Tuesday, February 24, 2009

Who Wants To Be Slumdog Millionaire

Serius cakap la, aku dah tengok sebuah filem yang bagus untuk opening 2009 ni. Slumdog Millionaire arahan pengarah dari Australia, Danny Boyle yang diadaptasi dari novel Q & A, karya Vikas Swarup, Diplomat Kerajaan India.

Kisah tentang kelamnya kemiskinan terurai dalam nasib hidup Jamal K. Malik, Berlatar belakangkan sebuah kawasan penduduk miskin tegar di Mumbai, India. Jamal diberi peluang mengubah nasib hidupnya dengan menyertai Who Wants To Be A Millionaire bagi merebut hadiah 20 juta rupee.

Kemunculan Jamal dalam realiti show itu menimbulkan polemik kerana dia berjaya menjawab semua soalan dengan betul - cuma satu soalan sahaja lagi sebelum beliau memenangi pertandingan tersebut.

Hal ini menyebabkan Jamal ditahan pihak berkuasa kerana disyaki menipu. Hakikatnya, jawapan bagi kesemua soalan tersebut diketahui oleh Jamal berdasarkan pengalaman hidupnya. Dan tujuan utama Jamal menyertai rancangan tersebut adalah semata-mata untuk berhubung dengan kekasihnya Latika.

Cuma hati aku terguris tentang watak abang kepada Jamal iaitu Salim sebagai seorang Islam sedikit sebanyak mencalarkan imej Islam tu sendiri. Scane Salim sedang menunaikan solat. Dalam masa yang sama Salim tetap melakukan kejahatan/jenayah. Itulah persepsi buruk filem Barat yang didogmakan kepada umat Islam. Damn..

Lebih hebat lagi, Filem Slumdog Millionaire merangkul lapan anugerah Oscar daripada 10 yang dicalonkan. Ketogeri yang dimenangi ialah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakonlayar Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik, Suntingan Bunyi Terbaik, Adunan Bunyi Terbaik, Skor Muzik Terbaik dan Lagu Terbaik.

Aku paling suka watak Jamal K. Malik ketika kecil lakonan Azharuddin Ismail yang memang superb habis. Scane Jamal terjun kolam najis sebab nak dapat autograf Amitabh Bachan akan aku ingat sampai mati. Kalau korang tak caya, baik korang tengok sendiri. Hehehe..

Monday, February 23, 2009

Aku Dan Lift


Hampir setiap hari aku rasa nak nangis bila time naik lift kat bangunan opis tempat aku bekerja. Macam mana aku tak nangis, setiap pagi tubuh aku yang comel lagi suci ini akan berhimpit-himpit dengan bermacam spesis manusia di dalam lift. Kenapa la diorang semua ni tak datang awal sikit. Kalau tak takde la aku bersesak-sesak naik lift dengan diorang. kadang-kadang aku berdoa agar dikurniakan superpower cam spiderman yang boleh panjat bangunan. Tak payah la aku susah-susah naik lift lagi. Huhuhu..

:minimo_29:

Sunday, February 22, 2009

Teka-Teki-Teku

Member opis aku ada memberi satu teka-teki menguji minda kepada aku. teka-tekinya berbunyi begini..

Dalam banyak-banyak syiling, syiling apa yang paling gelap?

Berbuih-buih jugak la otak aku mencari jawapan tapi tak dapat-dapat jugak. Lastly aku surender je dan bertanyakan apa jawapan sebenar teka-teki itu. Lalu member aku dengan senyum itik berkata " dalam banyak-banyak syiling,

syiling yang paling gelap ialah...


Aku cukup berterima kasih pada Tony Jaa dalam filem Ong Bak 2 kerana sudi mengajar aku cara-cara tinju siam yang paling praktikal untuk dijadikan hadiah istimewa buat teman aku yang baru saja memberikan jawapan bagi teka-teki yang cukup menghiburkan tadi... Hahahaha..

p/s : Aku dulu pun suka gak lukis kartun pasal teka-teki.. (^_^)

Tuesday, February 17, 2009

Ong Bak Part 3

Sambung lagi cerita pasal Filem Ong Bak. Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, Tony Jaa (Pengarah & pelakon) telah memulakan pengambaran untuk sekual Filem Ong Bak yang ke 3. Pengambaran yang telah bermula selepas sambutan Tahun Baru Cina yang lepas dan di jangka siap sebelum penghujung tahun 2009.

Lebih banyak fighting tahap Dewa akan disajikan dalam Ong Bak part3. Ada juga Khabar-Khabar angin yang mengatakan Ong Bak part 4 akan menyusul selepas itu yang turut membabitkan pelakon terkenal Jackie Chan.

Peh!.. cergas gile Tony Jaa ni bikin sekual filem Ong Bak.

Saturday, February 14, 2009

The Making Of Herol Izwan : Round 7

Hahahaha..!! Serius cakap la. Aku memang tak terer lukis karton watak perempuan. Buat masa ni aku masih tercari-cari gaya yang paling selesa bila melukis insan yang dijadikan Allah untuk kaum Adam ni. Kat atas ni adalah salah satu watak perempuan yang terdapat dalam Komik Herol Izwan nanti. Awal-awal lagi aku nak minta maaf pada semua sebab takut ada yang sakit mata bila tengok keburukan watak perempuan yang aku lukis dalam komik Herol Izwan nanti... Sesungguhnya yang baik, cantik, indah semuanya datang dari Allah dan yang buruk datangnya dari kenaifan diri aku sendiri.

:littlegirl1:

Friday, February 13, 2009

Ong Bak Bukan Ombak Tau!..

Khamis, 12 febuary selepas aku singgah ke Opis PTS jumpa Editor Komik-M, aku bergegas pula ke KLCC sebab nak kejar showing Ong Bak 2 pukul 5.00 petang di TGV. Nasib baik sempat. Aku teruja sangat tengok trailer filem Tony Jaa ni kat internet. Ini la filem pertama yang aku tonton kat pawagam untuk tahun 2009.

Arahan bersama Tony Jaa dan Panna Rittikrai sememangnya lebih ganas daripada filem Ong Bak yang pertama. Lakonan hebat Tony Jaa ketika bertarung, membunuh mahupun menundukkan gajah kelihatan sangat gagah dan sebati dengan setiap alat senjata. Malah kostum dan set penggambaran filem ni mengingatkan aku pada filem Apocalypto arahan Mel Gibson.

Mengisahkan tentang Tien (Tony Jaa), seorang kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga pahlawan dan menjadi yatim piatu apabila keluarganya dibunuh oleh pembelot kerajaan, Tuan Rajasena (Saranyu Wongkrajang).

Tuan Rajasena yang zalim dan tamakkan kuasa telah merancang untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Dia telah menghantar pembunuh upahan bagi membunuh keluarga Tuan Sihadecho (ayah Tien) serta tentera-tenteranya yang taat setia. Satu-satunya orang yang terselamat dari pembunuhan kejam tersebut adalah Tien yang berjaya dilarikan oleh salah seorang tentera bawahan.

Tien kemudiannya ditangkap dan hampir-hampir dibunuh oleh pedagang hamba abdi sebelum diselamatkan oleh Chernang (Sorapong Chatree), ketua bagi Sayap Garuda iaitu pasukan gerila terbilang. Kagum dengan semangat pertarungan dan naluri membunuh dalam diri Tien, Chernang mengambilnya sebagai anak angkat dan membesarkannya sebagai penyamun.

Tien lantas dewasa dengan memiliki kemantapan pelbagai jenis ilmu seni bela diri dan strategi peperangan termasuklah pertarungan satu lawan satu, tinju, bacaan mantera serta kemahiran-kemahiran mengendalikan senjata-senjata peperangan seperti pedang, pedang lengkung, belantan dan bahan letupan.

Dengan kemahiran pelbagai jenis seni bela diri yang tertanam dalam dirinya, Tien membesar dewasa menjadi seorang pejuang seni bela diri. Dengan menguasai gading hitam gajah suci yang dihormati oleh golongan penyamun, Tien diterima menjadi salah seorang pemimpin Sayap Garuda yang bakal menggantikan Chernang.

Namun begitu, satu-satunya perkara yang tersimpan dalam fikirannya hanyalah dendam yang ingin dilunaskan dengan membunuh Tuan Rajasena dengan tangannya sendiri. Dia bercadang untuk membalas dendam pada malam upacara pertabalan di mana Tuan Rajasena bakal menaiki takhta dan berkuasa penuh sebagai pemerintah monarki.

Korang nak tahu apa kesudahan kisah Tien ni. Rasanya lebih baik korang tonton sendiri filem ni. Bagi aku filem ni memang kena dengan citarasa aku yang sememangnya sukakan filem yang ada fighting-fighting ni. Memang layan beb!!

Penghibur Lara Komik?

Penglipur lara komik manga di jalanan Tokyo, Rikimaru Toho bukan sahaja mencipta kelainan dalam persembahan penceritaan. Dia turut membangkitkan semula seni bercerita.




RIKIMARU TOHO tidak kisah diperhatikan. Asalkan dia dapat memberhentikan seketika pejalan kaki yang sedang lalu lalang untuk duduk dekatnya bagi menikmati pertunjukannya yang luar biasa iaitu membaca buku komik!

Apabila mereka duduk beberapa inci dari Toho yang menawarkan satu pengkisahan animasi ke telinga mereka, suara Toho akan berubah-ubah mengikut karakter komik, daripada manusia sehinggalah robot.

Bertempat di satu lokasi yang amat terkenal dengan budaya bawah tanahnya, Shimokitazawa di bandar raya Tokyo, bunyi gema tren, lampu jalan dan dinding-dinding stesen menjadi efek khas kepada penceritaan Toho berdasarkan komik-komik yang dibacanya.

"Saya dapati ia menarik untuk dilakukan. Ia juga berupaya menawarkan sesuatu yang seseorang itu lazimnya tidak pernah merasainya," kata Toho, 34, yang nama sebenarnya ialah Satoshi Arikawa.

"Dengan mengeluarkan pelbagai jenis suara termasuk suara perempuan, saya seronok melihat reaksi khalayak. Saya amat berterima kasih kepada mereka," katanya sambil menundukkan kepala.

Memiliki gaya rambut hitam berserabai yang panjang dan diikat dengan bandana, wajah Toho dilengkapi pula dengan cermin mata dan janggut hitam. Kelibatnya berjaya mencetuskan rasa ingin tahu pejalan kaki, tambahan pula tatkala terdengar nada suaranya yang sering berubah antara bass atau falsetto.

Daripada suara wira Kenshiro iaitu siri popular Hokuto no Ken sehinggalah kepada robot kucing biru tidak bertelinga, Doraemon dan heroin-heroin The Rose of Versailles, Toho mampu melakukan semuanya. Tetapi, bukan itu sahaja.

"Attatatata! Bang-bang-bang! Aaargh!" jeritnya sambil menggoncang-goncang komik Hokuto menandakan pertarungan menggunakan mesingan. Khalayaknya, yang terdiri daripada satu kumpulan pelajar kolej tertawa lalu memberikan tepukan.

Apabila dia ingin beralih kepada adegan yang lain, Toho memetik jari dan mengeluarkan 'suara dalam' bagi menggambarkan dirinya sebagai narator.


PEJALAN kaki berhenti seketika untuk mendengar cerita komik yang disampaikan oleh Toho.


Kelompok penonton termasuk kanak-kanak dan beberapa warga emas mengelilinginya serta merakamkan foto dengan kamera telefon bimbit mereka.

"Ini amat menghiburkan, lebih-lebih lagi ia merupakan sesuatu yang amat jarang berlaku. Anda tidak akan biasa melihat penglipur lara jalanan di Tokyo. Ia amat berlainan," kata pelajar universiti, Shohei Shindo,19.

Untuk bacaan kurang 10 minit daripada berbelas komik buku yang dipamer di lantai jalan, para pendengar memasukkan beberapa ratus yen ke dalam satu kotak. Kemudian, Toho dengan sopan menundukkan kepala dan memberikan mereka coklat.

Ketika Toho berusia 19 tahun, Jepun sedang mengalami kegawatan ekonomi.

Disebabkan itu, dia hanya terperap di rumah selama setahun tanpa melihat sesiapa. Selepas itu, dia cuba melakukan pelbagai jenis kerja. Kini, bercerita komik manga menjadi fokus hidupnya, yang menyebabkan dia mempunyai peminat dan pelbagai komen di blog.

Dia turut membuat kemunculan di televisyen serta mengembara di seluruh Jepun untuk membuat pertunjukan, sekali gus menjadi lambang kemasyhuran yang dikecapi daripada hasil usaha melatih suaranya dalam kemahiran bercerita.

Apatah lagi, membaca manga merupakan salah satu hobi masyarakat Jepun. Hobi itu turut dikongsi oleh Perdana Menteri, Taro Aso. Kafe-kafe manga yang popular juga menyediakan ruang bacaan tanpa diganggu.

Bagaimanapun, menerusi pengkisahan manga, Toho berkata, dia telah membangkitkan semula seni bercerita yang wujud pada kurun ke-11.

Kisah-kisah sejarah dan cinta termasuk Tale of Genji yang popular telah diceritakan menerusi skrol yang diperbuat daripada kertas atau sutera yang dikenali emakimono. Ia dipercayai merupakan asal kepada manga moden.

Seni bercerita kemudiannya ditampilkan dalam bentuk kamishibai atau pertunjukan bergambar. Pertunjukan itu dipopularkan pada waktu kemelesetan ekonomi antara tahun 1920-an hingga 1950-an. Ketika itu, penganggur menerima sedikit pendapatan kecil daripada persembahan yang dilakukan.

Semakin Jepun berkembang menjadi mewah, kamishibai kurang dipraktikkan lagi kerana waktu-waktu sukar kian luput.

Memandangkan kini Jepun kembali di ambang kegawatan dengan ribuan orang kehilangan pekerjaan, hidup Toho ini bagai satu petanda realiti yang sedang dihadapi oleh jutaan rakyat Jepun.

Penglipur lara manga itu membuat pertunjukan pada setiap Sabtu dan Ahad dalam tempoh lima jam. Toho boleh memperoleh kira-kira 15,000 yen (RM595) sehari.

Dia mengehadkan perbelanjaannya dengan membeli barang di kedai-kedai barangan dan makanan yang paling murah. Toho tinggal di sebuah pangsapuri yang kecil dan berkulapuk. Dia hanya mandi di air pancuran yang beroperasi dengan syiling. Justeru, dia meminta maaf atas penampilannya yang tidak terurus itu.

Apabila dia tiba di premis 'perniagaannya' dengan basikal, dia akan membersihkan puntung-puntung rokok, kertas dan sampah sarap yang bersepah dengan penyapu.

Di sebalik kesusahan hidupnya, Toho sentiasa bersifat positif dan nampak kebebasan yang tidak terlihat orang lain.

"Ini adalah kehidupan yang saya pilih. Walaupun saya dalam situasi yang amat meresahkan, saya mempunyai tempat untuk hidup dan mempunyai makanan murah untuk dimakan," katanya. - AFP

POYO : Agak-agak korang kat Malaysia ni ada tak orang yang macam Rikimaru Toho ni...

Wednesday, February 11, 2009

Alhamdulillah.. Semua Dah Settle

Bertarikh 8February yang lepas, Majlis persandingan adik sedara aku selamat dilansungkan dengan berjayanya. Yang tak berjaya, cumalah aku yang tak dapat mengelakkan diri dari ditanya bila nak kawen oleh pak cik serta mak cik sedara aku. Aku cuma diam sambil tersenyum separuh masak ala-ala gaya Stephan Chow.

Belum sampai masanya, tak jumpa calon lagi, tak puas enjoy lagi, duit tak cukup lagi nak buat belanja kawen dan beratus macam lagi alasan yang berlari-lari dalam kepala otak boleh aku listkan kepada sesiapa yang nak tahu sangat kenapa aku tak kawen lagi. Soal kawen ni terpaksa aku pospon sebab aku nak kejar impian aku dulu. Anyway, adik sedara aku dah selamat berkawen.. selamat pengantin baru Along..

Hari Blues Untuk Chelsea

Setelah selama 7 bulan meneraju kelab Chelsea dengan prestasi yang semakin merundum. Pemilik Chelsea, Roman Abromovich telah memecat Luiz Felipe Scolari dengan membayar pampasan sebanyak 15 juta pound (RM 80 juta).

Memecat Jose Mourinho selaku pengurus pada 2007 dan kemudian menyingkirkan pengantinya Avram Grant. Scolari tampak sebagai pilihan paling tepat untuk memimpin Chelsea memburu trofi idaman namun persembahan pasukan yang semakin merosot jelas menjadi alasan Scolari turut dipecat.

Belum pun reda isu pemecatan itu sudah timbul siapa penggantinya dengan kebanyakan akhbar di England meletakkan nama Pengurus AC Milan, Carlo Ancelotti disenarai teratas selain menyebut Frank Rijkaard, Roberto Mancini dan Guus Hiddink sebagai antara calon hangat yang lain.

Well, bagi aku Jose Mourinho tetap pengurus Chelsea yang terbaik sepanjang zaman.

Thursday, February 5, 2009

10 Perkara Tentang Aku Hari Ini


1. Pagi ni aku pergi kerja terlalu awal sangat. Aku solat subuh di surau opis aku. Lepas tu aku sambung tidur kat situ sampai terbabas lebih sepuluh minit daripada waktu masuk opis. Nasib baik terbabas sepuluh minit je, kalau terbabas sampai waktu asar...?

2. Masa naik lif nak turun opis waktu breakfast, terserempak dengan cikgu pendidikan jasmani masa sekolah rendah. Mr. Chu namanya. Aku lihat mukanya dah bertambah tua tapi still menten garang macam dulu. Teringat masa cuping telinga aku dipulas oleh beliau sebab aku tak bawa baju senaman waktu pendidikan jasmani.

3. Di KENCING (tipu secara terang-terang) oleh member aku yang mengajak aku keluar untuk breakfast bersama. Lebih 1jam setengah aku tunggu dia kat kat kedai makan tu. Sampai aku minum teh tarik sebanyak 3 gelas kat kedai tu. Sampai opis je, aku lak belari ke toilet pasal aku pulak nak ter KENCING. Damn 7 kali untuk member aku tu..

4. Terpaksa mendengar cerita putus cinta seorang staff sambilan kat opis aku. Walaupun pada zahirnya aku memang malas nak dengar problem percintaan dia dengan boyfriend dia yang dah macam drama Sembilu Kasih dan drama-drama melayu yang sewaktu dengannya..

5. Ramalan cuaca untuk petang ini adalah hujan lebat diikuti ribut petir sebab Masa lunch kat opis, aku habiskan dengan menyanyi seorang diri di Koraoke kotak kat sebuah kedai video game dalam supermarket yang terletak di sebelah opis aku. Pesanan aku untuk korang, sediakan payung sebelum hujan.

6. Member sebelah meja kat opis aku mintak aku tolong punchkan perakam waktu dia masa waktu habis kerja nanti sebab dia nak melawat nenek dia yang sakit kat hospital. Tapi dari apa yang aku tahu, nenek dia dah lama meninggal dunia. Konfius.. konfius..

7. Sebelum Maghrib tadi, aku sempat siapkan 1 page komik Herol Izwan yang tak siap-siap sejak minggu lepas. Lukis 1 page Komik dalam masa seminggu. Tak produktiviti betul la aku ni.

8. Tolong Ucu aku masukkan gula-gula sama coklat kedalam bungkusan kecil untuk dijadikan cenderamata kepada mereka-mereka yang datang ke majlis persandingan adik sedara aku hujung minggu ni. (Nak mintak maaf kat ucu sebab gula-gula sama coklat lebih banyak masuk ke dalam perut aku berbanding dalam bungkusan. Hehehe..)

9. Tangan aku di gigit sampai luka semasa aku bergurau dengan kucing kesayangan ucu aku yang bernama Mican. Tajam betul gigi Mican.

10. Macam malam-malam sebelumnya, tabiat aku sebelum tidur. Mengoyang-goyangkan kaki ke kiri dan ke kanan sampailah aku terlelap. Tu pun kalau terlelap. Kalau tak lelap gak, sampai ke subuh la kaki aku bergoyong-goyang.

Monday, February 2, 2009

The Making Of Herol Izwan : Round 6

Serius aku nak bagitau, penghujung Januari hingga 10 February merupakan hari sibuk bagi aku. Sampaikan penghasilan komik Herol Izwan turut terkena tempiasnya. Dah hampir dua minggu aku langsung tak usik benda alah ni. Rasanya target aku untuk siapkan Herol Izwan sebelum awal bulan April mungkin menjadi sebuah kenangan terindah (heheheh.. macam tajuk lagu lak).

Rasanya hari ni aku nak start balik lukis Herol Izwan. Dapat siapkan satu page pun jadilah. Tapi apalah daya aku nak melawan takdir. Baru pegang pencil nak skecth, mata aku dah terpejam rapat. Lastly aku melukis dalam mimpi yang sempurna (tajuk lagu lagi..) je la. Wakakaka!!..



:minimo_38:

Sunday, February 1, 2009

Adik Sedara Aku Nikah!

Alhamdulillah, adik sedara aku selamat dinikahkan di Masjid Seksyen 17 Shah Alam. Majlis yang berlangsung dalam pukul 11 pagi dihadiri kaum keluarga terdekat dan sahabat handai. Tapi pagi tu bukan adik sedara aku sorang saje dinikahkan kat masjid tu, terdapat seorang lagi pasangan yang ingin bernikah pada waktu yang sama. So ruang Masjid tu jadi penuh dengan dua rombongan pengantin. Watever, semua berjalan dengan lancar.