menyiapkan komik 10page bagi Antologi Komik Aku, kau & bola pula. Komik ini akan diterbitkan sempena World cup 2010 di Afrika nanti. Title komik aku ni bertajuk Kasut Bola. Kalau boleh aku nak tujukan komik ni khas untuk dibaca oleh Encik Didier Drogba yang akan mewakili pasukan dari Ivory Coast. Aku harap Encik Didier Drogba akan faham bila baca komik ini sebab komik ini berbahasa Malaysia.

Malam tadi aku lepak restoran maplai kejap, kononnya nak pekena milo tarik. Tapi tuan empunya Restoran itu pasang DVD cap cetak rompak filem Avatar yang aku nak tengok kat panggung wayang hujung minggu nanti. So aku pun tertengok la. Memang spoil la Restoran maplai ni. Rasa badan aku pun nak bertukar warna biru macam makhluk di atas. Damn.. Saja je nak bagi aku terliur.

7 comments:

Shamsudin said...

saya tengah tengok movie nih hehehehe..

wah preview komik kecempreng men...hehe

saya pernah cakap kat encik poyo nak buat fanart komik kecemprengman kan...tapi sampai sakng tak mula2....haha kalau nak tahu saya belum lagipun beli komik kecemprengmen hanya sekadar belek2 di kedai buku...hehehe tapi konsep dia saya suka walaupun tidak pernah membeli komik ini...baca habis pun belum lagi...

tpi saya akan sedaya upaya nak buat jugak komik fanart kecemprengman.....idea dan ada dah dalam kepala, cuma tunggu masa sesuai nak di terjemahkan ke atas kertas...hahaa

anyway good luck encik poyo!

Poyo said...

Wahahaha.. sungguh terharu beb dengar pengakuan ikhlas dari kamu yang sungguh ikhlas di malam krismas ini. Hope tauke kedai buku tempat kamu selalu belek2 komik ni tak marah-marah kamu sebab selalu curi2 baca kat kedai dia (^_^)

by the way, thank sebab sudi belek2komik ni. Serius, aku amat teruja menanti fan art dari mu..

Aman Wan said...

aku lebih teruja kalau kecemprengman diteruskan... kan best klu dpt baca kecemprengman 3... *cucuk tanah*

Poyo said...

Aman..
Tangan ku dah keras dan tak reti dah nak lukis watak Kecempreng Man. (^_^)

Fazl said...

Lawanya cover komik kat atas tu!

Poyo said...

Memang covernya tersangat lawa macam kamu jugak. (^_^)
Pelukisnya.. Encik Jimi

cicak said...

Napa laa komik2 ni tak di jual (atau susah nak cari) kat Sabah? Isk isk isk....